31 Jan 2011

Krisis dan Pergolakan di Mesir, Bagaimana Pelajar Kita di sana?

500 pelajar M'sia mula dipindahkan di Mesir (31 January 2011)

Seramai 500 pelajar Malaysia akan berpindah secara berperingkat-peringkat dari kediaman masing-masing ke Rumah Melayu Abasiah Mesir (ARMA) di Abasiah, Kaherah mulai hari ini.

Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) Muhammad Husaini Saleh berkata arahan perpindahan itu dikeluarkan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir bagi mengelak mereka menjadi mangsa keganasan rakyat negara itu yang mengadakan demonstrasi menuntut Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

"Kami masih tidak mengetahui jumlah pelajar yang dapat dipindahkan ke ARMA sejak 25 Jan lepas kerana kerajaan Mesir telah menguatkuasakan perintah berkurung bermula pada hari berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Muhammad Husaini, yang juga pelajar perubatan di Universiti Kaherah, berkata perintah berkurung berkenaan dilaksanakan mulai 3 petang hingga 8 pagi esok (9 malam hingga 2 petang esok waktu Malaysia)

Menurutnya pelajar-pelajar Malaysia hanya mengetahui keadaan di luar menerusi paparan berita menerusi televisyen dan radio kerana kerajaan Mesir telah memotong talian internet bagi mengelakkan penyebaran anasir berunsur hasutan.

"Hanya talian telefon yang masih boleh digunakan," katanya.

Muhammad Husaini turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh Kedutaan Malaysia di Mesir yang menghulurkan bantuan makanan serta pakaian kepada pelajar Malaysia yang terjejas.

Sejak Selasa lepas, beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura yang mengakibatkan kira-kira 100 nyawa terkorban dan lebih 1,000 lagi cedera.

- Bernama



Maklumat lanjut mengenai pelajar Malaysia di Mesir ekoran krisis Mesir
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/
http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/



Krisis dan Pergolakan di Mesir, Bagaimana Pelajar Kita di sana?


Penuntut Malaysia di Mesir di nasihat berkumpul (31 Januari 2011)

Semua penuntut Malaysia yang berada di Mesir pada masa ini dinasihat agar berkumpul sesama mereka dan saling menjaga keselamatan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berikutan pergolakan yang berlaku di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata walaupun kerajaan, melalui Kedutaan Malaysia dan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di sana sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan mereka, mereka juga perlu mengambil tanggungjawab memandangkan keadaan bertambah serius.

"Pegawai kita pergi kesemua rumah-rumah negeri untuk memastikan bahawa semua penuntut selamat, dan memberi nasihat dalam soal menjaga bekalan makanan, elakkan tempat-tempat tumpuan ramai dan tidak terbabit dalam demonstrasi dan sebagainya.

"Paling utama ialah penuntut berkenaan mesti bertanggungjawab mengenai keselamatan diri mereka kerana kita tidak dapat harap kedutaan atau MSD (Jabatan Penuntut Malaysia) berada di sana sepanjang masa," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan juga sedang meneliti pelbagai pendekatan bagi memastikan keselamatan kira-kira 11,000 rakyat Malaysia yang berada di negara itu, termasuk untuk memindahkan mereka ke negara terdekat seperti Jordan atau Syria sekiranya keadaan memerlukan.

Sebelum itu, Mohamed Khaled menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Menteri Pelajaran Thailand Chinnaworn Boonyakita dalam bidang pengajian tinggi.

Beliau berkata dengan termetrainya perjanjian itu, satu kumpulan kerja bersama akan ditubuhkan yang dianggotai oleh pegawai dari kedua buah negara bagi mengenal pasti bidang-bidang kerjasama termasuk perkongsian pengetahuan dan latihan kepada tenaga akademik, penyelidikan dan pembangunan, mobiliti pelajar dan makanan halal.

"Thailand adalah negara jiran yang terdekat dan dengan jumlah penduduk seramai 64 juta ia sudah tentu memberi ruang dan peluang untuk kerjasama dan rakyatnya juga mencari ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi.

"Dengan MoU ini kita boleh susun dan melihat sejauh mana kita boleh mendapat dan memberi kerjasama kepada negara Thailand dan kita juga belajar dari dia dalam soal meningkatkan hab pendidikan melalui sektor pengajian tinggi," katanya.

-Bernama

Maklumat lanjut mengenai pelajar Malaysia di Mesir ekoran krisis Mesir
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/ 
http://ariffshah.com/krisis-mesir-keadaan-sebenar-pelajar-malaysia/ 

29 Jan 2011

Lima Teori Pembentukan Lambang 'UFO' di Sleman

Info: detiknews.com
Jakarta - Fenomena misterius berupa lambang Unidentified Flying Object (UFO) di Sleman, Yogyakarta, yang juga dikenal sebagai crop circle, hingga kini belum terpecahkan. Ada lima teori yang menjadi perdebatan para ahli terkait lambang misterius ini.


 
Berdasarkan informasi yang dikumpulkan detik.com dari berbagai sumber di blogspot.com, Senin (24/1/2011), setidaknya ada lima teori terkait crop circle. Beberapa teori bisa diterima dengan logika sederhana, namun ada juga yang cukup rumit.

Teori pertama, buatan manusia.
Seorang ilmuwan dari Inggeris yang telah meneliti fenomena ini selama 17 tahun lamanya meyakini bahwa 80 persen crop circle merupakan buatan manusia. Namun demikian teori ini tak mampu menjawab alat bantu yang diperlukan dan tujuan pembuatannya.

Teori kedua, medan magnet.
Seorang ahli asal Amerika Serikat, Jeffery Walson, telah meneliti lebih dari 130 fenomena ini. Ia memastikan 90 persen di sekitar lingkaran aneh tersebut terdapat transformator yang berhubungan dengan kabel tegangan tinggi. Setelah elektrik negatif dari air di sekitar sawah dan positif dari listrik bersentuhan dapat menghasilkan energi magnet listrik yang membentuk lingkaran aneh. Teori ini juga belum bisa menjawab terbentuknya citra flora dan fauna di dalam crop circle.

Teori ketiga, angin tornado.
Ahli fisika dari Universitas Michigan, AS, Delon Smith, menuturkan bahawa angin tornado adalah sebab utama yang menyebabkan lingkaran aneh itu. Melalui risetnya dia mendapati bahwa sejumlah besar lingkaran aneh di ladang gandum yang muncul di sisi gunung, dimana tempat seperti ini adalah tempat yang mudah membentuk angin tornado. Tapi apakah angin tornado dapat membuat lingkaran yang simetris?

Teori keempat,
buatan makhluk luar angkasa, atau alien. Sejak tahun 1990, fotographer di Amerika Serikat meyakini melihat cahaya aneh di ladang gandum. Cahaya itu terbang ke sana-ke mari membentuk lingkaran aneh.

Teori kelima,
gaib. Sejumlah ahli percaya crop circle dibentuk oleh zat gaib sama dengan penerawangan soal keberadaan segitiga bermuda. Sejumlah paranormal juga menghubungkan crop circle ini sebagai pertanda bencana.



Sebelumnya di beritakan, warga Sleman, Yogyakarta, di hebohkan oleh tanda misterius di persawahan yang muncul usai angin kencang. Warga setempat meyakini tanda yang berbentuk lingkaran raksasa tersebut sebagai pendaratan pesawat 'UFO' dari planet lain.

Lambang tersebut berbentuk lingkaran berdiameter 70 meter. Di tengah lingkaran raksasa tersebut terdapat lambang misterius. Tanda tersebut dibentuk oleh hamparan padi yang rebah setelah angin kencang tersebut.

Pihak Kepolisian pun membenarkan munculnya lambang misterius 'UFO' tersebut. Polisi bahkan sudah mengabadikan peristiwa langka tersebut.
 
Sumber: detikNews.com
 
 
Pandangan blogger
Teori pertama jadi pilihan blogger,di mana crop cirle ini telah dicipta oleh manusia sendiri untuk menunjukkan hasil seni mereka di tengah sawah, tetapi di salah anggap oleh orang ramai yang menyangkakan kedatangan UFO yang membuat crop circle ini. Pencipta crop circle ini hendak membuat suatu  misteri dan mahukan orang ramai serta para saintis merungkai misteri crop circle. Bagi saya, UFO hanyalah rekaan semata-mata yang dicipta untuk tujuan tertentu sama ada untuk tujuan keselamatan mahupun politik antarabangsa.Saya akan huraikan misteri UFO dalam entry berikutnya di masa akan datang...
 
Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri--->Misteri Nusantara
 

22 Jan 2011

Le TouR De Langkawi 2011

Di sini bermula ...
Le Tour De Langkawi 2011

Mahathir gembira Langkawi kembali

LANGKAWI: Selepas tiga tahun ‘menyepi’, Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) kembali dilangsungkan di bumi Langkawi, Kedah.
Ia ibarat sirih pulang ke gagang selepas kali terakhir kejohanan berprestij di pentas Asia itu diadakan pada tahun 2007.
Situasi itu jelas sekali menggembirakan seluruh peminat sukan tempatan khususnya warga Langkawi yang selama ini begitu ghairah menantikan kembalinya LTdL di pulau legenda itu.
Berita gembira itu turut dikongsi bersama mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi pencetus idea kepada kejohanan yang telah memasuki edisi ke-16 tahun ini.
“Alhamdulillah… saya gembira kerana akhirnya LTdL kembali diadakan di Langkawi. Selepas beberapa tahun tidak diadakan di Langkawi, tahun ini LTdL dapat diadakan semula di Langkawi.
“Tak kena kalau LTdL tidak diadakan di Langkawi kerana kejohanan ini sememangnya bermula di Langkawi.
“Saya mahu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak penganjur (Kementerian Belian dan Sukan) kerana kembali mengadakan LTdL di Langkawi,” jelas Mahathir ketika ditemui pemberita di Dataran Lang, Langkawi semalam.
Terdahulu, Mahathir sempat meluangkan masa bagi menghadiri majlis memperkenalkan barisan pelumba setiap pasukan yang bertanding pada saingan LTdL 2011 yang akan membuka tirainya secara rasmi di Dataran Lang hari ini.
Mengimbas kembali penganjuran LTdL, kali pertama ia dilangsungkan ialah pada 1996 yang menyaksikan Langkawi menjadi lokasi permulaan dan penamat kejohanan tersebut.
Antara tujuan utama penganjurannya adalah untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan selain menjana ekonomi negara.
Bagaimanapun, ekoran beberapa masalah yang timbul seperti kos penganjuran yang semakin meningkat serta tempoh pelumbaan yang disingkatkan oleh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI), Langkawi terpaksa ‘disisihkan’ untuk tiga tahun terdahulu dalam kalendar LTdL.
Kini, pulau yang cukup sinonim dengan legenda Mahsuri itu kembali disenaraikan dalam kalendar LTdL sebagai pembuka tirai edisi 2011, sekali gus menerbitkan rasa gembira di hati seluruh penduduk Langkawi.
Mengulas lanjut, Mahathir berkata, penganjuran LTdL edisi ke-16 tahun ini telah mencapai satu standard yang cukup tinggi dan boleh dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
“Perlumbaan LTdL bukan sahaja disaksikan oleh rakyat tempatan, malah ditonton kira-kira 350 juta peminat sukan lumba basikal di seluruh dunia.
“Jadi inilah peluang kepada kita untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan. Dengan penganjuran LTdL melibatkan beberapa buah bandar yang menarik di negara ini, ia sekali gus memberikan gambaran yang baik kepada pelancong luar,” katanya.
Dalam masa yang sama, Mahathir menambah, beliau berbangga melihat anak tempatan mula melakar kejayaan pada saingan LTdL sejak beberapa tahun lalu.
Paling membanggakan, apabila jaguh sensasi, Anuar Manan muncul pelumba pertama negara memenangi satu peringkat perlumbaan tahun lalu. Dia turut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pelumba pertama dari Asia yang merangkul gelaran Raja Pecut pada LTdL 2010.
“Malaysia sudah mencapai kejayaan yang membanggakan menerusi pelumba-pelumba negara. Hasil latihan berulang selain menyertai kejohanan-kejohanan lain akhirnya pelumba-pelumba negara berjaya mencipta kejayaan,” jelasnya.
For more information, please email media@ltdl.com.my





Le Tour De Langkawi matlamatnya adalah untuk mempromosi tempat pelancongan antarabangsa Langkawi dan Malaysia keseluruhannya. Dalam kejohanan LTDL pada tahun lepas , Langkawi  tidak tersenarai  untuk laluan ekspedisi Le Tour De Langkawi atas sebab -sebab tertentu. Dan kali ini ,Langkawi sekali lagi menjadi tempat permulaan kayuhan (23 Januari 2011) untuk ekspedisi jelajah semenanjung Malaysia sejauh 1315.4km dan kayuhan perlumbaan akan berakhir di Kuala Lumpur pada (1 Februari 2011)
Maklumat lanjut , jom layari laman web ini  LTDL 2011




19 Jan 2011

Apa yang ada dalam Wallet anda?

Setiap orang mempunyai wallet @ dompet sendiri kerana tanpa wallet ibarat ibu ayam kehilangan anak..haha



Benda yang biasa dilihat dalam wallet setiap orang
A. Kad Pengenalan (wajib di bawa bersama)
B. Duit Ringgit, RM 1.00 dalam wallet pun dah kira ada duit..hehe
C. Lesen Memandu
D. ATM Bank kad
E. Kad Kredit
F. Kad Keahlian profesional / Kelab
G. Kad Pesara Kerajaan (bagi yang dah pencen)
H. Kad Perniagaan (business card)
I.Kad Keahlian Pengedar Jualan Langsung (tak semua masuk...betul tak..?)
J. Kad Touch n Go dan seumpamanya
K.Kad Perubatan ( tak ramai berminat benda ni.. tak tahu kenapa..dah sakit baru la sedar ...)
L.No pin ATM (ada juga orang simpan no. pin dalam wallet..bahaya betul, wallet hilang..duit dalam bank pun lesap...
M. Gambar Kekasih hati...hehe

dan banyak lagi..apa yang ada dalam wallet anda?..
"Wallet saya tebal dengan...

sekadar hiasan






















15 Jan 2011

Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kedah ke-83 (16 Januari 2011)


 Daulat Tuanku
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL SULTAN AL MU'TASIMU BILLAHI MUHIBUDDIN TUANKU AL HAJ HAJI ABDUL HALIM MUADZZAM SYAH IBNI ALMARHUM TUANKU SULTAN BADLISHAH


 Lagu: ALLAH selamat Sultan Mahkota


Allah selamatkan Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta
Memelihara agama Nabi kita
Negeri Kedah serata-rata



 Semoga Negeri Kedah terus aman dan maju di bawah naungan Baginda Tuanku
Daulat Tuanku
 dari : Rakyat Kedah

12 Jan 2011

Nombor Kod 'Rahsia'



 
A=1N=14
B=2

O=15
C=3

P=16
D=4

Q=17
E=5

R=18
F=6

S=19
G=7

T=20
H=8

U=21
I=9

V=22
J=10

W=23
K=11

X=24
L=12

Y=25
M=13

Z=26






















Contoh perkataan ini--->WELCOME TO MY BLOG
Tulisan dalam bentuk kod rahsia.
24-5 -12-3-15-13-5 / 20 -15 /13-25 / 2-12-15-7

Tukarkod ‘rahsia’ di bawah menjadi perkataan

20-8-5 / 2-15-19-19 / 9-19/ 14-15-20 / 1-12-23-1-25-19/18-9-7-8-20/,
2-21-20 / 20-8-5-14 / 8-5 / 9-19 / 20-8-5 / 2-15-19-19/ !

Selamat mencuba…hehe


 

9 Jan 2011

Nombor Piramid

                                       1x9+2=11


12x9+3 =111


123X9+4 =1111


1234x9+5 =11111


12345x9+6 =111111


123456x9+7 =1111111


1234567x9+8 =11111111


12345678x9+9 =111111111


123456789X9+10 =1111111111



1x9-1=8

21x9-1=188

321x9-1=2888

4321x9-1=38888

54321x9-1=488888

654321x9-1=5888888

7654321x9-1=68888888

87654321x9-1=788888888





9x9+7=88

98x9+6=888

987x9+5=8888

9876x9+4=88888

98765x9+3=888888

987654x9+2=8888888

9876543x9+1=88888888

98765432x9+0=888888888



123456789x9=111111111

123456789x18=222222222

123456789x27=333333333

123456789x36=444444444

123456789x45=555555555

123456789x54=666666666

123456789x63=777777777

123456789x72=888888888

123456789x81=999999999











4 Jan 2011

Tahun Baru, Azam baru @ Azam lama?


Tahun 2010 telah berlalu meninggalkan kita dengan 1001 cerita suka duka, pastinya menjadi kenangan manis atau pahit kepada setiap insan. Kita baru saja melangkah ke tahun 2011 dan seperti biasa pada permulaan tahun baru setiap orang akan mempunyai azam baru..azam lama yang tak tercapai tahun lepas pun boleh di guna semula untuk tahun ini .. Azam dengan  matlamat yang jelas adalah azam yang terbaik untuk mencapai sesuatu impian.
 Jadi, apa azam baru anda tahun ini?






Selamat Tahun Baru 2011 dari blogger untuk blogger...


Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL