Secara lumrahnya manusia akan berubah untuk ke arah lebih baik, berubah untuk mencapai kehidupan yang sempurna , 'sempurna' dalam erti kata cukup segalanya dari segi keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. (tiada manusia yang sempurna kecuali Allah S.W.T)
Seringkali manusia berubah kerana faktor berikut iaitu dari faktor dalaman & luaran individu, agama & kebudayaan, keadaan persekitaran & semasa, pengaruh rakan taulan keluarga serta masyarakat setempat, ekonomi dan taraf gaya hidup masa kini. Perubahan ke arah kebaikan amat penting dalam kehidupan kerana bila manusia sudah berubah menjadi lebih baik ,ia akan memudahkan menjalani ibadah (seperti menunaikan haji & umrah), mudah untuk membantu masyarakat sekeliling yang kurang bernasib baik (derma & khidmat masyarakat), mudah untuk membantu keluarga dan saudara terdekat,mudah untuk berdakwah dan memberi nasihat & teguran, mudah untuk mempengaruhi orang lain untuk berjaya dan segalanya 'mungkin' nampak mudah bila manusia berubah menjadi lebih baik.
Jika semua manusia berubah menjadi baik , dunia 'mungkin' tiada lagi peperangan, kacau bilau, tipu daya, rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah, kecurian, pembunuhan dan rompak samun, tiada lagi kemusnahan alam sekitar, pencemaran alam, ancaman senjata & bom nuklear, serangan peluru berpandu,
& lain-lain lagi..Betapa ramainya manusia telah dipengaruhi nafsu jahat untuk merebut dan membolot semua harta kekayaan , menindas dan menjahanamkan hak orang lain, rakus dalam perebutan kuasa dan wang. Hilangnya nilai-nilai kemanusiaan bila manusia meletakkan agama di belakang dalam segala hal
kehidupan dan cara hidup..
Sekali air bah, sekali pantai berubah...
No comments:
Post a Comment