14 Sept 2011

Ayam & Telur ,Yang Mana Dahulu?

Assalamualaikum semua..

Ayam dan telur?..yang mana dahulu.., anda pasti tahu jawapannya. Macam-macam cerita tentang ayam, kerana ayam adalah salah satu makanan kesukaan ramai..Ayam bukan sahaja digemari ramai kerana dagingnya sedap, tetapi tahukah anda ,ayam adalah penyumbang tak rasmi kepada ekonomi dan menjana pendapatan negara. Jika ayam di jangkiti penyakit seperti selesema burung, ia sedikit sebanyak akan menyebabkan krisis makanan dan kekurangan produk makanan berasaskan daging ayam. Pengeluaran dan penternakan ayam semakin bertambah dari sehari sehari kerana permintaan begitu tinggi dalam pasaran. Permintaan ayam daging dan ayam kampung akan bertambah dua kali ganda menjelang hari perayaan dan peniaga akan mengambil kesempatan menaikkan harga ayam untuk meraih keuntungan berlipat kali ganda.



Ayam dan telur?..yang mana dahulu? Tahukah anda harga daging ayam kampung (@ ayam hutan) lebih mahal berbanding ayam daging (ayam bandar..hehe).. Daging ayam kampung lebih sedap berbanding dengan ayam bandar kerana ayam kampung makan makanan dari dalam tanah dan hutan manakala ayam daging makan makanan yang diproses seperti dedak dan makanan campuran bahan kimia. Jika diperhatikan ayam daging lebih gemuk dan sihat kerana ayam daging akan selalu makan dari awal pagi ke petang..

Ayam dan telur? yang mana dahulu?..yang mana dahulu tak penting janji hari-hari boleh makan ayam...
da tentu ayam dahulu..betul ke..fikir-fikirkanlah...






27 Aug 2011

29 Ogos 2011 Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal

 

KUALA LUMPUR: Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja di sini, kawasan yang ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal ialah di Pontian Kecil, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu Tanjung Bidara, Melaka; Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra dan Balai Cerap Selangor di Selangor; Pantai Pasir Panjang, Manjong; Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh, Pulau Pinang; dan Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah Langkawi dan Menara Alor Setar di Kedah.

Di Terengganu ialah di Bukit Besar Kuala Terengganu, Bukit Kemuning, Kemaman, Pulau Perhentian dan Balai Cerap KUSZA, Setiu; Bukit Peraksi Pasir Putih, Bukit Kampung Tembeling Kuala Krai dan Menara Bangunan SEDC Kota Baharu di Kelantan; dan Bukit Tanjong Batu Nenasi, Gunung Berinchang Cameron Highlands dan Bukit Pelindong, Kuantan di Pahang.

Tempat melihat anak bulan Syawal di Perlis ialah di Kuala Sungai Baru; Menara Kuala Lumpur di ibu negara; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di Putrajaya; Tanjong Lubang, Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu di Sarawak; Balai cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil dan Menara Universiti Malaysia Sabah di Sabah. - BERNAMA

Sumber : Berita Harian

14 Aug 2011

Puasa Jangan Tak Puasa!


Hari ini genap 2 minggu umat Islam menjalani ibadat puasa di bulan ramadhan yang penuh berkat dan rahmat. Tapi masih ada lagi segelintir umat Islam (yang cukup syarat , baligh dan sempurna akal ) tidak menunaikan ibadat puasa , dapat diperhatikan masih ada lagi orang Islam membeli makanan , masak dan makan pada siang hari di bulan ramadhan, mereka membeli makanan dari kedai-kedai mamak tertentu dan kedai makanan segera yang beroperasi di siang hari. Sesetengah dari mereka kurang pengetahuan agama dan mungkin tidak memahami kewajiban berpuasa di bulan ramadhan. Baca artikel ini , penerangan tentang Kewajiban Berpuasa Ramadhan

“Hai orang-orang yg beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” (al-Baqaroh: 183-185)


(http://anggasyahrian.wordpress.com/)


Video : Puasa, Jalil Hamid

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL