Di sini bermula ...
Le Tour De Langkawi 2011 |
Mahathir
gembira Langkawi kembali
LANGKAWI: Selepas
tiga tahun ‘menyepi’, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi
(LTdL) kembali dilangsungkan di bumi Langkawi, Kedah.
Ia ibarat sirih
pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas
Asia itu diadakan pada tahun 2007.
Situasi itu
jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khususnya
warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya
LTdL di pulau legenda itu.
Berita gembira
itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki
edisi ke-16 tahun ini.
“Alhamdulillah…
saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi.
Selepas beberapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL
dapat diadakan semula di Langkawi.
“Tak kena kalau
LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini sememangnya
bermula di Langkawi.
“Saya mahu
mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian
Belian dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi,”
jelas Mahathir ketika ditemui pemberita di Dataran Lang, Langkawi
semalam.
Terdahulu, Mahathir
sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan
pelumba setiap pasukan yang bertanding pada saingan LTdL 2011 yang
akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini.
Mengimbas kembali
penganjuran LTdL, kali pertama ia dilangsungkan ialah pada 1996
yang menyaksikan Langkawi menjadi lokasi permulaan dan penamat kejohanan
tersebut.
Antara tujuan
utama penganjurannya adalah untuk mempromosikan Langkawi sebagai
destinasi pelancongan selain menjana ekonomi negara.
Bagaimanapun,
ekoran beberapa masalah yang timbul seperti kos penganjuran yang
semakin meningkat serta tempoh pelumbaan yang disingkatkan oleh
Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Langkawi terpaksa ‘disisihkan’
untuk tiga tahun terdahulu dalam kalendar LTdL.
Kini, pulau
yang cukup sinonim dengan legenda Mahsuri itu kembali disenaraikan
dalam kalendar LTdL sebagai pembuka tirai edisi 2011, sekali gus
menerbitkan rasa gembira di hati seluruh penduduk Langkawi.
Mengulas lanjut,
Mahathir berkata, penganjuran LTdL edisi ke-16 tahun ini telah mencapai
satu standard yang cukup tinggi dan boleh dibanggakan oleh seluruh
rakyat Malaysia.
“Perlumbaan
LTdL bukan sahaja disaksikan oleh rakyat tempatan, malah ditonton
kira-kira 350 juta peminat sukan lumba basikal di seluruh dunia.
“Jadi inilah
peluang kepada kita untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi
pelancongan. Dengan penganjuran LTdL melibatkan beberapa buah bandar
yang menarik di negara ini, ia sekali gus memberikan gambaran yang
baik kepada pelancong luar,” katanya.
Dalam masa yang
sama, Mahathir menambah, beliau berbangga melihat anak tempatan
mula melakar kejayaan pada saingan LTdL sejak beberapa tahun lalu.
Paling membanggakan,
apabila jaguh sensasi, Anuar Manan muncul pelumba pertama negara
memenangi satu peringkat perlumbaan tahun lalu. Dia turut melakar
sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba pertama dari Asia yang
merangkul gelaran Raja Pecut pada LTdL 2010.
“Malaysia
sudah mencapai kejayaan yang membanggakan menerusi pelumba-pelumba
negara. Hasil latihan berulang selain menyertai kejohanan-kejohanan
lain akhirnya pelumba-pelumba negara berjaya mencipta kejayaan,”
jelasnya.
For
more information, please email media@ltdl.com.my
Le
Tour De Langkawi matlamatnya adalah untuk mempromosi tempat pelancongan
antarabangsa Langkawi dan Malaysia keseluruhannya. Dalam kejohanan LTDL pada tahun lepas , Langkawi tidak tersenarai untuk laluan ekspedisi Le Tour De Langkawi
atas sebab -sebab tertentu. Dan kali ini ,Langkawi sekali lagi menjadi tempat
permulaan kayuhan (23 Januari 2011) untuk ekspedisi jelajah semenanjung
Malaysia sejauh 1315.4km dan kayuhan perlumbaan akan berakhir di Kuala Lumpur pada (1 Februari
2011)
Maklumat
lanjut , jom layari laman web ini LTDL 2011
No comments:
Post a Comment