Pada abad ini wujudnya satu fenomena baru iaitu rangkaian sosial secara maya iaitu Facebook selain rangkaian sosial popular lain antaranya Friendster,Myspace,Hi5,Twitter dan banyak lagi.Boleh dikatakan lebih 4juta pengguna Facebook di Malaysia sahaja ,Malaysia sekarang ini memperkenalkan laman sosial terbaru iaitu myfriends2u.com sebagai alternatif kepada rangkaian sosial lain.
Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.
Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.
Satu keistimewaan Facebook ialah dapat menjana pendapatan kerana menjadi salah kuasa pengiklanan yang terbaik buat masa ini, Pengguna Facebook yang ingin menambah pendapatan boleh mengiklankan apa sahaja produk atau perkhidmatan termasuk juga mencari 'downline' dalam bisnes MLM,internet bisness serta menawarkan atau menjanjikan pelaburan untuk jangka pendek @ jangka panjang.Tetapi harus di ingat 'pelaburan' dalam internet lebih kepada 'skim cepat kaya', jadi kita seharusnya bijak menilai yang mana satu pelaburan skim cepat kaya atau pelaburan yang disahkan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia.
Info mengenai Facebook
Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc.Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.
Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun, iaitu "face book".
Facebook juga berdepan dengan kontroversi. Mula-mulanya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa negara termasuk Syria, China,Vietnam, dan Iran.Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.
Satu lagi isu adalah para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek. Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.
Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat" sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar.To allay concerns about privacy, Facebook enables users to choose their own privacy settings and choose who can see what parts of their profile.
Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari pengiklanan, seperti iklan sepanduk.Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan" melainkan ditetapkan sebaliknya.
1 comment:
selamat menyambut sinar ramadhan..
serta mengimarahkan dengan amalan..
Post a Comment