Dalam pepatah Melayu ada menyebut 'Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..' yang bermaksud sebijak mana orang itu dalam sesuatu perkara kadang kala tersilap juga atau contoh lain sepandai-pandai orang itu melarikan diri (cth penjenayah) akhirnya tertangkap juga...
Sepandai-pandai tupai melompat ,akhirnya dapat makan kacang satu lori..haha..
Anak Tupai (Dikir Barat)-Halim Yazid
Ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan
Kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dale hutan sejenis mamalia
Kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
jatuh jare jare kerana dia tak sobar
Pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok
tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok
Ore jame ritu pakat hambat tupai
bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar
Nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai
pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual
Ore sekepung tupai sekor berambat hari hari
nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi
Sakat bedil ado tupai habih mati
hok ni lah saya raso kita sangat rugi
Kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi
Loni kapung atau bandar jare buleh tgk
bapok tupai ibu tupai jale bawak anok
Rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai
kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar
Bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
mari dale baruh bekali kena racun tebaka
Ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan
2 comments:
tulisan yang baik untuk di simak,,nice post
nak komen apa ek? belakang rmh kakak kat Bangi, selalu nmpk tupai melompat2 riang. jiran sebelah pulak tak petik rambutan dia, utk sang tupai katanya.....sedekah.
Post a Comment