27 Feb 2011

Everybody, Somebody, Anybody, And Nobody

This is a little story about four people named Everybody, Somebody, Anybody, and Nobody. 

There was an important job to be done and Everybody was sure that Somebody would do it. 

Anybody could have done it, but Nobody did it. 

Somebody got angry about that because it was Everybody's job. 

Everybody thought that Anybody could do it, but Nobody realized that Everybody wouldn't do it. 

It ended up that Everybody blamed Somebody when Nobody did what Anybody could have done 

from some website  http://www.corsinet.com/braincandy/

25 Feb 2011

Penulis Blog Antara dilantik Panel SPRM

Penulis Blog Antara dilantik Panel SPRM (Bernama)
Sembilan anggota Panel Penilaian Operasi (PPO) dan 12 anggota Panel Perunding dan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) menerima watikah pelantikan mereka dari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di Putrajaya hari ini.

Mereka termasuk bekas pengurus besar Bernama, Datuk Seri Azman Ujang yang dilantik semula menganggotai PPPR dan penulis blog 'Outsyed The Box' Syed Akbar Ali yang merupakan muka baru panel tersebut.

Berbanding sesi lepas, terdapat pertambahan anggota bagi kedua-dua panel iaitu dua bagi PPO dan seorang bagi PPPR untuk sesi 2011/2013 ini.

Bagi PPPR, terdapat empat lagi muka baru iaitu pengerusi Media Prima Bhd Datuk Johan Jaaffar, presiden Universiti Limkokwing Tan Sri Dr Lim Kok Wing, presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu dan timbalan setiausaha agung kehormat Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong)
Prof Dr Chin Yew Sin.

Anggota lain yang dilantik semula ialah pengarah eksekutif/ketua pengarang Kumpulan Star Publications (M) Bhd Datuk Seri Wong Chun Wai, bekas naib canselor Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill Datuk Dr Ishak Tambi Kechik dan felo utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Anis Yusal Yusoff.

Juga dilantik semula felo utama Insitut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, Pengerusi Institut Etika Perniagaan Malaysia Dr Zainal Abidin Abdul Majid dan Pengarah Urusan DC & A Group Sdn Bhd Datuk David Chua.

Bagi PPO, semua tujuh anggota panel sesi lalu dilantik semula iaitu bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil, bekas pengerusi Penimbangtara Malaysia Tan Sri Cecil Abraham, pengerusi eksekutif Lembaga Pemantauan Audit Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan anggota Lembaga Audit and Assurance Standards Board
(AASB) Institut Akauntan Malaysia Walter Sandosam.

Panel turut dianggotai pengarah Bukan Eksekutif Bebas Amanah Raya Berhad Datin Aminah Pit Abdul Rahman, ketua pegawai eksekutif IA Group Datuk Dr Hamzah Kassim dan pensyarah dari Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof Dr Syed Noh Syed Ahmad.

Dua anggota baru PPO ialah penasihat khas Bank Negara Malaysia Datuk Zamani Abdul Ghani dan peguam kanan persekutuan Jabatan Peguam Negara Datuk Abdul Razak Musa.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, ketua penolong kanan pesuruhjaya SPRM Datuk Ahmad Khusairi Yahaya berkata perlantikan kedua-dua anggota panel tersebut adalah selaras dengan Akta SPRM 2009 yang tujuan memberi nasihat kepada institusi itu selain memastikan SPRM sebuah agensi yang benar-benar bebas.

"Kelainan pelantikan pada kali ini khususnya bagi PPPR, ia terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kepakaran seperti ahli-ahli akademik dan blogger supaya mereka dapat memberi nasihat termasuk untuk menggunakan media sosial dalam kempen-kempen kita.

"Kita memerlukan kepakaran dan khidmat nasihat mereka untuk memperkasakan aspek pencegahan rasuah di negara ini," katanya.

Peranan PPO adalah kepada bahagian operasi yang mana mereka turut memantau siasatan yang dijalankan SPRM manakala PPPR pula lebih kepada langkah pencegahan rasuah secara menyeluruh, kata beliau.

- Bernama
''Blogger yang terhebat mampu memberi impaks maksima serta dapat mengubah sesuatu dalam mencorak masa depan negara"...

"Generasi blog masa kini sebagai pencetus idea dan pembaharuan dalam merealisasikan sesuatu yang baik hingga menjadi kenyataan'
"Blogger mampu menjadi seorang journalist yang baik jika seseorang itu minat dalam menulis...

                                                                                          




24 Feb 2011

Di mana Ada Kemahuan, Di situ Ada Jalan


''Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..''





''Di mana ada bank, di situ ada wang..''




''Di mana ada internet, di situ ada blogger...''
                                      

http://shahreal.blogspot.com


Di mana ada gula, di situ ada semut...hehe

23 Feb 2011

BMW Keluar Model Elektrik, Hibrid 2013


BMW keluar model elektrik, hibrid 2013 ( Berita Harian)

PENGELUAR kereta mewah Jerman, BMW, semalam memperkenalkan jenama barunya, BMW i dengan dua model baru dilengkapi sistem pemanduan elektrik dan hibrid dikeluarkan mulai 2013.

Kumpulan itu turut mengumumkan penubuhan anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan mobiliti seperti pengawasan kereta dan sistem pandu arah. 


“Mempersembahkan BMW i - Born Electric,” demikian mengikut kenyataan BMW yang memetik Pengarah Jualannya, Ian Robertson pada majlis memperkenalkan kereta elektrik BMW i3 bagi pemanduan di bandar raya dan BMW i8 jenis hibrid khusus buat pemandu yang inginkan kereta lebih berkuasa, di Frankfurt, semalam.

Kumpulan itu turut mengumumkan penubuhan syarikat modal teroka yang baru berpangkalan di New York bagi meningkatkan lagi perkhidmatan mobiliti kumpulan itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang membabitkan pelaburan awal AS$100 juta.



BMW berkata, kenderaan berkenaan akan dikeluarkan di kilangnya di Leipzig, terletak di timur Jerman yang dibangunkan dengan pelaburan 400 juta Euro dan mewujudkan 800 peluang kerja.

Penganalisis permotoran berkata, pengumuman terbaru syarikat itu sesuatu yang menarik jika dilihat dari aspek strategi pemasaran BMW ditambah dengan penggunaan kuasa elektrik, casis aluminium dan badan luar daripada bahan plastik karbon diperkuatkan dengan gentian (CFRP).

November tahun lalu, BMW berkata, ia akan melabur kira-kira 500 juta Euro dengan SGL Carbon bagi melancarkan model i3 yang lebih ringan bagi pemanduan di bandar raya.
“Faktor yang akan menentukan pembelian adalah harga yang tidak diumumkan,” demikian menurut pakar permotoran dari University of Applied Sciences di Bergisch Gladbach, di barat Jerman, Stefan Bratzel.

“Jika terlalu mahal, kereta ini tidak akan berjaya di pasaran,” katanya.
Sementara itu, BMW i Ventures akan bekerjasama dengan syarikat aplikasi telefon bimbit, My City Way bagi menyediakan perkhidmatan seperti pengawasan kereta, perancangan perjalanan dan maklumat yang lain seperti mengesan tempat letak kereta yang kosong.

“Keperluan terhadap perkhidmatan mobiliti seperti ini semakin diperlukan di bandar raya besar yang pesat membangun,” kata Robertson.

Perancangan awal BMW ialah melancarkan kereta berkenaan di 40 bandar raya Amerika Syarikat (AS) dan 40 bandar raya lain di seluruh dunia termasuk di bandar raya kelahiran BMW, Munich di selatan Jerman.

Penganalisis lain berkata, BMW dijangka berdepan persaingan daripada pengeluar kereta elektrik dan hibrid lain yang lebih berpengalaman seperti Nissan dari Jepun yang mengeluarkan model Leaf pada Disember ini.

Rakan kongsi Nissan di Perancis, Renault pula merancang menjual versinya, Zoe bermula pertengahan tahun depan, manakala Peugeot-Citroen pula melancarkan skim sewaan jangka panjang bagi model Ion dan C-Zero. 

Sumber : Berita Harian 



22 Feb 2011

Jutawan di Malaysia Semakin Bertambah


Salam semua,

Biar betul jutawan di Malaysia semakin bertambah banyak..? Bilangan jutawan telah meningkat dari tahun ke tahun menunjukkan negara kita telah maju ke hadapan setanding negara-negara maju di dunia,baru-baru ini majalah Malaysian Bussiness ada mengeluarkan senarai 20 Individu Terkaya di Malaysia.  Senarai billionaire dan aset yang dimiliki oleh mereka , senarai ini dikeluarkan setiap tahun dan dapat kita perhatikan ada muka-muka baru dalam senarai billionaire , mereka bersaing hebat sesama mereka bagi merebut tempat dalam kedudukan/ ranking billionaire terbaik. Sebenarnya ramai lagi di luar sana yang telah menjadi jutawan  kita mungkin hanya mengenali beberapa nama seperti
Tn Haji Ismail (Jutawan HPA),  
Syed Mohd Yusof Syed Nasir (ISY Holdings)

dan banyak lagi


Jutawan-jutawan di negara kita semakin bertambah  ,berita di bawah dapat memberi gambaran sedikit sebanyak dan ini menunjukkan bahawa ramai lagi jutawan senyap di luar sana.Mungkin salah seorang adalah anda...

BMW yakin jual 4,000 kereta
BMW Group Malaysia yakin dapat menjual 4,000 kenderaan pada akhir tahun berikutan jangkaan pertumbuhan prestasi jualan yang berterusan sehingga tempoh selebihnya tahun ini.

Pada Ogos, syarikat itu menyaksikan jualannya meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada 2,893 unit, kata BMW dalam satu kenyataan semalam.
“Ia adalah tahun yang luar biasa bagi kami di BMW.

“Dari segi prestasi jualan yang merupakan petunjuk kukuh kekuatan segmen automotif premium Malaysia,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Geoffrey Briscoe (atas).

Beliau berkata, dalam tempoh selanjutnya syarikat itu akan terus merangka strategi berhasilnya dengan memperkenalkan rangkaian penuh model BMW sebaik saja ia tersedia di luar negara.

Ia juga bercadang menyediakan perkhidmatan tambah nilai serta pakej istimewa selaras dengan keperluan pelanggan menerusi tambahan wakil pengedar baru di semua rangkaiannya di negaranya.

Wakil pengedar itu juga akan menyediakan kemudahan jualan, perkhidmatan, sistem dan alat-alat ganti (3S) menyeluruh bagi pelanggan BMW, katanya.

Syarikat itu juga mengumumkan pembukaan Auto Bavaria Kuala Lumpur. - Bernama 
Berita Harian, 9 Oktober 2010











18 Feb 2011

Jejantas 10juta dari KL Convention Centre ke Impiana Hotel KLCC

KUALA LUMPUR(8Feb):  Pejalan kaki di sekitar Jalan Pinang/Kia Peng, di sini, kini boleh menggunakan jejantas baru yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Hotel Impiana KLCC selepas ia dibuka kepada awam secara rasminya, semalam.

Projek kelolaan KLCC (Holdings) Sdn Bhd dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu adalah projek fasa pertama yang memulakan operasi pembinaannya pada April tahun lalu.


Futuristic Pedestrian Walkway Bridge

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KLCC (Holdings) Sdn Bhd, Hashim Wahir, berkata jejantas sepanjang 142 meter dan bernilai RM10 juta itu dilengkapi kemudahan mesra pengguna.

“Selain sebuah jejantas pejalan kaki tertutup, ia dilengkapi penyaman udara, kamera litar tertutup (CCTV), tangga bergerak dan lif di hujung kedua-dua bangunan,” katanya.

Hashim berkata, fasa kedua projek itu akan diteruskan dari simpang Jalan Pinang/Kia Peng ke Jalan Raja Chulan dan dijangka siap hujung tahun ini.

“Projek itu turut menghubungkan bangunan ke bangunan di sepanjang Jalan Perak, Jalan P Ramlee dan Jalan Sultan Ismail dan yang akhirnya akan menyambungkan Bukit Bintang ke KLCC,” katanya pada majlis perasmian jejantas baru itu di sini, semalam.

Majlis perasmian itu disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.
Sumber: Harian Metro
  
Internal image( KLCC-Impiana Hotel Pedestrian Bridge)
Info Ringkas
Pemaju: KLCC (Holdings)Sdn Bhd,  DBKL dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)
Kontraktor utama: Sunway Construction Sdn Bhd
Kos binaan : RM9.5juta

Ciri-ciri jejantas : 152 meter panjang x 5 meter lebar
                           Kemudahan penghawa dingin dalam jejantas
                           Di lengkapi dengan ciri-ciri keselamatan ,dipantau oleh CCTV
                           (kamera litar tertutup)
                           Kemudahan Lif (hydraulic lif) dan kemudahan untuk OKU
                           disediakan
                   
    

p/s; Biasanya orang kita tidak suka menggunakan jejantas kerana mereka malas naik turun tangga, sesetengah dari kita lebih suka melintas di bawah jejantas atau melintas di lampu isyarat. Jadi dengan kemudahan jejantas yang serba moden dan canggih ini, secara tak langsung menyebabkan orang ramai akan menggunakan kemudahan jejantas ini. Bersamalah kita menghargai kemudahan awam..


17 Feb 2011

MAS kaji Kemungkinan Beli Boeing 737-900ER


MAS Kaji  Kemungkinan Beli Boeing 737-900ER (Bernama)
16 Feb (Bernama) - Malaysia Airlines (MAS) kini mengkaji kemungkinan membeli pesawat 737-900ER kerana ia berhak menukarnya dengan tempahan 737-800 sekarang, kata Pengarah Jualan Kanan Pesawat Komersil Boeing Paul Dubeck.

"Mereka sedang mengkaji perkara itu dan mempunyai hak untuk menukarnya," katanya kepada Bernama semasa ditanya sama ada MAS menunjukkan minat kepada 737-900ER.

Pesawat 737-900ER adalah pesawat jet berkembar jarak pendek hingga sederhana yang meningkatkan keupayaan keluarga model Next-Generation 737.

Boeing 737-900ER
Pesawat 737-900ER boleh membawa tambahan 26 penumpang berbanding 737-900 dan sehingga 215 penumpang dalam satu kelas tunggal. Ia juga boleh terbang tambahan sehingga 500 batu nautika - sehinggga 3,200 batu nautika (5,925 km) - sambil mencatatkan kos operasi lebih rendah berbanding pesawat A321.

MAS telah menempah 35 pesawat Next-Generation 737-800 pada 2008. Tempahan itu bernilai lebih US$2.6 bilion pada harga tersenarai semasa itu.Syarikat penerbangan itu juga mendapat hak membeli tambahan 20 pesawat Next-Generation 737-800.Satu perempat daripada 35 pesawat 737-800 yang ditempah dijangka diserahkan pada pertengahan tahun ini.

Pesawat berkenaan dipasang dengan adunan sayap yang akan membantunya mengurangkan penggunaan 4.0 peratus bahan api atau US$480,000 setahun. Ia akan turut meningkatkan jarak penerbangan dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida dan bunyi bising semasa berlepas.

Model pesawat baharu Next-Generation 737-800 akan menggantikan kumpulan pesawat 737-400 sedia ada.Pesawat baharu itu juga dipasang dengan Boeing Sky Interior.

Bagaimana pun, Dubeck enggan mendedahkan sama ada MAS akan menggunakan hak membeli baki 20 pesawat 737-800.Baru-baru ini, terdapat laporan berita bahawa Boeing telah menerima tempahan tempahan 32 pesawat baharu 737 pada tahun ini sehingga kini.

Khamis lepas, dilaporkan Alaska Airlines telah menempah 15 pesawat, Tentera Laut AS enam, satu dari pengendali bukan syarikat penerbangan dan 10 lagi dari pelanggan yang tidak dikenal pasti.

From Bernama


Design Boeing 737-900ER



16 Feb 2011

Individu Terkaya di Malaysia


Hanya 3 Melayu antara 20 Individu Terkaya di Malaysia


Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan ekonomi negara, lapor majalah perniagaan Malaysian Business

Menurut majalah terbitan 16 Februari itu, jumlah kekayaan terkumpul mereka pada 21 Januari tahun ini RM206.27 bilion berbanding RM156.7 bilion setahun lalu.

Peningkatan itu selaras dengan kenaikan 20 peratus di FBM KLCI.

Jumlah bilionaire bagi tahun ini juga meningkat iaitu 27 orang - lima lebih ramai berbanding tahun lalu.

Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera.

Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion.

Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir  dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

Terus mendahului senarai itu adalah Tan Sri Robert Kuok, dengan kekayaan RM50.04 bilion manakala Tan Sri T Ananda Krishnan di tangga kedua dengan RM45.78 bilion.

Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank pula naik ke tangga ketiga dengan kekayaan diramalkan pada RM12.77 bilion. Tempat keempat adalah pemilik IOI Corporation Bhd - Tan Sri Lee Shin Cheng dengan kekayaan RM12.74 bilion.

Kedudukan Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting kekal pada tangga kelima pada nilaiRM10.89 bilion manakala pemilik Kumpulan Hong Leong - Tan Sri Quek Leng Chan menduduki tangga keenam pada RM10.75 bilion.

Sumber: Malaysiakini

Pada masa akan datang, mungkin salah seorang blogger kita bakal menjadi orang terkaya di Malaysia...hehe

Top 10 Richest Person in Malaysia 2011
The Worlds Billionaires Rank 2010 

15 Feb 2011

Salam Maulidur Rasul 12 RabiulAwal 1432H


Kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW bukan hanya dengan memperingati hari kelahirannya, tetapi dengan mengikuti sunnahnya dan melaksanakan perintah Allah. Mengingati nabi Muhammad SAW bukan hanya pada waktu-waktu tertentu, seperti hanya di bulan Rabi'ul awal, tetapi sepanjang masa.











12 Feb 2011

Kereta Hibrid –Teknologi Baru Menjimatkan Penggunaan Petrol

Kereta Hibrid adalah kereta yang berteknologi baru di mana ia menggabungkan penggunaan petrol dan elektrik / diesel-elektrik secara sistematik serta dapat mengurangkan penggunaan minyak petrol.

source: Google
Kereta Hibrid akan menjadi kenderaan alternatif baru masa kini dan juga masa depan ,secara tidak langsung teknologi Hibrid ini dapat mengurangkan kebergantungan terhadap sumber minyak ,sekaligus ia juga dapat membantu memelihara alam sekitar serta mengurangkan pencemaran gas monoksida ke udara.

Antara model-model kereta Hibrid

Honda Civic Hybrid

Volkswagen Polo Blue Motion Hibrid


Chevrolet Equinox Hibrid

Toyota Prius Hibrid


Ford Escape Hibrid
Proton Emas- Hybrid









8 Feb 2011

Tips untuk Menjimatkan Penggunaan Minyak


1.Pastikan angin tayar kereta/kenderaan sentiasa mencukupi, bila tayar kereta kurang atau tak stabil, ia menyebabkan banyak tenaga digunakan untuk menggerakkan kenderaan, sedikit sebanyak mengurangkan minyak kenderaan anda. Pastikan ‘alignment’ dan ‘balance’ tayar selalu diperiksa.


2. Pastikan enjin kereta/kenderaan anda diselenggara /'maintenance', kerana enjin kenderaan berada dalam keadaan baik akan mengurangkan pembakaran bahan api/gas. Pastikan anda menggunakan alat ganti tulen untuk kenderaan anda.

3. Jangan membawa muatan berlebihan dalam kereta anda kerana ia menyebabkan penggunaan tenaga yang maksima. Bawa barangan keperluan/ kecemasan sahaja dalam kenderaan anda.

4. Kenalpasti minyak yang sesuai bagi kereta anda sama ada sesuai atau tidak. (Minyak Petrol RON95 atau RON 97). Biasanya, pengeluar kereta anda lebih arif tentang jenis minyak yang sesuai untuk kereta anda.


5. Memandu secara berhemah dan tidak tergesa-gesa menghidupkan enjin atau memberhentikan kenderaan secara mengejut. Jangan terlalu lama memanaskan enjin kereta anda kerana anda telah membazirkan sedikit sebanyak minyak kereta anda. Pecutan kenderaan secara berperingkat-peringkat dengan penggunaan gear yang betul juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.

6. Memandu secara perlahan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak.Lagi laju pecutan kereta lagi banyak penggunaan tenaga/minyak untuk kereta anda.

7. Rancang perjalanan anda sebelum memulakan perjalanan, kerana anda tidak perlu lagi berpatah balik dan ini menjimatkan masa dan wang anda.Penggunaan GPS juga boleh menjimatkan masa dan wang untuk kereta anda.

8. Pilih dan beli kereta/kenderaan yang dapat menjimatkan penggunaan minyak dan dapat mengurangkan budget bulanan untuk kos penggunaan minyak.

9. Buka hawa dingin kereta dan tutup tingkap kereta untuk perjalanan biasa ,semasa di lampu isyarat atau kesesakan lalulintas,tutup seketika hawa dingin kereta anda dan buka tingkap untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Penggunaan hawa dingin secara kerap akan mengurangkan penggunaan minyak/bahan api kenderaan anda.

10. Jangan biarkan tangki kenderaan anda kering langsung, baru nak isi minyak kerana ia menyebabkan penggunaan gas yang banyak untuk memenuhi ruang dalam tangki minyak anda.

p/s,  selalulah tumpang kereta kawan anda (kongsi kereta) untuk ke mana-mana..jimat sikit duit..hehe



5 Feb 2011

Krisis Mesir: Harga Minyak Bakal Melambung

KUALA LUMPUR – Krisis politik di Mesir jika dibiarkan berpanjangan dibimbangi mengakibatkan harga minyak dunia terus melambung sekali gus akan turut memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

Pakar ekonomi, Datuk Mohd. Salleh Majid ,berkata, krisis tersebut yang sudah pun berlarutan lebih seminggu telah mengakibatkan kenaikan harga bahan bakar dunia kepada kira-kira RM310 setong ketika ini.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila aktiviti ekonomi menerusi Terusan Suez, Mesir yang merupakan laluan tunggal perdagangan yang menghubungkan Eropah dan Asia sudah mula terganggu.


“Jika terusan itu terganggu, ia sudah pasti menimbulkan masalah paling besar iaitu harga minyak dunia terus meningkat termasuk di negara kita,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kosmo

3 Feb 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Selamat Tahun Baru Cina
Happy Chinese New Year
Gong Xi Fa Chai

2011


untuk seluruh warga cina /(Tionghua) di Seantero dunia..


2 Feb 2011

Krisis dan Pergolakan di Mesir, Misi Membawa Pulang Pelajar Kita di sana

Tiga pesawat TUDM berlepas ke Mesir 12 tengah hari ini  (2 Feb 2011)

KUALA LUMPUR: Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berda di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab, berkata pesawat terbabit akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Jam 12 tengah hari ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur.
"Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat itu seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari dan tepung," kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

"...sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu," katanya.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah terbabit 7,000 adalah pelajar. - BERNAMA


Maklumat lanjut mengenai pelajar Malaysia di Mesir ekoran krisis Mesir
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
Al Jazeera.net_ Live video
Bernama 
ATM Bantu Proses Permindahan Rakyat Malaysia ke Jeddah 
Laluan Udara Sesak Di Mesir Punca Penuntut Malaysia Lambat dibawa Keluar 
Kem. Pengajian Tinggi Berjaya Hubungi lebih 7000 Pelajar Malaysia 
MARA hantar Pegawai ke Mesir Bantu Pemindahan Pelajar 
Rakyat Malaysia dijangka dipindahkan ke Jeddah Dalam Masa 4 hari Setengah 



1 Feb 2011

Krisis dan Pergolakan di Mesir, Bagaimana Pelajar Kita di sana?, Keluarga pelajar risau




Anak saya di Mesir tidur 'berteman' pisau (1 Feb 2011)
Bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka di Mesir, beberapa ibu bapa pelajar hari ini mendesak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa pulang anak mereka ke tanahair.

Seorang bapa, Salahul Ahmad Jamal Mohd berkata anaknya Nurul Firdaus, 18, yang kini menuntut di Mansura, memberitahu yang dia terpaksa tidur bertemankan pisau kerana bimbang dengan keadaan yang semakin tidak terkawal.

"Anak saya kini berada dalam keadaan ketakutan...sehingga terpaksa mengenggam pisau demi keselamatan diri dengan bertambahnya kejadiaan pecah rumah, manakala golongan banduan yang melepaskan diri dari penjara pula
bermaharajalela tanpa tindakan dari pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Bernama di ibunegara.

Melihat pada keadaan sekarang, Salahul berkata sewajarnya kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengeluarkan pelajar Malaysia dari negara terbabit.

"Pelajar-pelajar ini adalah bakal pemimpin negara, bertindaklah cepat... jangan nak tunggu nyawa melayang baru nak hantar bantuan...ini bukan soal duit yang penting nyawa anak-anak kami paling utama," katanya.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

Sementara itu, Rohana Abdul Rahman, ibu kepada Hanan Amira Hashim, 22, berkata beliau bimbang talian komunikasi di negara terbabit akan terputus.

"Sekiranya talian telekomunikasi terputus, ini akan menyukarkan kami (ibu bapa) untuk berhubung dengan mereka," katanya.

Beliau juga berharap kerajaan memberi lebih tumpuan kepada kawasan di Mansura yang agak jauh jika dibandingkan dengan Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta dan Iskandariah.

"Tindakan segera perlu...jika tidak nyawa anak-anak kami berada dalam keadaan bahaya dengan masalah jenayah jalanan,pecah rumah dan banduan semakin 'bebas' di mana-mana sahaja," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama


Maklumat lanjut mengenai pelajar Malaysia di Mesir ekoran krisis Mesir,
sumber blog 
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
sumber Bernama
Ibu Bapa Pelajar di Mesir Risau Keselamatan anak-anak, Mahu Tindakan 
Keluarga Pelajar di Mesir Makin Cemas 
Kerajaan Timbang Guna Kapal TLDM Pindah Pelajar Malaysia di Mesir 


Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL