Zakat fitrah adalah wajib ke atas orang yang berkuasa mengeluarkannya untuk diri sendiri atau tanggungannya.
Hadis ada menerangkan,
Dari Ibn Umar katanya : “Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan sebanyak satu sa’ / segantang tamar atau gandum (makanan asasi) ke atas tiap-tiap orang Muslim, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan. Riwayat Bukhari dan Muslim
Dari Abu Said, katanya:
"Kami mengeluarkan zakat fitrah adalah satu sa’ (segantang) dari makanan atau gandum, atau kurma atau susu kering, atau anggur kering. Riwayat Bukhari dan Muslim
Makanan yang wajib dikeluarkan itu ialah bahan makanan asasi bagi sesebuah negeri itu seperti gandum,beras dan sebagainya. Bagi kita di Malaysia , ini wajiblah mengeluarkan 3.1 liter (3 cupak) beras bagi tiap-tiap seorang. Kadar zakat fitrah ditentukan dari kadar beras yang dikeluarkan iaitu menurut grade yang biasa di makan di tempat masing-masing, Kita boleh juga mengeluarkan zakat fitrah
ini dengan membayar harga yang setaraf dengan beras 3.1 liter itu, menurut nilai semasa dan wang negeri itu. Di Malaysia kita membayar zakat dengan menggantikannya dengan nilai wang tunai.
Senarai di bawah adalah kadar zakat fitrah mengikut negeri di Malaysia:
Negeri Kadar Zakat Fitrah (RM)
PERLIS-------------------------------------------RM6.00
KEDAH------------------------------------------RM7.00
PULAU PINANG---------------------------------RM7.00
PERAK--------------------------------------------RM7.00
SELANGOR--------------------------------------RM7.00
NEGERI SEMBILAN-----------------------------RM6.50
MELAKA-----------------------------------------RM6.50
JOHOR--------------------------------------------RM5.00 dan RM7.00*
PAHANG-----------------------------------------RM7.00
KELANTAN--------------------------------------RM7.00
TERENGGANU-----------------------------------RM5, RM7 dan RM8.00*
WILAYAH PERSEKETUAN & LABUAN--------------------RM7.00
SARAWAK---------------------------------------RM6.00
SABAH------------------------------ -------------RM6.80
Menurut hadis; Dari Ibn Umar :
"Mereka membayar zakat fitrah itu sebelum hari raya sehari atau dua hari."
Riwayat Bukhari
Mereka yang berhak menerima zakat ialah seperti di dalam ayat:
Bahawasanya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir, miskin , ‘amil (mengurus zakat), muallaf (yang baru memeluk Islam), untuk hamba yang merdeka, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang Musafir.Yang demikian itu adalah fardhu (ketentuan Allah). Surah At-Taubah, Ayat 60
Pembayaran Zakat melalui perkhidmatan SMS Celcom Mfitrah
1 comment:
kepada yang sudah diwajibkan bayar tu silalah bayar segera
kan?
P/S : AKU MALUUU
Post a Comment