Lautan luas sanggup ku renangi,
Sungai dalam sanggup ku selami,
Gunung berapi tak sanggup ku daki,
Bukit bukau sanggup ku rempuhi,
Hutan belantara sanggup ku terokai,
Dari hulu hingga ke hilir ku redahi,
Ke mana lagi selepas ini,
Adakah ku hanya bermimpi di siang hari,
Ku harap impian menjadi realiti,
doa, usaha dan iktihar ku dekati,
Insya Allah, kejayaan bakal menanti..
tunggu apa lagi,
fikirlah untuk memajukan diri,
jangan ingat sahaja duniawi,
sediakan persiapan untuk akhirat nanti,
sama-sama mendapat keredhaan Illahi,
ku tulis madah disini,
hanya idea serta imaginasi,
bagi motivasi untuk dikongsi,
agar bertambah semangat diri...
No comments:
Post a Comment