22 Jan 2011

Le TouR De Langkawi 2011

Di sini bermula ...
Le Tour De Langkawi 2011

Mahathir gembira Langkawi kembali

LANGKAWI: Selepas tiga tahun ‘menyepi’, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali dilangsungkan di bumi Langkawi, Kedah.
Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas Asia itu diadakan pada tahun 2007.
Situasi itu jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khususnya warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya LTdL di pulau legenda itu.
Berita gembira itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-16 tahun ini.
“Alhamdulillah… saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi. Selepas beberapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL dapat diadakan semula di Langkawi.
“Tak kena kalau LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini sememangnya bermula di Langkawi.
“Saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian Belian dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi,” jelas Mahathir ketika ditemui pemberita di Dataran Lang, Langkawi semalam.
Terdahulu, Mahathir sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan pelumba setiap pasukan yang bertanding pada saingan LTdL 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini.
Mengimbas kembali penganjuran LTdL, kali pertama ia dilangsungkan ialah pada 1996 yang menyaksikan Langkawi menjadi lokasi permulaan dan penamat kejohanan tersebut.
Antara tujuan utama penganjurannya adalah untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan selain menjana ekonomi negara.
Bagaimanapun, ekoran beberapa masalah yang timbul seperti kos penganjuran yang semakin meningkat serta tempoh pelumbaan yang disingkatkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Langkawi terpaksa ‘disisihkan’ untuk tiga tahun terdahulu dalam kalendar LTdL.
Kini, pulau yang cukup sinonim dengan legenda Mahsuri itu kembali disenaraikan dalam kalendar LTdL sebagai pembuka tirai edisi 2011, sekali gus menerbitkan rasa gembira di hati seluruh penduduk Langkawi.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, penganjuran LTdL edisi ke-16 tahun ini telah mencapai satu standard yang cukup tinggi dan boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Perlumbaan LTdL bukan sahaja disaksikan oleh rakyat tempatan, malah ditonton kira-kira 350 juta peminat sukan lumba basikal di seluruh dunia.
“Jadi inilah peluang kepada kita untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Dengan penganjuran LTdL melibatkan beberapa buah bandar yang menarik di negara ini, ia sekali gus memberikan gambaran yang baik kepada pelancong luar,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mahathir menambah, beliau berbangga melihat anak tempatan mula melakar kejayaan pada saingan LTdL sejak beberapa tahun lalu.
Paling membanggakan, apabila jaguh sensasi, Anuar Manan muncul pelumba pertama negara memenangi satu peringkat perlumbaan tahun lalu. Dia turut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba pertama dari Asia yang merangkul gelaran Raja Pecut pada LTdL 2010.
“Malaysia sudah mencapai kejayaan yang membanggakan menerusi pelumba-pelumba negara. Hasil latihan berulang selain menyertai kejohanan-kejohanan lain akhirnya pelumba-pelumba negara berjaya mencipta kejayaan,” jelasnya.
For more information, please email media@ltdl.com.my



video


Le Tour De Langkawi matlamatnya adalah untuk mempromosi tempat pelancongan antarabangsa Langkawi dan Malaysia keseluruhannya. Dalam kejohanan LTDL pada tahun lepas , Langkawi  tidak tersenarai  untuk laluan ekspedisi Le Tour De Langkawi atas sebab -sebab tertentu. Dan kali ini ,Langkawi sekali lagi menjadi tempat permulaan kayuhan (23 Januari 2011) untuk ekspedisi jelajah semenanjung Malaysia sejauh 1315.4km dan kayuhan perlumbaan akan berakhir di Kuala Lumpur pada (1 Februari 2011)
Maklumat lanjut , jom layari laman web ini  LTDL 2011




No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL