23 May 2013

Di mana letaknya harta karun..

Assalamualaikum semua..

Jika harta yang biasa dijumpai dari dalam tanah,dasar laut dan di dalam gua..semuanya di beri nama harta karun..kenapa tidak di namakan harta Ahmad Albab seperti dalam cerita P.Ramlee..

' Hei manusia..harta itu bukan kau yang punya..tapi Ahmad Albab yang punya'..



Bayangkan betapa banyak harta Qarun yang berada di dalam bumi di serata dunia..sehinggakan semua orang menyebutnya sebagai harta karun jika dijumpai harta yang bernilai dari dalam tanah,laut mahupun di dalam gua..



Renung-renungkanlah dan ambil iktibar dari kisah Qarun dalam Al Qur`an..
Allah berfirman:
”Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: ‘Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri’. Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (keni`matan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.”



Qarun berkata: “Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku”. Dan apakah ia tidak mengetahui, bahwasanya Allah sungguh telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan tidaklah perlu ditanya kepada orang-orang yang berdosa itu, tentang dosa-dosa mereka.” ”Maka keluarlah Qarun kepada kaumnya dalam kemegahannya. Berkatalah orang-orang yang menghendaki kehidupan dunia: “Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar”.


Berkatalah orang-orang yang dianugerahi ilmu: “Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal saleh, dan tidak diperoleh pahala itu kecuali oleh orang-orang yang sabar.” Maka Kami benamkanlah Qarun beserta rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya suatu golongan pun yang menolongnya terhadap azab Allah. dan tiadalah ia termasuk orang-orang (yang dapat) membela (dirinya). Dan jadilah orang-orang yang kemarin mencita-citakan kedudukan Qarun itu. berkata: “Aduhai. benarlah Allah melapangkan rezki bagi siapa yang Dia kehendaki dari hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya; kalau Allah tidak melimpahkan karunia-Nya atas kita benar-benar Dia telah membenamkan kita (pula). Aduhai benarlah, tidak beruntung orang-orang yang mengingkari (ni`mat Allah).” Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerusakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
(QS. Al-Qashash: 76-83)




3 Nov 2012

Sudah lama tidak menulis..

Sudah lama aku tidak menulis kerana kekangan masa dan kerja yang banyak di tempat kerja...
nantikan kemunculan baru blog aku selepas cuti panjang...banyak benda aku
ingin ketengahkan dan kongsikan dalam blog (penjenamaan semula blog : shahreal.blogspot.com)




Sekian , terima kasih

Shahreal
Part time blogger

19 Feb 2012

40 Orang Terkaya Di Malaysia.

Robert Kuok kekal orang terkaya Malaysia (Utusan)


KUALA LUMPUR 16 Feb. - Robert Kuok dari Kumpulan Kuok mengekalkan kedudukannya sebagai orang terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM45.70 bilion, meskipun kekayaannya susut 8.0 peratus.

Kekayaan Kuok gagal disaingi oleh pemilik sebuah syarikat telekomunikasi, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Teh Hong Piow dari Public Bank.

Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd., pula terus mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala usahawan bumiputera terkaya di Malaysia ialah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, berada di tempat kelima, demikian menurut laporan Malaysian Business mengenai 40 orang terkaya di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes pula berada pada kedudukan ke-15, dengan aset bernilai RM1.77 bilion.

Malaysian Business berkata, aset 40 orang terkaya di negara ini adalah berasaskan nilai pegangan mereka dalam syarikat-syarikat senaraian awam sehingga 20 Januari 2012.

Ananda merapatkan jurang dengan Kuok dengan memiliki kekayaan bernilai RM42.99 bilion, tetapi ia menyusut kira-kira 6.0 peratus tahun ini berbanding 2011.

Hong Piow secara relatifnya mengekalkan kekayaannya berjumlah RM12.64 bilion, susut satu peratus berbanding sebelumnya.

Walaupun kekayaannya merosot 10.8 peratus kepada RM11.36 bilion, Shin Cheng (IOI Corp) mengekalkan kedudukan di tempat keempat, manakala Syed Mokhtar dari Yayasan Albukhary — dengan syarikat utamanya DRB-Hicom Group — menambah kekayaannya sebanyak 8.0 peratus kepada RM9.53 bilion.
Penerbitan itu melaporkan gabungan aset 40 orang terkaya di Malaysia itu merosot tahun ini akibat krisis kredit dunia serta pasaran ekuiti yang lemah.

Nilai aset 40 orang paling kaya di Malaysia itu secara kolektifnya berjumlah RM193.2 bilion sehingga 20 Januari, susut 7.0 peratus berbanding RM206.37 bilion setahun lepas, lapor Malaysian Business dalam terbitan 16 Februari.

Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat kemasukan tiga jutawan di dalam senarai tersebut berbanding 27 pada 2011.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Malaysia tidak berubah di tempat keenam, dengan aset merosot 25 peratus kepada RM8 bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) turun dua anak tangga kepada tempat ketujuh dengan kekayaan bernilai RM7.58 bilion, susut kira-kira 30 peratus.

Ibunya Puan Sri Lee Kim Hua, kembali ke tangga kelapan dengan harta dianggarkan bernilai RM6.58 bilion, merosot 11 peratus.

Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan jutawan yang menetap di Singapura, Ong Beng Seng masing-masing mengekalkan kedudukan di tempat kesembilan dan 10.

Aset Hiew King dianggarkan bernilai RM6.41 bilion manakala Beng Seng menokok 23 peratus kepada RM4.92 bilion.

Tiga jutawan baharu yang menyertai senarai 40 orang paling kaya itu ialah Datuk AK Nathan dari Eversendai Corporation Bhd., dan Ngau Boon Keat (Dialog Group Bhd.), yang pertama kali tersenarai, manakala Datuk Abdul Hamed Sepawi (Ta Ann Holdings Bhd.) kembali tersenarai selepas empat tahun.

Senarai penuh 40 jutawan dan maklumat mengenai kekayaan mereka dimuatkan dalam majalah itu. Ia juga menyiarkan senarai 10 jutawan paling kaya di Pasaran Ace

Sumber : Utusan Malaysia, 17 Februari 2012


p/s  Lambat lagi rasanya , boleh termasuk dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia..Adakah dengan hanya kerja makan gaji boleh jadi jutawan...fikir-fikirkanlah...

Beras secupak boleh jadi segantang, jika ada daya usaha  & inisiatif untuk menambah hasil & pendapatan..


Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL