Blog adalah platform terbaik untuk memberi pandangan secara tidak rasmi, berkongsi idea, cerita dan berita, berkongsi pengalaman suka dan duka sama ada dalam dan luar negara, tempat meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, (tapi kalau dah terlampau serta mengugat keamanan dan kestabilan negara…sendiri mau ingatlah).Sebelum mengenengahkan sesuatu isu atau berita panas, ada baiknya berfikir dan berfikir ,’ Adakah benar atau tidak cerita yang ingin dipaparkan di blog untuk dibaca oleh pengunjung internet di seluruh dunia? ‘ Adakah semua cerita itu bukan fakta atau hanya ‘auta’ semata-mata?.
Kebebasan bersuara /menulis pun ada hadnya ,seperti ungkapan yang biasa kita dengar, "Mata pena lebih tajam daripada mata pedang” .
Setiap blog ada pelbagai cara dan skop tersendiri , sama ada secara ‘professional’ / informal /blog perniagaan atau pengiklanan produk dan perkhidmatan .Semuanya bersaing secara sihat supaya blog lebih nampak kontemporari ,padat dengan maklumat dan tips, hiburan dan berita terkini ,tersusun serta mempunyai ‘design’ /gambar menarik dan ceria. Kebanyakan blog mempunyai satu ‘page’ dan semua mengiklankan Nuffnang / Advertlets untuk mendapat pendapatan pasif dalam blog mereka. ‘Blogger’ juga mempunyai komuniti sendiri seperti
Blog Oh Malaysia! <-- blog persendirian
dan banyak lagi.
http://www.rvdailyreport.com/ |
Blog yang menarik dan berkualiti akan sentiasa menarik lebih ramai kenalan dan kunjungan (cth melalui ‘blogwalking’), Blog yang mendapat ‘ranking’ terbaik Alexa , Top 100 Malaysian Blogs dan ‘traffic’ tertinggi selalunya menjadi pilihan ramai ‘blogger’ lain dan pengunjung internet kerana blog itu mempunyai ‘entry’ terbaru /updated’ dan isi kandungan terhangat serta paparan menarik .Selain itu, rangkaian /’networking’ sesuatu blog yang meluas serta mudah di dapati pada carian popular seperti Yahoo, Google dan lain-lain lagi akan memudahkan pencarian maklumat dan berita . Secara tak langsung ,ini akan membuatkan pengunjung akan kembali semula ke blog itu dan mereka setia mengikuti /‘follow’ blog yang bagus dan memenuhi citarasa mereka.
Setiap blog ada kekuatan dan identiti tersendiri…,
"Kecantikan blog adalah hak milik setiap insan bernama blogger.."
2 comments:
Salam bro.
Oh Malaysia bukan blog komuniti, tapi blog komersial.
owner die amirsaid, die juga ada blog blog persendirian di amirsaid.com.
W'salam..ok, kesilapan amat di kesali..terima kasih atau komen saudara..
Post a Comment