19 Apr 2011

Jualan Kenderaan Meningkat

Jualan Kenderaan Meningkat (B.Harian)

JUALAN kenderaan meningkat ke paras paling tinggi iaitu 63,265 unit pada Mac, iaitu peningkatan 22,878 unit atau 56.6 peratus berbanding bulan sebelumnya dan adalah 12.7 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataannya semalam, berkata jumlah jualan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini pula naik 7.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, bulan bekerja yang panjang pada Mac dan penghantaran serta invois segera oleh syarikat dengan tahun kewangan berakhir 31 Mac menyebabkan pertumbuhan jualan yang lebih tinggi itu.

Kebimbangan kemungkinan kekurangan bekalan dan peningkatan harga kenderaan akibat bencana di Jepun juga mungkin menyebabkan pembelian awal oleh pelanggan, katanya.

MAA berkata, pengeluaran kenderaan pada Mac pula naik kepada 53,124 unit daripada 51,579 unit pada bulan yang sama 2010.

Pengeluaran kenderaan penumpang pada bulan berkenaan naik kepada 49,118 unit daripada 47,729 unit berbanding tempoh yang sama 2010, sementara pengeluaran kenderaan komersial meningkat kepada 4,006 unit daripada 3,850 unit.

MAA berkata, jumlah jualan bagi April bagaimanapun dijangka sederhana dan berkurangan memandangkan jualan kukuh pada Mac luar biasa dan pelarasan pengeluaran akibat bencana di Jepun mungkin menjejaskan bekalan.

Berita Harian, 19 April 2011

12 Apr 2011

3.3 Bilion Guna Pengangkutan Udara 2014

MENJELANG 2014, pengembara yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dijangka berjumlah 3.3 bilion, meningkat 800 juta daripada 2.5 bilion dicatatkan pada 2009.
Demikian menurut unjuran bancian industri oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pada tahun itu juga juga, penerbangan antarabangsa mengendalikan 38 juta ton kargo udara, meningkat 12.5 juta ton daripada 26 juta tan pada 2009.
China menjadi penyumbang terbesar pengembara baru, diikuti Emiriah Arab Bersatu, Vietnam, Malaysia dan Sri Lanka.

Daripada 800 juta pengembara baru yang dijangka pada 2014, 360 juta (45 peratus) akan mengembara di laluan Asia Pasifik dan 214 juta akan bergabung dengan China (181 juta domestik dan 33 juta antarabangsa).

Amerika Syarikat akan kekal sebagai pasaran negara tunggal terbesar untuk penumpang domestik (671 juta) dan penumpang antarabangsa (215 juta).

-Sumber :Harian Metro 

10 Apr 2011

Petronas Perkenal Primax 95 Xtra Ganti RON 95

Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95- (Utusan)

 
Najib Tun Razak lancar minyak baru Petronas Primax 95 Extra diperhatikan Rosmah Mansor, Shamsul Azhar Abbas dan Amir Hamzah Azizan pada majlis pelancarannya di KLCC Kuala Lumpur, malam tadi.  (Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 9 April - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) hari ini melancarkan Primax 95 Xtra, minyak baru diinspirasikan oleh teknologi Formula Satu yang terbukti mampu memberi lebih kuasa serta kilometer bagi setiap liter.

Minyak baru itu bagi menggantikan RON 95 di 950 buah stesen minyak Petronas sedia ada.

Primax 95 Xtra akan dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi yang lebih tinggi.

Primax 95 Xtra diperkenalkan hari ini bersempena dengan majlis pengumuman slogan terbaru jenama PDB iaitu 'All The Way' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.





Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, pelancaran Primax 95 Xtra membuktikan komitmen syarikat untuk terus melabur dalam membangunkan produk inovatif yang memenuhi serta menjangkau jangkaan pelanggan.

"Pelancaran Primax 95 Xtra hari ini menunjukkan betapa pentingnya kajian dan peningkatan yang berterusan terhadap barisan produk Primax dalam mengembangkan perniagaan runcit kami.

"Kami percaya pertumbuhan PDB bukan hanya terletak pada bilangan stesen minyak Petronas yang ada tetapi juga dari segi peningkatan mutu bahan api," katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Gabungan mantap bahan pembaik pembakaran dan pengubah geseran dalam Primax 95 Xtra memberi tindakan pembakaran yang cekap dan mengurangkan geseran dalaman untuk mencapai prestasi maksimum bagi setiap titik minyak yang dibakar.

Secara keseluruhannya, Primax 95 Xtra dengan pakej bahan penambah berbilang fungsi benar-benar terbukti dapat memberikan lebih kuasa, lebih pecutan dan lebih menjimatkan minyak berbanding minyak gasolin komersial yang biasa di Malaysia.

Pada majlis sama, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan bernilai RM7.5 juta daripada anak syarikat Petronas, Kumpulan Syarikat LNG Malaysia kepada Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

Utusan, 10 April 2011

Iklan Petronas Primax 95Xtra



Promosi untuk hari ini sahaja ,10 April 2011 (5.30ptg-8.30malam)


Ikuti dalam facebook ; PETRONASMOTORSPORTS  , PetronasBrands ,MERCEDESGPPETRONAS ,  dan laman web http://www.mymesra.com.my/

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL