Skuad Olimpik Malaysia akhirnya berjaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 bersama pasukan Qatar, Iraq, Bahrain, Australia, Jepun, Syria, UAE, Korea Selatan, Uzbekistan, Arab Saudi dan Oman. Saingan peringkat kumpulan sebanyak 12 pasukan dari Asia akan ditentukan melalui undian pada 7 Julai ini dan setiap pasukan akan bersaing untuk menjadi juara kumpulan dan naib juara akan ditentukan melalui perlawanan 'playoff'.
Apapun, Malaysia perlu menang dalam setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan atau sekurang-kurangnya menjadi naib juara kumpulan dan menang perlawanan 'playoff' ,sekiranya mahu layak dalam 4 pasukan terbaik ke Sukan Olimpik 2012 London.
Komitmen tinggi julang kejayaan - Kim Swee
KUALA LUMPUR - Jurulatih Skuad Olimpik negara,
Ong Kim Swee semakin yakin memasang cita-cita yang lebih besar dengan
melihat anak buahnya mencipta kejutan pula dalam saingan kumpulan
Kelayakan Olimpik 2012 ekoran persembahan cemerlang mengatasi Lebanon
2-1, semalam.
Katanya, ia diperkukuhkan dengan komitmen dan semangat juang tinggi
anak buahnya terutama dalam babak kedua perlawanan di Stadium Nasional,
Bukit Jalil apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selama 40 minit.
"Jika aksi sebegini dipaparkan lagi pada pusingan seterusnya, saya
percaya pasukan kita mampu mencipta kejutan walaupun mungkin diundi
sekumpulan dengan lawan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.
"Saya juga tidak berfikiran negatif walaupun Lebanon merapatkan
jurang gol, malah jika mengikut jangkaan saya, kita sebenarnya mampu
beroleh sehingga empat gol.
"Gary Steven Robbat (dibuang padang pada minit ke-51) baru berusia 19
tahun dan dalam perlawanan antarabangsa sebegini, dia memang cenderung
untuk melakukan kesilapan.
"Namun, ia satu pengajaran buatnya dan seluruh pasukan di mana anda
akan dihukum atas kesilapan sebegitu," katanya pada sidang akhbar
selepas perlawanan yang dimenangi Malaysia dengan agregat 2-1 selepas
terikat 0-0, Ahad lalu.
Mengenai percaturan yang meletakkan penyerang, Izzaq Faris Ramlan di
bangku simpanan dan Syahrul Azwari Ibrahim, katanya: "Tidak bererti
apabila penyerang gagal menjaringkan gol, kita sudah gagal apatah lagi
dengan kita beroleh dua gol awal menerusi pemain tengah.
"Kedua-duanya mempunyai ciri dan kualiti yang berbeza. Syahrul lebih
pantas dan Izzaq mempunyai ketinggian tetapi yang lebih penting juga
ialah barisan pertahanan mampu dibantu semua orang apabila diasak
lawan."
Kim Swee turut berterima kasih kepada pengurusan pasukan kerana
membenarkannya berkunjung ke Asia Barat untuk mengintip kekuatan Lebanon
pada perlawanan persahabatan menentang Turki menjelang kelayakan.
"Selama dua hingga tiga bulan saya melakukan persediaan bagi
kelayakan ini dan ia ternyata berbaloi, malah persahabatan dengan
Kemboja dan Qatar apabila kalah, ia masih memberikan petunjuk yang
membantu pasukan.
"Saya sudah masak dengan tipu helah pasukan dari Asia Barat yang
kadangkala sengaja tidak menunjukkan semangat permainan bersih walaupun
ketika pemain kita tercedera. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk
menang."
-Utusan
Keputusan Pusingan Kedua, Kelayakan Olimpik 2012
Perlawanan kedua
Malaysia 2-1 Lebanon
Malaysia menang argegat 2-1
India 1- 1 Qatar
Qatar layak argegat 4-2
Perlawanan kedua
Malaysia 2-1 Lebanon
Malaysia menang argegat 2-1
India 1- 1 Qatar
Qatar layak argegat 4-2
Iran 0-2 Iraq 2
Iraq menang argegat 2-1
Iraq menang argegat 2-1
Palestine 1-2 Bahrain
Bahrain menang argegat 2-2
Yemen 0-4 Australia
Bahrain menang argegat 2-2
Yemen 0-4 Australia
Australia menang argegat 7-0
Kuwait 2-1 Japan
Japan layak argegat 4-3
Japan layak argegat 4-3
Turkmenistan 0-4 Syria
Syria menang argegat 6-2
Syria menang argegat 6-2
UAE 1-1 DPR Korea
UAE layak argegat 2-1
UAE layak argegat 2-1
Jordan 1-1 South Korea
South Korea layak argegat 4-2
South Korea layak argegat 4-2
Hong Kong 0-2 Uzbekistan
Uzbekistan menang argegat 3-0
Uzbekistan menang argegat 3-0
Vietnam 1-4 Saudi Arabia
Saudi Arabia menang argegat 6-1
Saudi Arabia menang argegat 6-1
Oman 3-1 China
Oman menang argegat 4-1
Oman menang argegat 4-1
Malaysia vs Lebanon, 2-1
1 comment:
tahniah pada malaysia. Yehh!!
Post a Comment