28 Jun 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia vs Taiwan (Pusingan pertama)

Pasukan Malaysia akan bertemu dengan Taiwan (29 Jun 2011) dalam kelayakan pusingan pertama Piala Dunia Brazil 2014, jika skuad Malaysia menang (secara argegat dalam kedua-dua perlawanan) bertemu Taiwan, lawan menanti Malaysia dalam pusingan kedua adalah negara jiran iaitu Singapura. Lapan pasukan yang menang dalam pusingan pertama akan bertemu lawan masing-masing yang menanti di pusingan kedua Piala Dunia 2014. Malaysia perlu menang di tempat sendiri dan mencari bekalan gol selesa sebelum bertandang di stadium lawan dalam perlawanan timbal balik untuk layak ke pusingan kedua.

Apapun kita jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil.. Malaysia Boleh!


Impian Harimau Malaya :(Sinar Harian)
BIARPUN impian melihat pasukan bola sepak kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia 2014 masih jauh, tiada mustahil andai anak didik Datuk K Rajagobal tekad mengembalikan martabat bola sepak di arena antarabangsa.

Skuad Harimau Malaya bakal membuat perseteruan dengan Chinese Taipei menjelang perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jika diamati pencapaian skuad kebangsaan tahun ini, mereka belum pernah ditewaskan dalam mana-mana perlawanan berprofil tinggi selepas menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu.

Bermula aksi persahabatan mengalahkan Hong Kong dengan jaringan 2-0 pada 9 Februari lalu dan diikat 1-1 pada aksi ulangan di Siu Sai Wan Sports, termasuk meratah Myanmar (2-0) di Kota Bharu, baru-baru ini.

Namun, ia tidak boleh dijadikan pengukur sejauh mana kekuatan pasukan kebangsaan kerana senario pasti berbeza apabila bermain dalam perlawanan sebenar berbanding perlawanan persahabatan sebelum ini.

Walaupun dianggap tugas mudah tatkala berdepan pasukan penghuni ranking 160 dunia, pemain negara diingatkan tidak memandang enteng kewibawaan skuad kendalian Chih-Tsung Lo itu.

Kelibat penyerang sensasi NSTC, Chang Wa perlu diawasi bentang pertahanan kerana pemain itu amat berbahaya khususnya dalam perebutan bola tinggi dalam kotak penalti.

Chang yang juga bekas pemain Taipei Tatung juga meledak satu gol semasa pasukannya tewas 1-2 kepada Korea Utara pada kejohanan Bola Sepak Asia Timur 2010.

Berdasarkan statistik, kemenangan terakhir diraih pasukan Taiwan di perlawanan antarabangsa adalah sewaktu membelasah Laos dalam Piala Cabaran AFC di Stadium Kaohsiung, 10 Februari lalu dan mengalami tiga kali tewas berturut-turut kepada India (0-3), Turkmenistan (0-2) dan Pakistan (0-2).

Justeru itu, berita ini amat menggembirakan peminat Malaysia kerana mereka yakin pasukan negara mampu merencanakan sesuatu sekali gus memburu kemenangan sebelum bertandang ke Stadium Taipei Municipal, empat hari selepas itu.

Andai berjaya melepasi halangan pusingan pertama, musuh tradisi, pasukan Singapura menanti di pusingan kedua dalam pertemuan yang dijangka diadakan pada 23 dan 28 Julai depan bagi merebut slot ke pusingan ketiga yang bakal membabitkan saingan 20 pasukan.
 
Sumber :Sinar Harian
   
Kelayakan Piala Dunia 2014 (Pusingan Pertama)
Perlawanan pertama , 29 Jun 2011
Perlawanan kedua (timbal balik), 3 Julai 2011

Malaysia vs Taiwan
Taiwan vs Malaysia
Pemenang bertemu Singapura 23 Julai

Bangladesh vs Pakistan
Pakistan vs Bangladesh
Pemenang bertemu Lebanon 28 Julai

Cambodia vs Laos
Laos vs Cambodia
Pemenang bertemu China PR 23 Julai

Sri Lanka vs Filipina
Filipina vs Sri Lanka
Pemenang bertemu Kuwait 23 Julai

Afghanistan vs Palestin
Palestin vs Afghanistan
Pemenang bertemu Thailand 28 Julai

Vietnam vs Macau
Macau vs Vietnam
Pemenang bertemu Qatar 23 Julai

Nepal vs Timor Leste
Timor Leste vs Nepal  2 Julai
Pemenang bertemu Jordan 28 Julai

Mongolia vs Myanmar
Myanmar vs Mongolia
Pemenang bertemu Oman 28 Julai

p/s Jadual penuh untuk pusingan kedua 

24 Jun 2011

Kelayakan Olimpik 2012, Malaysia ke Pusingan Ketiga

Skuad Olimpik Malaysia akhirnya berjaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 bersama pasukan Qatar, Iraq, Bahrain, Australia, Jepun, Syria, UAE, Korea Selatan, Uzbekistan, Arab Saudi dan Oman. Saingan peringkat kumpulan sebanyak 12 pasukan dari Asia akan ditentukan melalui undian pada 7 Julai ini dan setiap pasukan akan bersaing untuk menjadi juara kumpulan dan naib juara akan ditentukan melalui perlawanan 'playoff'. 

Apapun, Malaysia perlu menang dalam setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan atau sekurang-kurangnya menjadi naib juara kumpulan dan menang perlawanan 'playoff' ,sekiranya mahu layak dalam 4 pasukan terbaik ke Sukan Olimpik 2012 London.

Komitmen tinggi julang kejayaan - Kim Swee

KUALA LUMPUR - Jurulatih Skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee semakin yakin memasang cita-cita yang lebih besar dengan melihat anak buahnya mencipta kejutan pula dalam saingan kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 ekoran persembahan cemerlang mengatasi Lebanon 2-1, semalam.

Katanya, ia diperkukuhkan dengan komitmen dan semangat juang tinggi anak buahnya terutama dalam babak kedua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selama 40 minit.

"Jika aksi sebegini dipaparkan lagi pada pusingan seterusnya, saya percaya pasukan kita mampu mencipta kejutan walaupun mungkin diundi sekumpulan dengan lawan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.

"Saya juga tidak berfikiran negatif walaupun Lebanon merapatkan jurang gol, malah jika mengikut jangkaan saya, kita sebenarnya mampu beroleh sehingga empat gol.

"Gary Steven Robbat (dibuang padang pada minit ke-51) baru berusia 19 tahun dan dalam perlawanan antarabangsa sebegini, dia memang cenderung untuk melakukan kesilapan.

"Namun, ia satu pengajaran buatnya dan seluruh pasukan di mana anda akan dihukum atas kesilapan sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan yang dimenangi Malaysia dengan agregat 2-1 selepas terikat 0-0, Ahad lalu.

Mengenai percaturan yang meletakkan penyerang, Izzaq Faris Ramlan di bangku simpanan dan Syahrul Azwari Ibrahim, katanya: "Tidak bererti apabila penyerang gagal menjaringkan gol, kita sudah gagal apatah lagi dengan kita beroleh dua gol awal menerusi pemain tengah.

"Kedua-duanya mempunyai ciri dan kualiti yang berbeza. Syahrul lebih pantas dan Izzaq mempunyai ketinggian tetapi yang lebih penting juga ialah barisan pertahanan mampu dibantu semua orang apabila diasak lawan."

Kim Swee turut berterima kasih kepada pengurusan pasukan kerana membenarkannya berkunjung ke Asia Barat untuk mengintip kekuatan Lebanon pada perlawanan persahabatan menentang Turki menjelang kelayakan. 

"Selama dua hingga tiga bulan saya melakukan persediaan bagi kelayakan ini dan ia ternyata berbaloi, malah persahabatan dengan Kemboja dan Qatar apabila kalah, ia masih memberikan petunjuk yang membantu pasukan.

"Saya sudah masak dengan tipu helah pasukan dari Asia Barat yang kadangkala sengaja tidak menunjukkan semangat permainan bersih walaupun ketika pemain kita tercedera. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menang."

-Utusan


Keputusan Pusingan Kedua, Kelayakan Olimpik 2012
Perlawanan kedua

Malaysia 2-1 Lebanon
Malaysia menang argegat 2-1
India 1- 1 Qatar
Qatar layak argegat 4-2

Iran 0-2 Iraq 2
Iraq menang argegat 2-1
 Palestine 1-2 Bahrain
Bahrain menang argegat 2-2

  Yemen 0-4 Australia
Australia menang argegat 7-0
 
Kuwait 2-1 Japan
Japan layak argegat 4-3
 
Turkmenistan 0-4 Syria
Syria menang argegat 6-2
 
 UAE 1-1 DPR Korea
UAE layak argegat 2-1
 
Jordan 1-1 South Korea 
South Korea layak argegat 4-2
Hong Kong 0-2 Uzbekistan
Uzbekistan menang argegat 3-0
 
Vietnam 1-4 Saudi Arabia
Saudi Arabia menang argegat 6-1
 
Oman 3-1 China
Oman menang argegat 4-1 

Malaysia vs Lebanon, 2-1

21 Jun 2011

Kelayakan Olimpik 2012, Pusingan Kedua, Perlawanan Pertama Malaysia & Lebanon

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Kedua pada ahad lepas antara Malaysia bertemu Lebanon berakhir dengan keputusan seri 0-0. Perlawanan  secara timbal balik (perlawanan kedua) antara Malaysia dengan Lebanon bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil  pada hari khamis ini 23 Jun 2011. Jika Malaysia menang dalam pertemuan kedua ini, Malaysia layak ke pusingan ketiga dan undian perlawanan untuk 12 pasukan terbaik dijadualkan berlangsung pada 7 Julai 2011.


    12 pasukan dalam pusingan ketiga dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai empat pasukan. Perlawanan secara timbal balik akan bermula  21 September 2011 sehingga 14 March 2012. Juara setiap kumpulan layak automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala naib juara setiap kumpulan bermain 'playoff' bermula 25 March 2012 sehingga 29 March 2012.

Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0

KUALA LUMPUR - Skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Lebanon 0-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Sports City, Beirut, semalam.

Aksi pemain bawah 23 tahun negara boleh dipuji selepas berjaya bertahan dengan baik mengekang asakan lawan dan sekali-sekala cuba mengancam melalui beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol.

Bagaimanapun, aksi separuh masa pertama memperlihatkan Malaysia lebih gemar untuk bertahan dan hanya beberapa kali melakukan serangan balas pantas ke arah kubu lawan menerusi dua percubaan tepat.

Kedua-dua percubaan tersebut dilakukan oleh Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-11 dan susulan rembatan dari bahagian kanan gawang Lebanon berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Mohamad Hijazi.

Malaysia sekali mempunyai peluang terbaik untuk merobek gawang lawan pada minit ke-21 selepas Mohd. Fandi Othman melakukan hantaran jauh menuju ke arah penyerang Izzaq Faris Ramlan namun tandukannya tersasar.

Separuh masa kedua barulah memperlihatkan skuad muda negara menunjukkan permainan yang lebih positif apabila kerap mengasak skuad Lebanon termasuk percubaan jarak jauh dari Wan Zack pada minit ke-54, namun sekali lagi penjaga gol lawan menjadi penghalang.

Pemain Harimau Muda A yang beraksi dalam Liga Super itu sekali lagi melakukan percubaan pada minit ke-62 bagi membawa bekalan selesa menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini, namun dia gagal menyudahkan hantaran rendah K. Gurusamy.

Lebanon dilihat memperlahankan rentak pada aksi separuh masa kedua sekali gus memberi peluang buat Malaysia mengawal perlawanan.
Sumber :Utusan


Keputusan Pusingan Kedua, Perlawanan pertama 
Qatar 3 -1 India
Iraq 0-1 Iran
Bahrain 0-1 Palestine
Australia 3-0 Yemen
Japan 3-1 Kuwait
Syria 2-2 Turkmenistan
DPR Korea 0-1 UAE
Korea Republic 3-1 Jordan
Uzbekistan 1-0 Hong Kong
Saudi Arabia 2-0 Vietnam
China 0-1 Oman
Lebanon 0-0 Malaysia

Skuad Olimpik Malaysia mampu melangkah lebih jauh jika menang dalam pertemuan kedua menentang Lubnan hari khamis ini dan tidak mustahil Malaysia mampu mara ke peringkat seterusnya sehingga ke Sukan Olimpik London 2012..

Malaysia Boleh!    Photo credit : Facebook Harimau Malaya


15 Jun 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 16Jun2011

Fenomena gerhana bulan penuh esok (16Jun2011)


KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.

"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.

"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tertidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA
Sumber: Berita Harian.



KUALA LUMPUR 14 Jun – Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara pukul 1.25 pagi sehingga 6.59 pagi pada Khamis ini (16 Jun).

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, sehubungan itu semua masjid dan surau disaran mengadakan solat sunat khusuf berserta khutbah gerhana.

"Ibadah sunat ini seharusnya dapat ditunaikan sebaik mungkin kerana fenomena ini jarang-jarang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Othman berkata, masjid-masjid utama seperti Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya akan menganjurkan solat sunat khusuf pada pukul 3 pagi.

Selain itu, aktiviti cerapan akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama agensi luar iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM). – Bernama
Sumber: Utusan


-Sapa-sapa yang tidur lambat malam ni atau yang nak bangun awal pagi esok, jangan lupa saksikan kejadian fenomena gerhana bulan awal pagi esok, dan kepada umat Islam adalah disunatkan menunaikan solat sunat gerhana bulan.Malumat lanjut mengenai solat gerhana bulan, boleh klik terus ke laman web JAKIM


Info dari JAKIM: Makluman Gerhana Bulan Penuh 14 Rejab1432H, 16 Jun 2011

Video Gerhana Bulan Penuh 14 Rejab 1432Hijrah

14 Jun 2011

Ganu Nelang! (Juara Piala FA 2011)


Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Terengganu atas kejayaan memenangi Piala FA tahun ini..Tahniah juga kepada Jurulatih Terengganu (Irfan Bakti) yang begitu bersemangat sekali kerana turut sama 'bermain' dalam perlawanan yang mendebarkan serta penuh dramatik menentang Kelantan hari sabtu lepas.

Tahniah juga kepada skuad Sukma Terengganu kerana menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke 14 di Kuala Lumpur. Terengganu mencatat rekod dalam sejarah Sukma dengan menjadi juara tiga kali berturut-turut (hatrik) iaitu pada tahun 2008, 2010 dan 2011.


Ganu Nelang!
Terengganu julang Piala FA, muncul juara keseluruhan SUKMA XIV

SEMANGAT "Ganu Nelang" yang menjadi azimat Terengganu kini bertiup kencang di pantai Timur dengan kejayaan skuad bola sepak menjuarai Piala FA, malam kelmarin menjadi intipati tambahan kepada episod manis sukan negeri berkenaan. Malam tadi, Terengganu mencipta satu lagi kemasyhuran apabila muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2011 dan pemerhati sudah menyoal apakah kuasa sukan negara sudah beralih angin ke markas baru. Apa yang penting di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah cerita kebangkitan pemain skuad Penyu pimpinan Irfan Bakti Abu Salim yang tidak mengenal erti kalah sebelum menewaskan Kelantan 2-1 di final buat mengulangi kejayaan 2000.

Juara Piala FA 2011
Nelang adalah singkatan kepada perkataan handalan yang bermaksud jaguh atau hebat. Seseorang yang sukar dikalahkan juga dipanggil nelang dan kebangkitan skuad Terengganu selepas ketinggalan 0-1 sekadar memberi gambaran paling tepat buat menghuraikan maksud perkataan ini.

Irfan berkata, anak buahnya pernah ketinggalan dua gol di belakang Pahang sebelum bangkit untuk kemenangan 3-2 dan ternyata pengalaman itu menjadi bekalan berguna pada perlawanan akhir Piala FA kelmarin. “Saya sering beritahu pemain, selagi wisel penamat belum dibunyikan, permainan belum berakhir,” kata Irfan yang pernah dikecewakan Terengganu pada final 2000 ketika dia mengendali Pulau Pinang.

“Saya mahu mereka bekerja keras supaya permainan tidak ditentukan menerusi sepakan penalti. Ternyata semangat mereka cukup tinggi dan terlalu inginkan kejayaan ini selepas ditewaskan pasukan sama 3-0 pada aksi Liga Super lalu. Sepatutnya pada perlawanan itu juga kami mampu menang, tetapi beberapa pemain kami tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.”

Sumber: Berita Harian, 13 Jun 2011


8 Jun 2011

Menjelang Perlawanan Akhir Piala FA 2011 (Terengganu vs Kelantan)


Perlawanan akhir Piala FA pada kali ini menemukan antara dua pasukan dari pantai timur Terengganu dan Kelantan bagi merebut kejuaraan Piala FA 2011 ,di mana pada musim lepas 2010 piala FA dimenangi oleh Negeri Sembilan yang menewaskan Kedah menerusi sepakan penalti (5-4) selepas terikat (1-1) pada keseluruhan perlawanan termasuk masa tambahan.

Kedudukan pasukan Kelantan ketika ini sedang mendahului Liga Super pada kedudukan teratas dan Terengganu berada di tangga ketiga selepas Selangor. Perlawanan Liga Super masih berbaki lagi dua perlawanan dan tiga pasukan teratas ini bersaing hebat untuk bergelar juara Liga Super 2011. Penulis menjangkakan Kelantan akan menjadi juara Liga Super musim ini.

Menjelang pertemuan antara Terengganu dan Kelantan, jom kita imbas kembali laluan antara dua pasukan ini ke perlawanan akhir Piala FA 2011


 Piala FA 2011


Laluan Terengganu ke Final Piala FA 2011
Terengganu

Pusingan Pertama
19 Feb 2011   USM FC (1) vs Terengganu (2)

Pusingan Kedua
4 Mac 2011 ATM (2) vs Terengganu (3)

Suku Akhir
15 March 2011 Terengganu (3) vs Perak (1)
19 March 2011Perak (3) vs Terengganu (2)
Terengganu menang aggregate 5-4

Separuh Akhir
13 Mei 2011 Pahang (2) vs Terengganu (3)
16 Mei 2011 Terengganu (2) vs Pahang (0)
Terengganu layak ke final,aggregate 5-2


Laluan Kelantan ke Final Piala FA 2011
Kelantan

Pusingan Pertama
18 Feb 2011   T-Team (1) vs Kelantan (1)
Kelantan menang penalti 6-5 

Pusingan Kedua
4 Mac 2011 Johor FC (0) vs Kelantan (1)

Suku Akhir
15 March 2011 Kelantan (2) vs Felda United (2)
19 March 2011 Felda United (0) vs Kelantan (3)
Kelantan menang aggregate 5-2

 Separuh Akhir
13 Mei 2011 Selangor (1)  vs Kelantan (5)
16 Mei 2011 Kelantan (1) vs Selangor (1)
Kelantan layak ke final, aggregate 6-2

Perlawanan Akhir Piala FA 2011


 
11 Jun 2011
TERENGGANU vs KELANTAN
Stadium Bukit Jalil
8.45malam

Jom layari
laman web penyokong Kelantan http://kelate.net/ 
laman web penyokong Terengganu http://www.ganusoccer.net/v6/

Pasukan manakah akan bergelar juara Piala FA 2011 ?


7 Jun 2011

Barcelona Pasukan Terbaik

'Barcelona pasukan terbaik' (Kosmo)

LONDON - Bintang Barcelona, Xavi Hernandez menganggap juara Eropah itu sebagai sebuah pasukan yang terbaik sejak 20 tahun lalu.

Dalam masa yang sama, Xavi turut mengakui, rakan sepasukannya, Lionel Messi dari Argentina adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu berkata, dia gembira bersama Barcelona yang merangkul gelaran berganda musim ini selepas memenangi Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara.

"Ada beberapa pasukan dan pemain yang hebat dalam sejarah, Pele (Brazil), Johan Cruyff (Ajax Amster- dam) dan Arrigo Sacchi (Milan) tetapi sejak 20 tahun lalu, Barcelona adalah yang terbaik.

"Dia (Messi) adalah pemain terbaik sepanjang zaman, lebih baik daripada Pele, Maradona dan Cruyff. Kami perlu melindungi dia kerana dia sangat penting. Tanpa dia, kami tidak akan berada di tempat kami seka- rang."

Jurulatih Barca, Pep Guardiola turut diberi pujian atas kerja keras yang dilakukan sejak membimbing skuad The Catalan itu.

Meskipun Guardiola dikaitkan dengan spekulasi ingin meletak jawatan, Xavi berkata, dia berharap bekas pemain tengah Barca itu akan kekal bersama kelab itu.

"Beliau (Guardiola) sangat bijak, mengambil berat dan mementingkan Barcelona. Beliau adalah seorang jurulatih yang hebat dan saya harap beliau akan kekal di sini sampai bila-bila.

"Sekiranya bukan sebagai jurulatih, beliau boleh menjadi pengarah sukan atau presiden kelab," katanya.

Satu-satunya kekecewaan Barca musim ini adalah kekalahan kepada musuh tradisi, Real Madrid pada final Piala Raja Sepanyol.

"Real adalah lawan yang sukar tetapi bukan kerana mereka bermain bola sepak. Ini kerana mereka mahu merosakkan permainan. Saya lebih suka cara Manchester United berbanding Real.

"Saya lebih berminat untuk melihat apa yang akan berlaku sekiranya Real tidak bermain," jelas Xavi. - Agensi

Sumber: Kosmo!

p/s -Minggu ni blog ni banyak cerita pasal bola sempena kejayaan pasukan Barcelona menang piala UEFA Champion League..lepas ni  penulis akan cerita bola sepak Malaysia pulak...hehe..apa pun bola sepak tempatan patut kita sokong...Jadikan bulan Jun dan Julai tahun ini sebagai bulan bola sepak Malaysia...tak sabar nak tengok Arsenal, Liverpool dan Chelsea beraksi di Malaysia...

Hari ini pasukan Malaysia (skuad olimpik) akan bertemu Kemboja dalam perlawanan persahabatan, perlawanan ujian pertama sebelum bertemu Lebanon....

Saksikan siaran langsung 'online' Kemboja vs Malaysia kat sini http://www.p2pstation.net/

Keputusan petang tadi - Kemboja 1- Malaysia 0

4 Jun 2011

Pencapaian Terbaik Barcelona musim 2010/2011

Pencapaian terbaik pasukan bola sepak Barcelona musim 2010/2011

-Juara Spanish Super Cup
-Naib Juara Spanish Cup (Copa Del Rey)
-Juara Liga Sepanyol, 3 kali berturut-turut
-Juara Piala UEFA Liga Juara-Juara (Champions League) 

Kejayaan Barcelona setakat ini
4 Champions League
4 European Cup Winners Cup
4 Pyrenees Cup
6 Catalan Cup
9 Spanish Super Cup

21 La Liga Title
23 Catalan League Championship
25 Copa Del Rey Champions


Juara 'Spanish Super Cup 2010/ 2011'
(Barcelona 4 vs Seville FC 0)
21 Ogos 2010


Naib Juara 'Spanish Cup'
(Barcelona 0 - Real Madrid 1)
21 April 2011



Juara Liga Sepanyol 2010/2011


Juara 'UEFA Champions League 2010/2011
(Barcelona 3 vs Manchester United 1)
28 Mei 2011

Tiga piala dalam satu musim 2010/2011


Congratulations to Barca!
Tahniah Barca!

1 Jun 2011

Teknologi Hibrid ,Sumber Alternatif Selepas Petrol dan Diesel

Assalamulaikum semua..

Seperti yang diketahui umum, pada masa sekarang kenaikan harga sumber minyak/gas di dunia tidak dapat dielakkan dan harga minyak telah meningkat berikutan krisis dan perang di negara Timur Tengah (Mesir dan Libya)  di mana menyebabkan produktiviti pengeluaran minyak di negara terbabit turut terjejas .Timur Tengah merupakan salah satu penyumbang terbesar minyak dunia. Kenaikan harga minyak dunia akan menyebabkan inflasi dunia turut sama meningkat dan ia juga bergantung kepada polisi dasar kuasa kewangan sesebuah negara.


Negara-negara yang kaya dengan sumber minyak- credit Wikipedia

Selain itu ,terdapat campur tangan kapitalis barat dalam mengaut pasaran / sumber minyak di Timur Tengah kerana sumber minyak dan gas di negara mereka sendiri  terhad dan tidak mencukupi untuk kegunaan negara mereka. Sumber-sumber baru telaga minyak di serata dunia telah dikenalpasti dan ia mungkin mengambil masa untuk mencarigali @ memproses sumber minyak bergantung kepada kedudukan kewangan pelabur dan keupayaan syarikat minyak.



Oleh sebab itu, syarikat kenderaan bermotor di dunia telah berlumba-lumba mencari sumber tenaga alternatif baru menggantikan petrol/diesel untuk menggerakkan kenderaan , iaitu dengan merekacipta kereta hibrid yang menggunakan gabungan sumber tenaga dari bahan api petrol dan bateri. Kereta hibrid juga lebih mesra alam atau dikenali sebagai (Green Technology) 'Teknologi Hijau'. Syarikat permotoran terkenal Jepun Toyota memperkenalkan kereta hibrid terbaru mereka iaitu Toyota Prius Hibrid..Jom tengok video kereta hibrid ni...atau klik 'like' dalam facebook FB Toyota Hybrid Solutions
   






Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL