14 Jul 2011

Arsenal Asia Tour 2011 ( Malaysia XI vs Arsenal) Keputusan perlawanan


Keputusan perlawanan persahabatan Arsenal Asia Tour 2011 antara Malaysia dengan Arsenal semalam nyata tidak menggembirakan sebahagian penyokong setia Harimau Malaya kerana kekalahan besar di mana gawang Malaysia telah dibolosi sebanyak empat kali tanpa balas. Apa pun  Malaysia bermain baik dan banyak bertahan sepanjang perlawanan..

Harus di ingat, keputusan perlawanan dalam jelajah Asia Tour 2011 antara tiga kelab gergasi Liga Inggeris (Arsenal, Liverpool dan Chelsea )  tidak memberi apa-apa makna dan tidak merubah kedudukan ranking Malaysia pada ketika ini berada dalam kedudukan ke-144 dunia.

Perlawanan persahabatan ini khas untuk peminat BPL Arsenal, Liverpool dan Chelsea di Malaysia yang dianjurkan bersama FAM dan lain-lain penaja , secara tak langsung ia boleh dijadikan sebagai perlawanan 'pemanas badan' bagi Malaysia sebelum bertemu Singapura pada pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2014 dan sebagai persediaan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012 yang bermula pada bulan Ogos ini.

Arsenal 'bedil' Harimau Malaya : (Berita Harian)

Anak didik Rajagobal hilang arah kena belasah 4-0 di Bukit Jalil
BUKAN kemenangan yang dicari, tetapi tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan mencemari permainan mantap barisan tengah dan jentera serangan negara pada perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang gigih menyiapkan pasukan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura pada 23 dan 28 Julai ini pasti mendapat pengajaran berharga hasil kekalahan 4-0 kepada kelab elit Inggeris itu.

Gawang negara dibolosi seawal minit kelima menerusi sepakan penalti Aaron Ramsey selepas pengadil, Yussof Mat Karim menyalahkan terjahan kasar Aidil Zafuan Abdul Radzak ke atas Jack Wilshere dalam kotak penalti.

Faktor kepantasan dan fizikal yang lebih memihak skuad kendalian Arsene Wenger menyaksikan serangan negara mudah dipatahkan. Minit ke-25, gawang Arsenal hampir dibolosi kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang mengambil sepakan percuma dari jarak 35 meter, tetapi sempat ditepis penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Ketika harapan lebih 53,000 penonton menyaksikan Malaysia menyamakan kedudukan semakin memuncak, Arsenal sebaliknya menambah jaringan menerusi Walcott yang berjaya melepasi barisan pertahanan pada minit ke-38, sebelum melambung bola menewaskan Nasril buat kali kedua malam tadi.

Pada babak kedua, Khairul Fahmi Che Mat masuk menggantikan Nasril, tetapi permainan licik penyerang Arsenal, Carlos Vela menyaksikan gol ketiga diraih pemain asal Mexico itu.

Pada masa tambahan, Arsenal terus menghukum kem kebangsaan kali ini Tomas Rosicky mudah menanduk masuk hantaran Robin van Persie untuk gol keempat pasukan.

Pujian harus diberi kepada barisan pemain negara yang bekerja keras cuba mengatasi kehebatan kelab gergasi Eropah itu dengan beberapa gerakan menarik dihasilkan sepanjang 90 minit permainan.

Sumber : Berita Harian

Video : Malaysia 0-4 Arsenal
video

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL