Assalamualaikum semua..
Kalau nak tahu.. rumah saya dah lama dah ada perpustakaan sendiri, tapi taklah banyak sangat buku, antaranya buku dan majalah yang ada ialah buku politik, agama, sains dan teknologi, kejuruteraan, ensiklopedia sains perubatan , kamus, buku permotoran, majalah politik & ekonomi, majalah komputer dan banyak lagi..
Semua buku di susun dalam rak ditempah khas setinggi 3 meter, kalau nak ambil buku kat tingkat atas kena guna kerusi @ tangga..haha...
Adakah orang kaya sahaja perlu adakan perpustakaan di rumah?. Jawapannya tidak.. kerana keluarga penulis sendiri bukannya dari kalangan orang berada, tapi boleh wujudkan sendiri perpustakaan di rumah kerana tahu buku akan menjadi harta warisan berharga untuk anak-anak cucu di masa akan datang..buku yang ada sekarang akan jadi harta tinggalan sejarah untuk generasi hadapan..
Ada juga tetamu datang ke rumah penulis ,belek dan pinjam buku majalah dan tak bagi-bagi balik sehingga ke hari ini...haha..
kira sedekah lah...
yang ni bukan 'library' rumah penulis..sekadar hiasan |
Orang kaya patut adakan perpustakaan di rumah (Utusan)
KUALA LUMPUR 23 April – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga.
Beliau berkata, ini adalah amalan di negara barat seperti Amerika Syarikat, yang mana orang kaya di sana mewujudkan perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama, yang kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas meninggal dunia.
"Sepatutnya orang-orang yang kaya di Malaysia ini membina library yang mengandungi buku-buku yang berharga, dan apabila mereka meninggal donate buku-buku kepada library untuk orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa, di sini hari ini.
Dr. Mahathir turut meluangkan masa menandatangani karya beliau ”A Doctor in the House” yang dibeli pengunjung di pesta yang bermula hari ini itu.
Mengulas isu berbeza, Dr. Mahathir berkata kerajaan perlu menimbang keperluan masyarakat Cina di negara ini termasuk menyediakan peluang perniagaan yang lebih banyak bagi meraih sokongan mereka.
Ini kerana kata Dr. Mahathir, sebagai komuniti yang berorientasikan perniagaan, kaum Cina memerlukan peluang yang banyak dan berterusan bagi mengembangkan perniagaan mereka.Beliau turut menolak dakwaan bahawa masyarakat Cina tidak pernah menyokong BN.Sebelum ini komuniti Cina memberi sokongan teguh kepada BN seperti ketika pilihan raya umum pada 1999 yang membantu parti memerintah memperolehi majoriti dua pertiga, kata beliau. - Bernama
Utusan, 23 April 2011
4 comments:
x smestinya khas 1 bilik utk perpustakaan kan? ckup la ada runag utk simpan buku & membaca
Saya tak kaya tapi ada perpustakaan di rumah sbb saya antu buku.
m
e
n
a
r
i
k
e
n
t
r
y
bw here..^^
Memang sepatutnya semua rumah perlu ada perpustakaan tak kira kaya miskin, tua dan muda...
Namun, untuk melaksanakan semua.. bukan satu perkara mudah. Maka elok dimulakan oleh sebilangan golongan dan pastinya golongan yang berkemampuan.
Apapun ia adalah satu idea yang sangat menarik dan memang patut dilaksanakan oleh semua orang tanpa perlu ada sebarang alasan
Post a Comment