29 Dec 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki edisi 2010..Tahniah Harimau Malaya!


Sekalung Tahniah kepada barisan pemain-pemain Malaysia, barisan jurulatih kebangsaan dan negeri,  pihak Pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri,Kementerian Belia & Sukan, Pengulas sukan RTM & Astro dan berita sukan TV, seluruh media cetak dan elektronik, Penyokong Setia Harimau Malaya( Ultras Malaya) dan seluruh penyokong Malaysia dan tak lupa juga kepada penaja kejohanan.

kerana anda  semua... “Kita menjadi Juara” @ “We are the champions”


Perjalanan masih jauh, bukan terhenti setakat ini..Perjuangan masih belum selesai…

  Hari ini, aku rasa macam Malaysia menang World Cup !. apapun Syabas Malaysia!!

28 Dec 2010

MALAYSIA dan INDONESIA ke final Piala AFF Suzuki 2010


Laluan MALAYSIA ke final Piala AFF Suzuki 2010
1) Peringkat Kumpulan A (Naib juara kumpulan)
Indonesia 5- MALAYSIA 1 (kalah)
Thailand 0- MALAYSIA 0 (seri)
Laos 1- MALAYSIA 5 (menang besar) 

2) Semi final
 1st Semi final)   MALAYSIA 2- Vietnam 0 (menang)
2nd Semi final)   Vietnam 0- MALAYSIA 0 (seri)
MALAYSIA layak ke final (Aggregate 2-0)


Laluan INDONESIA ke final Piala AFF Suzuki

1) Peringkat Kumpulan A (Juara kumpulan)
INDONESIA  5- Malaysia 1 (menang)
INDONESIA 6 -LAOS 0 (menang)
INDONESIA 2-Thailand 1 (menang)
2) Semi final
1st Semi final)  INDONESIA 1–Filipina 0(menang)
2nd Semi final) Filipina 0- INDONESIA 1(menang)
INDONESIA layak ke final (Aggregate 2-0)

FINAL
Harimau Malaya
Garuda
26 DECEMBER 2010
1st FINAL)  MALAYSIA 3– INDONESIA 0

29 DECEMBER 2010
2ND FINAL) INDONESIA 2-MALAYSIA 1

MALAYSIA  Juara Piala AFF Suzuki 2010 
(Aggregate 4-2)


27 Dec 2010

Sinaran Laser

Sinaran laser lemah tidak jejaskan pandangan mata - Pakar


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti “laser pointer” yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 
Laser pointer

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna. –

Sumber:  Bernama/ Utusan

Sinaran laser yang dapat dilihat dalam filem-filem angkasa lepas

Star Trek


Star Wars

dan banyak lagi filem guna pancaran laser...
dan dalam bola sepak pun dah guna laser ...

24 Dec 2010

Masa itu lebih bernilai dari Emas

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berakhirnya tahun 2010. Tahun 2010 bakal meninggalkan kita dan tahun baru 2011 pula bakal menjelma . Hari berganti hari,siang berganti malam, malam berganti siang, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan seterusnya tahun berganti tahun , di mana usia kita semakin hari semakin meningkat , yang muda menjadi tua, yang tua menunggu 'masa' , yang kecil menjadi besar.Begitulah peredaran masa dan zaman dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi.    




Ramai yang mungkin pernah terfikir kenapa masa berlalu begitu pantas sekali ..Persoalannya..
-Adakah kerana kita terlalu sibuk dengan urusan kerja/dunia?

atau
-Adakah kerana 'teknologi' yang membuatkan masa begitu pantas?

atau
-Adakah kerana kita tidak pandai menghargai masa yang berharga?


atau
-Adakah kerana kita tak ambil kisah dengan masa yang semakin 'singkat' ini?

atau
-Adakah kerana kita terlalu seronok dengan dunia dan kehidupan sekarang?



Surah Al-’Asr 103: Ayat 1-3

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


Sebenarnya masa tidaklah pantas seperti di sangka, cuma kita yang tidak tahu menghargai masa yang ada. Jadi sempena tahun baru Maal Hijrah 1432H ini dan tahun baru 2011 yang akan datang, sama-samalah kita sentiasa menghargai setiap masa, detik dan ketika. Masa itu lebih bernilai dari emas!















16 Dec 2010

Cerita Tentang Semut



Semut
Semut merupakan sejenis serangga kecil yang hidup di dalam tanah, di hutan, di celah lubang dinding rumah dan ada juga di dalam balang gula di rumah .Pelbagai jenis spesis semut  telah ditemui  dan jarang ditemui sama ada di hutan , di rumah atau di bandar. Antara semut yang biasa ditemui ialah semut kerengga, semut merah /api (atau di kenali sebagai semut gatal), semut hitam, semut kecil dan pelbagai lagi jenis semut . Semut biasanya hidup dalam komuniti @ masyarakat yang besar dan hidup dalam keadaan bekerjasama antara satu sama lain. 


Semut amatlah rajin bekerja dan sanggup berjalan ’berjuta-juta batu’@ berpindah untuk mencari makanan dan akan membina populasi baru di tempat yang banyak makanan. Tahukah anda semut tidak akan tersesat mencari  rumah mereka(semut) sendiri  kerana semut akan membina jaringan jalan mereka sendiri dan akan berlaga serta ‘bersalam’ melalui sesunggut bila berjumpa sesama semut.Semut mempunyai deria bau yang sensitif terhadap makanan seperti gula, manisan atau makanan di dapur serta di meja makan. Semut dengan gula sukar untuk dipisahkan ibarat pepatah yang biasa didengar ’mati semut kerana gula’. Mereka(semut) akan ‘hurung’ / himpun beramai-ramai bersama gula @ makanan dan membawa balik makanan ke sarang mereka. Ajaibnya, semut boleh mengangkat cebisan makanan sekali ganda dari berat badan mereka dan berjalan membawa makanan ke sarang mereka. SubhannaAllah!



Semut kerengga biasanya lebih suka tinggal di atas pokok buah-buahan ,contohnya pokok  rambutan ,pokok mempelam dan lain-lain lagi. Kerengga akan membina ‘rumah’ @ sarang mereka menggunakan daun di pokok  yang di cantum-cantumkan. Kerengga  akan menggigit manusia jika ‘rumah’ mereka dicerobohi @ diganggu–gugat oleh manusia yang ingin mengambil buah atau mencantas pokok. Kerengga secara ‘individu’ @ berkumpulan akan mengigit /mengetit manusia dengan cepat tanpa berfikir panjang kerana mereka akan mempertahankan ‘sarang’ mereka daripada dicerobohi. Kerengga mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai ‘Ratu’ atau raja semut yang bersaiz agak besar sedikit berbanding saiz semut kerengga lain. Ratu kerengga akan memastikan kerengga lain selamat dan akan meningkatkan lebih banyak populasi kerengga.



Semut hitam adalah jenis semut yang berjalan laju dan banyak di dapati di rumah @ iaitu di tempat lembap contohnya di bawah tikar getah yang lembap. Semut ini selalunya senang ditemui  kerana ‘mereka’ membiak dengan banyak di sesuatu tempat.Semut jenis ini jarang mengigit manusia kerana mereka akan melarikan diri jika diri mereka terancam.

Semut merah/semut api atau dikenali juga dengan nama semut ‘gatal’ adalah sejenis semut yang amat agresif dan suka menggigit/mengetit kulit manusia jika mereka diganggu atau sarang mereka di ceroboh oleh sesiapa jua . Kulit manusia yang di ketit semut api akan mengalami kegatalan kulit untuk tempoh yang singkat.  



Contohilah sikap semut yang suka bekerjasama dalam hidup bermasyarakat dan rajin bekerja dan tidak kenal putus asa. Semut akan mempertahankan ‘rumah’ mereka daripada dicerobohi atau diganggu gugat oleh sesiapa saja. AllahuAkhbar!




video
                                              Surah An-Naml (Ayat 15-Ayat 35)

Cerita Semut & Nabi Sulaiman
Surah An-Naml (Ayat 18-19)

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"; 

"Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".  


26 Nov 2010

Puisi Kad Kahwin


“Tak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tak sehebat Sulaiman,
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof, jika kasih tak setulus Zulaikha,
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim , andai diri tak sekuat Siti Hajar,
dan mengapa didambakan teman bak siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah S.A.W”

Masjid Nabawi Madinah



“Bimbinglah dirinya , dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,
Carilah kebaikan pada dirinya, dan bersyukurlah kerana di pertemukan dengannya,
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus menjadi milikmu.”
Amin.

pencipta puisi
Hamba Allah

8 Nov 2010

Misteri Imej Orbs

Piling -Load Test
Gambar ini di ambil pada pukul 2.00 pagi ,15 September 2009 di salah sebuah kawasan tapak pembinaan di Malaysia.Kelihatan beberapa imej orbs di bahagian atas gambar. Mungkin imej hantu @ entiti paranormal di rakam semasa gambar di ambil atau ia hanya sekadar pantulan cahaya dari kamera digital atau pantulan cahaya dari lampu.



Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri....


Apa itu Orbs?

26 Oct 2010

Car Boot Bazaar _Kuala Lumpur


Car Boot Bazaar
di buka setiap hari Sabtu & Ahad
8.30 pagi hingga 4.00 petang
Jalan Mahkamah, Persekutuan ,
Kuala Lumpur.
maklumat lanjut klik di sini




21 Oct 2010

Cyberjaya Videography Contest 2010

Videography contest 2010





Maklumat lanjut klik kat sini  Cyberjaya Videography Contest 2010

Hadiah dia boleh tahan jugak..siap ada sijil dan trophy sekali...tunggu apa lagi ..Tarikh tutup 27 October 2010


16 Oct 2010

Kenapa jenama sentiasa menjadi keutamaan kepada pengguna?



1) Produk yang berjenama biasanya lebih berkualiti ,asli (original) dan memberi nilai terbaik. Lebih nilai untuk wang anda.
Registered or Trade Mark brand
 
2) Jenama yang dipilih lebih memberi keyakinan kepada pengguna kerana menjadi pilihan ramai dan mudah didapati.Produk terbaru selalunya akan menjadi pilihan ramai.

3) Jenama yang terbaik selalunya menjadi pilihan kerana pengeluar sesuatu produk /perkhidmatan dapat memahami keperluan dan kehendak orang ramai.

4) Barangan berjenama selalunya menjadi pilihan kerana pengaruh iklan ,promosi dan pemasaran yang banyak serta kerap di media massa/elektronik dan media cetak. Iklan yang selalu  dipaparkan akan melekat di minda pengguna dan secara tak langsung mempengaruhi pengguna supaya menggunakan produk tersebut.

5) Produk/perkhidmatan dari jenama terkenal biasanya akan memberi servis terbaik dan khidmat selepas jualan kepada pengguna.


6) Penghantaran untuk tempahan produk/ perkhidmatan yang berjenama biasanya lebih cekap dan effesien dan penghantaran cepat seperti yang dijanjikan  kepada pengguna.


Pada masa kini ,produk berjenama mahal dan terbaik biasanya menjadi pilihan golongan korporat @ politik , golongan ternama, usahawan berjaya dan ada juga orang biasa (tapi bukan semua) kerana produk berjenama mahal melambangkan status seseorang..Betul ke ?



“Tak semestinya produk yang berjenama itu baik, produk yang tidak berjenama itu tidak baik, Sebagai pengguna kita berhak memilih yang mana sesuai serta memenuhi citarasa kita.. Pastikan produk yang digunakan itu halal lagi bersih.”  

sekadar hiasan
Di dalam pasaran sekarang, kebanyakan produk berjenama terkenal sudah ditiru,diciplak atau dicetak  rompak, ini sedikit sebanyak menjejaskan keuntungan syarikat yang mengeluarkan barangan original @ asli. Pengguna perlu lebih berhati-hati semasa membeli barang..Jadilah pengguna bijak.



Adakah anda seorang yang pentingkan jenama @ brand sebelum membeli sesuatu barang?

9 Oct 2010

10.10.10

Sepuluh haribulan sepuluh dua ribu sepuluh, satu tarikh dalam tahun Masihi yang unik kerana angka 10 berulang sebanyak 3 kali (10.10.10) dan mudah di ingati oleh sesiapa saja.

Tarikh 10.10.10 adalah bermula sejak dari 10 Tahun Masihi lagi, ini bermakna tarikh 10.10.10 sudah di kenali sejak zaman-berzaman untuk tempoh selang 100 tahun (1 abad) dan sekarang kita berada pada abad ke-21, iaitu pada tahun 2010. Sehingga ke hari ini , tarikh 10.10.10 telah pun berulang sebanyak 21 kali sejak permulaan tahun Masihi. 

10.10.10

Mengikut perkiraan tarikh 10 haribulan 10 ,ianya akan berulang sekali lagi dalam tempoh 100 tahun akan datang pada tahun 2110 dan seterusnya sehingga 100 tahun berikutnya. Menariknya, pada tarikh 10.10.10, sebahagian dari masyarakat dunia akan membuat sesuatu supaya dapat di kenang pada masa akan datang seperti melangsungkan perkahwinan, bertunang dan lain -lain aktiviti untuk mencipta sejarah tersendiri. 

Semoga tarikh istimewa ini memberi kenangan terindah kepada pasangan yang melangsungkan perkahwinan, menyambut hari jadi  dan lain-lain lagi..
 10.10.10
 

Apa perancangan anda pada tarikh ini...atau anda menunggu tarikh lain seperti 20.10.2010, 11.11.2011, 12.12.2012 atau tarikh lain ?

p/s; dan sebagai orang Islam kita tidak perlu mengabaikan tarikh mengikut kalendar Hijrah kerana tahun Hijrah adalah signifikan dalam pengiraan tahun @ masa kerana berdasarkan peredaran bulan (Qamariah) ,manakala tahun Masihi  pula berdasarkan peredaran matahari (Shamsiah).




5 Oct 2010

Dunia Blog Tanpa Sempadan


       Blog adalah platform terbaik untuk memberi pandangan secara tidak rasmi, berkongsi idea, cerita dan berita, berkongsi pengalaman suka dan duka sama ada dalam dan luar negara, tempat meluahkan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara, (tapi kalau dah terlampau serta mengugat keamanan dan kestabilan negara…sendiri mau ingatlah).Sebelum mengenengahkan sesuatu isu atau berita panas, ada baiknya berfikir dan berfikir ,’ Adakah benar atau tidak cerita yang ingin dipaparkan di blog untuk dibaca oleh pengunjung internet di seluruh dunia? ‘ Adakah semua cerita itu bukan fakta atau hanya ‘auta’ semata-mata?. 

       Kebebasan bersuara /menulis pun ada hadnya ,seperti ungkapan yang biasa kita dengar, "Mata pena lebih tajam daripada mata pedang” .

       Setiap blog ada pelbagai cara dan skop tersendiri , sama ada secara ‘professional’ / informal /blog perniagaan atau pengiklanan produk dan perkhidmatan .Semuanya bersaing secara sihat supaya blog lebih nampak kontemporari ,padat dengan maklumat dan tips, hiburan dan berita terkini ,tersusun serta mempunyai ‘design’ /gambar menarik dan ceria. Kebanyakan blog mempunyai satu ‘page’ dan semua mengiklankan NuffnangAdvertlets untuk mendapat pendapatan pasif dalam blog mereka. ‘Blogger’ juga mempunyai komuniti sendiri seperti 
Blog Oh Malaysia! <-- blog persendirian
dan banyak lagi.



http://www.rvdailyreport.com/

       Blog yang menarik dan berkualiti akan sentiasa menarik lebih ramai kenalan dan kunjungan (cth melalui ‘blogwalking’), Blog yang mendapat ‘ranking’ terbaik Alexa , Top 100 Malaysian Blogs dan ‘traffic’ tertinggi selalunya menjadi pilihan ramai ‘blogger’ lain dan pengunjung internet kerana blog itu mempunyai ‘entry’ terbaru /updated’ dan isi kandungan terhangat serta paparan menarik .Selain itu, rangkaian /’networking’ sesuatu blog yang meluas serta mudah di dapati pada carian popular seperti Yahoo, Google dan lain-lain lagi akan memudahkan pencarian maklumat dan berita . Secara tak langsung ,ini akan membuatkan pengunjung akan kembali semula ke blog itu dan mereka setia mengikuti /‘follow’ blog yang bagus dan memenuhi citarasa mereka. 

Setiap blog ada kekuatan dan identiti tersendiri…, 

"Kecantikan blog adalah hak milik setiap insan bernama blogger.."

8 Sep 2010

سلام عيدالفطري


سلامت  هاري  راي  عيدالفطري 
 
معاف  ظاهير  دان  باتين

 کڤد  مسلمين  دان  مسلمات

د مليسيا  دان  د سلوروە  دونيا
  ساتو  شوال  1431  هجرە

تولوس  احلاص
شاە ريل  دان  کلوار

6 Sep 2010

Oooo...Balik Kampung...


"Best -nya kalau balik kampung naik kereta ni...'
"Tak dapat balik dengan kapal terbang tahun ni...."


 Balik Kampung
Perjalanan jauh tak ku rasa 
Kerna hati ku melonjak sama 
Ingin berjumpa sanak saudara 
Yang selalu bermain di mata 

"Naik bas ekspress  ok jugak..janji sampai ke destinasi..."


"Dah lama  tak balik kampung dengan Keretapi Tanah Melayu..."
"Balik kampung naik motor besar.. kalau konvoi ramai2 lagi "best"...'


Nun menghijau gunung ladang dan rimba 
Langit nan tinggi bertambah birunya 
Deru angin turut sama berlagu 
Semuanya bagaikan turut gembira


oh oh...Balik kampung ( 3X ) 
Hati girang 
Ho ho... Balik kampung (3X) 
Hati girang

Bukan kampung blogger..sekadar hiasan

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang 
Satu-satu tersemat di kalbu 
Pasti terubat rindu di hati 
Menyambut kepulangan ku nanti
-Allahyarham Sudirman-




Berhati-hati di jalan raya,
Semoga anda selamat tiba,
Di ucapkan Selamat Hari Raya,
Dari blogger untuk semua..

Selamat Pulang Berhari Raya..

 

1 Sep 2010

Zakat Fitrah



Zakat fitrah adalah wajib ke atas orang yang berkuasa mengeluarkannya untuk diri sendiri atau tanggungannya.

Hadis ada menerangkan,
Dari Ibn Umar katanya : “Rasulullah S.A.W mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan sebanyak satu sa’ / segantang tamar atau gandum (makanan asasi) ke atas tiap-tiap orang Muslim, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan.                                                     Riwayat Bukhari dan Muslim 

Dari Abu Said, katanya:
"Kami mengeluarkan zakat fitrah adalah satu sa’ (segantang) dari makanan atau gandum, atau kurma atau susu kering, atau anggur kering.                                                            Riwayat Bukhari dan Muslim 

        Makanan yang wajib dikeluarkan itu ialah bahan makanan asasi bagi sesebuah negeri itu seperti gandum,beras dan sebagainya. Bagi kita di Malaysia , ini wajiblah mengeluarkan 3.1 liter (3 cupak) beras bagi tiap-tiap seorang. Kadar zakat fitrah ditentukan dari kadar beras yang dikeluarkan iaitu menurut grade yang biasa di makan di tempat masing-masing, Kita boleh juga mengeluarkan zakat fitrah ini dengan membayar harga yang setaraf dengan beras 3.1 liter itu, menurut nilai semasa dan wang negeri itu. Di Malaysia kita membayar zakat dengan menggantikannya dengan nilai wang tunai. 

Senarai di bawah adalah kadar zakat fitrah mengikut negeri di Malaysia:  

                Negeri                                                Kadar Zakat Fitrah (RM)
PERLIS-------------------------------------------RM6.00
KEDAH------------------------------------------RM7.00
PULAU PINANG---------------------------------RM7.00
PERAK--------------------------------------------RM7.00
SELANGOR--------------------------------------RM7.00
NEGERI SEMBILAN-----------------------------RM6.50
MELAKA-----------------------------------------RM6.50
JOHOR--------------------------------------------RM5.00 dan RM7.00*
PAHANG-----------------------------------------RM7.00
KELANTAN--------------------------------------RM7.00
TERENGGANU-----------------------------------RM5, RM7 dan RM8.00*
WILAYAH PERSEKETUAN & LABUAN--------------------RM7.00
SARAWAK---------------------------------------RM6.00
SABAH------------------------------ -------------RM6.80

Menurut hadis; Dari Ibn Umar :
"Mereka membayar zakat fitrah itu sebelum hari raya sehari atau dua hari."
                                                                                      Riwayat Bukhari

Mereka yang berhak menerima zakat ialah seperti di dalam ayat:
Bahawasanya sedekah-sedekah (zakat) itu hanya untuk orang-orang fakir, miskin , ‘amil (mengurus zakat), muallaf (yang baru memeluk Islam), untuk hamba yang merdeka, orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk orang yang Musafir.Yang demikian itu adalah fardhu (ketentuan Allah).                                                                       Surah At-Taubah, Ayat 60 



Pembayaran Zakat melalui perkhidmatan SMS    Celcom Mfitrah


31 Aug 2010

Salam Kemerdekaan ke-53 Malaysia

Merdeka! Merdeka ! Merdeka!

Malaysia bumi bertuah
Salam Kemerdekaan ke 53 tahun
Malaysia Menjana Transformasi
dari blogger untuk blogger dan seluruh warga Malaysia


21 Aug 2010

Harapan Ramadhan

Masjid Al -Bukhary , Alor Star, Kedah
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
-Man Bai & Raihan-

14 Aug 2010

Kelebihan Sembahyang Sunat Tarawih

Di riwayatkan oleh Saidina Ali daripada Rasullullah S.A.W sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat (kelebihan ) sembahyang sunat Tarwih pada bulan Ramadan.

Malam Pertama: 
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana ia baru dilahirkan , mendapat keampunannya daripada Allah.

Malam Kedua: 
Di ampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua-dua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam Ketiga 
Berseru Malaikat di bawah Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam Keempat 
Memperolehi pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat. Zabur, Injil dan Al-Qur’an.

Malam Kelima 
Allah mengurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa.

Malam Keenam 
Allah mengurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Makmur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang Tarawih pada malam ini.

Malam Ketujuh 
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Musa a.s menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam Kelapan 
Allah mengurniakan pahala orang yang sembahyang Tarawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah, Ibrahim a.s

Malam Kesembilan 
Allah mengurniakan pahala dan di naikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam Kesepuluh 
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam Ke-11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam Ke-12 
Ia datang pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadatnya).

Malam Ke-13
Ia datang pada hari kiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam Ke-14 
Datang Malaikat menyaksikannya bersembahyang tarawih , serta Allah tiada menyesatkannya pada hari kiamat.

Malam Ke-15 
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arash, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam Ke-16 
Allah S.W.T menuliskan baginya terlepas dari neraka dan di masukkan ke dalam Syurga

Malam Ke-17 
Allah S.W.T kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi.

Malam Ke 18 
Seru malaikat : Hai hamba Allah, sesungguhnya Allah telah redha kepadamu dan ibu bapamu (yang masih hidup atau mati).

Malam Ke-19 
Allah meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20 
Allah mengurniakannya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam ke-21 
Allah membinakan sebuah istana dalam syurga daripada Nur.

Malam ke-22 

Ia datang pada hari kiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar.

Malam ke-23 
Allah S.W.T membina sebuah bandar untuknya di dalam syurga daripada Nur.

Malam ke -24 
Allah membuka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih malam ini. (Elok sekali berdoa ketika sujud).

Malam ke-25 
Allah S.W.T menyelamatkannya daripada seksa kubur.

Malam ke-26 
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini pahala seumpama 40 tahun ibadah.

Malam ke-27 
Allah mengurniakan orang yang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintasi titian ‘SirotholMustaqim’ seperti kilat menyambar.

Malam ke-28 
Allah S.W.T mengurniakannya 1000 darjat di akhirat.

Malam ke -29 
Allah S.W.T mengurniakannya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke=30 (Malam terakhir Ramadhan)
Allah S.W.T memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali lalu berfirman, “ Hai hambaku , makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang bernama Al-Kauthar”

Kelebihan sembahyang Tarawih ini di petik dari sebuah buku untuk penghayatan dan tatapan bersama  Sama-sama kita beribadat dengan penuh khusyuk dan ikhlas , semoga mendapat keberkatan dan kerahmatan dari- Nya.

10 Aug 2010

Perbanyakkan Sedekah serta Amal Jariah di Bulan Ramadhan al- Mubarak

 Salam Ramadhan 1431H


Perbanyakkan Sedekah serta Amal Jariah di Bulan Ramadhan al- Mubarak

Adalah menjadi kesukaan dan kebiasaan Rasullullah SAW apabila masuknya bulan Ramadhan Al-Mubarak . Baginda akan memperbanyakkan amalan-amalan yang di sunatkan terutama mengeluarkan sedekah , sehingga di dalam sebuah hadis baginda pernah bersabda yang berbunyi;

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar dapat memadamkan panas kubur bagi pelakunya, sesungguhnya orang mukmin kelak di hari Kiamat hanyalah bernaung dalam naungan sedekahnya. (Riwayat Al-Tabrani)

“Wahai Rasulullah: Apakah sedekah yang paling utama? Jawab Baginda: Sedekah yang dilakukan di dalam bulan Ramadhan. (Riwayat Al –Tarmizi)

     Kesimpulan Sedekah dapat di jadikan sebagai pemberi syafaat bagi pelakunya . Di dalam kubur ia mendapatkan kesejukan berkat sedekahnya dan terhindar dari panasnya kubur. Demikian pula di hari kiamat, ia akan mendapatkan naungan dari amal sedekahnya, padahal ketika itu kebanyakan manusia berada di dalam kepanasan yang tiada taranya. Dalam hadis lain di sebutkan bahawa sedekah itu dapat menolak kemurkaan Allah.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada seluruh muslimin & muslimat di seluruh dunia. Semoga Ramadhan Membawa Seribu Keberkatan dan Kerahmatan dariNYA.Amin

9 Aug 2010

Jom Tengok Anak Bulan Ramadhan

Jika anda berminat untuk melihat anak bulan Ramadhan untuk menentukan tarikh permulaannya puasa pada tahun ini bolehlah berbuat demikian pada 10 Ogos 2010 ini di lokasi terpilih di seluruh Malaysia.



Lokasi-lokasi yang telah disahkan oleh Majlis Raja-Raja untuk melihat Anak Bulan Ramadan dan Hari Raya Idul Fitri 1431 H.

Sumber : Bahagian Penyelidikan JAKIM
1.Pontian Kecil, Pontian ,Johor

2.Balai Cerap Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tg. Bidara Melaka

3.Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

4.Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor
5.Pulau Angsa Daerah Kuala Selangor, Selangor
6.Bukit Jugra Banting, Kuala Langat, Selangor

7.Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Daerah Manjung, Perak

8.Pantai Aceh, Pulau Pinang

9.Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah
10.Pemandangan Indah, Pulau Langkawi
11.Menara Telekom, Alor Setar, Kedah

12.Bukit Peraksi, Pasir Puteh,Kelantan
13.Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur,Kelantan
14.Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan
15.Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu

16.Bukit Besar, Kuala Terengganu, Terengganu
17.Bukit Kemuning, Kemaman, Terengganu
18.Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
19.Balai Cerap KUSZA, Bukit Merang, Setiu, Terengganu

20.Bukit Tanjung Batu, Nenasi, Pahang
21.Gunung Berincang, Cameroon Highlands, Pahang
22.Bukit Pelindung Kuantan, Pahang

23.Balai Cerap Al-Biruni N.,Sabah,Tanjung Dumpil,Putatan, Sabah
24.Tanjung Lubang, Miri, Sarawak
25.Teluk Bandung, Kuching, Sarawak
26.Tanjung Batu, Bintulu, Sarawak

WILAYAH PERSEKUTUAN
27.Menara Kuala Lumpur
26.PICC Putrajaya
29.Menara Universiti Malaysia Sabah Kampung Sungai Pagar, Labuan

30.Kuala Sungai Baru Simpang 4, Perlis

Sumber dari :http//www.islam.gov.my

24 Jul 2010

Imej Bumi dan Peredaran Waktu Siang dan Malam (Google Earth)

Imej bumi pada ketika siang dan malam mengikut peredaran masa dan waktu di Malaysia (imej dari Google Earth .Imej ilustrasi komputer menunjukkan kedudukan Matahari berada di ufuk barat, waktu malam di Malaysia dan negara-negara di sebelah timur.

Waktu Maghrib di Semenanjung Malaysia 7.30mlm




 

Waktu Isyak di Malaysia 8.45mlm









Imej ilustrasi komputer menunjukkan imej bumi pada ketika kedudukan matahari berada di sebelah timur
Waktu Subuh di Malaysia 5.49pg








Imej ilustrasi komputer menunjukkan imej bumi pada ketika matahari terbit dari sebelah timur berdasarkan waktu Malaysia
Waktu Syuruk :7.11 pagi







Imej ilustrasi komputer menunjukkan imej bumi pada waktu siang (tengahari)di Malaysia
Waktu Zohor 1.22ptg








Imej ilustrasi komputer menunjukkan imej bumi pada waktu ptg di Malaysia
Waktu Asar :4.46ptg



Waktu solat sebenar perlu di rujuk kepada Takwim yang disediakan oleh JAKIM. Waktu adalah berbeza berdasarkan perbezaan masa dan tempat. Ilustrasi di atas  hanyalah gambaran atau imaginasi dari imej komputer  dan bukan imej sebenar.
Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL