Malam Pertama:
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan , mendapat keampunannya daripada Allah.
Malam Kedua:
Di ampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua-dua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam Ketiga
Berseru Malaikat di bawah Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam Keempat
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat. Zabur, Injil dan Al-Qur’an.
Malam Kelima
Allah mengurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.
Malam Keenam
Allah mengurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang Tarawih pada malam ini.
Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam Kelapan
Allah mengurniakan pahala orang yang sembahyang Tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah, Ibrahim a.s
Malam Kesembilan
Allah mengurniakan pahala dan di naikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
Malam Kesepuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam Ke-11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
Malam Ke-12
Ia datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadatnya).
Malam Ke-13
Ia datang pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam Ke-14
Datang Malaikat menyaksikannya bersembahyang tarawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.
Malam Ke-15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arash, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam Ke-16
Allah S.W.T menuliskan baginya terlepas dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga
Malam Ke-17
Allah S.W.T kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.
Malam Ke 18
Seru malaikat : Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan ibu bapamu (yang masih hidup atau mati).
Malam Ke-19
Allah meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.
Malam ke-20
Allah mengurniakannya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam ke-21
Allah membinakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur.
Malam ke-22
Ia datang pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar.
Malam ke-23
Allah S.W.T membina sebuah bandar untuknya di dalam syurga daripada Nur.
Malam ke -24
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih malam ini. (Elok sekali berdoa ketika sujud).
Malam ke-25
Allah S.W.T menyelamatkannya daripada seksa kubur.
Malam ke-26
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini pahala seumpama 40 tahun ibadah.
Malam ke-27
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintasi titian ‘SirotholMustaqim’ seperti kilat menyambar.
Malam ke-28
Allah S.W.T mengurniakannya 1000 darjat di akhirat.
Malam ke -29
Allah S.W.T mengurniakannya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam ke=30 (Malam terakhir Ramadhan)
Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali lalu berfirman,
“ Hai hambaku , makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar”Kelebihan sembahyang Tarawih ini di petik dari sebuah buku untuk penghayatan dan tatapan bersama Sama-sama kita beribadat dengan penuh khusyuk dan ikhlas , semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan dari- Nya.
No comments:
Post a Comment