Pada 2 Mei 2011, Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan bahawa askar Amerika (SEAL) telah berjaya membunuh Osama di Bandar Abbottabad, Pakistan . Sehingga ke hari ini , Obama tidak berani menunjukkan bukti kukuh bagi membuktikan Osama telah di bunuh, yang ada cuma di beritahu Osama telah ‘disemadikan’ ke dalam laut. Ulama seluruh dunia telah mengutuk keras atas tindakan Amerika kerana tidak menghormati jenazah orang Islam di mana mayat Osama dibuang ke laut.
Teori Konspirasi Pembunuhan Osama Laden
1. Tiada bukti sahih gambar/video Osama dibunuh oleh askar Amerika, yang ada hanya gambar katil berdarah, rumah berselerak ,helikoptor terhempas dan gambar pengawal rumah dan saudara Osama mati dibunuh.
Gambar bilik rumah Osama, kelihatan kesan darah pada lantai rumah |
2.Gambar Osama dibunuh telah tersebar di internet bukannya gambar sebenar iaitu melalui teknik pertindihan ‘photoshop’
3.Pakistan tidak mengetahui langsung tindakan Amerika dalam serangan rumah Osama, jadi tiada kerjasama dari negara Pakistan dalam misi memburu Osama.
4.Cerita yang disampaikan oleh pemimpin Amerika selepas pembunuhan Osama tidak konsisten dan berubah-rubah. Cerita yang direka-reka membuktikan wujudnya konspirasi Amerika, CIA dan mungkin Osama sendiri terlibat.
Gambar Osama yang di ragui kesahihannya |
Obama ingin membuktikan kepada Amerika khasnya dan dunia bahawa dia telah berjaya menangani pengganas ‘terrorist’ dan sebenarnya dia ingin membawa keluar askar Amerika di negara timur tengah dengan cara terhormat iaitu dengan kejayaan membunuh Osama setelah pemburuan pemimpin al Qaeda itu selama hampir satu dekad.
Rumah tempat perlindungan Osama Laden |
Rumah Osama Laden di kelilingi tembok batu dan kawad besi |
Pemburuan ke atas Osama oleh Amerika mengambil masa selama 10 tahun dari tahun 2001 sehingga 2011. Osama bersama rangkaian Al Qaeda telah dikaitkan dengan tragedi serangan 11 September 2001 ke atas World Trade Centre di Bandar New York . Satu tempoh yang terlalu lama untuk menjejak seorang yang bernama Osama bin Laden sejak dari George W. Bush sehingga Obama menjadi presiden Amerika.
Kejayaan Obama dalam misi membunuh Osama akan membuatkan rakyat Amerika memilih dia semula untuk pilihanraya Presiden akan datang dan menunjukkan kepada dunia dialah ‘hero’ sebenar yang membunuh Osama, bukannya Bush..
Barack Obama |
1 comment:
erm, tak tau la bagaimana ceritanya... tak sabar nak tau cerita yg sbnrnya.
Post a Comment