26 Apr 2011

Penulis Blog Juga Rakan Bentuk Masa Depan Negara

Penulis Blog Juga Rakan Bentuk Masa Depan Negara (Utusan)

AKTIVITI blog di Malaysia adalah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara memberi komitmen penuh untuk meneruskan janji Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dalam membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet. 

Jaminan pada komitmen ini diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula. Di Malaysia, penulis blog bagaikan dapat sokongan daripada kerajaan untuk menyalurkan pandangan dan maklumat masing-masing. 

Kerajaan sedar cabaran media sosial melalui ruang siber baik melalui blog, Facebook atau Twitter sekarang terhadap masa depan negara. Seperti kata Najib, media sosial sekarang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan. 

Bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak gentar dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu mereka menjadi rakan blogger supaya pandangan dan kritikan membina mereka dapat membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Biarpun seseorang itu bebas menulis apa saja di dalam blog, batasnya tetap ada. Sebab itu, Perdana Menteri mengingatkan penulis blog tentang batas-batas supaya ruang siber tidak digunakan untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. 

Sememangnya demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan Malaysia juga percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul. 

Jadi penulis blog ada peranannya dalam membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti bukannya sekadar sesesuka hati dan memberi komen berbaur fitnah dan tohmahan. 

Kita tidak mahu laman blog menjadi ruang penyebaran fitnah. Penulis perlu sedar perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama.

Hakikatnya, penulis blog seperti penulis media yang lain turut mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan.

Penulis blog mampu menyatupadukan masyarakat dan mereka juga boleh memecahbelahkan rakyat.
Oleh sebab itu kuasa yang dimiliki itu seharusnya digunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan secara berhemah.

Kerajaan sehingga kini amat bermurah hati dengan penulis blog, walaupun ada yang menulis bukan berdasarkan fakta sebenar. Sudah tiba masanya penulis-penulis blog di negara ini juga harus bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan mereka di laman web masing-masing. 

Setiap penulis media alternatif itu perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran. 

Topik kod etika untuk penulis blog telah lama diperkatakan tetapi sehingga kini tidak siapa yang ambil serius untuk melaksanakannya.
Utusan

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL