28 Jun 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia vs Taiwan (Pusingan pertama)

Pasukan Malaysia akan bertemu dengan Taiwan (29 Jun 2011) dalam kelayakan pusingan pertama Piala Dunia Brazil 2014, jika skuad Malaysia menang (secara argegat dalam kedua-dua perlawanan) bertemu Taiwan, lawan menanti Malaysia dalam pusingan kedua adalah negara jiran iaitu Singapura. Lapan pasukan yang menang dalam pusingan pertama akan bertemu lawan masing-masing yang menanti di pusingan kedua Piala Dunia 2014. Malaysia perlu menang di tempat sendiri dan mencari bekalan gol selesa sebelum bertandang di stadium lawan dalam perlawanan timbal balik untuk layak ke pusingan kedua.

Apapun kita jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil.. Malaysia Boleh!


Impian Harimau Malaya :(Sinar Harian)
BIARPUN impian melihat pasukan bola sepak kebangsaan beraksi di pentas Piala Dunia 2014 masih jauh, tiada mustahil andai anak didik Datuk K Rajagobal tekad mengembalikan martabat bola sepak di arena antarabangsa.

Skuad Harimau Malaya bakal membuat perseteruan dengan Chinese Taipei menjelang perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Jika diamati pencapaian skuad kebangsaan tahun ini, mereka belum pernah ditewaskan dalam mana-mana perlawanan berprofil tinggi selepas menjuarai Piala Suzuki AFF, Disember lalu.

Bermula aksi persahabatan mengalahkan Hong Kong dengan jaringan 2-0 pada 9 Februari lalu dan diikat 1-1 pada aksi ulangan di Siu Sai Wan Sports, termasuk meratah Myanmar (2-0) di Kota Bharu, baru-baru ini.

Namun, ia tidak boleh dijadikan pengukur sejauh mana kekuatan pasukan kebangsaan kerana senario pasti berbeza apabila bermain dalam perlawanan sebenar berbanding perlawanan persahabatan sebelum ini.

Walaupun dianggap tugas mudah tatkala berdepan pasukan penghuni ranking 160 dunia, pemain negara diingatkan tidak memandang enteng kewibawaan skuad kendalian Chih-Tsung Lo itu.

Kelibat penyerang sensasi NSTC, Chang Wa perlu diawasi bentang pertahanan kerana pemain itu amat berbahaya khususnya dalam perebutan bola tinggi dalam kotak penalti.

Chang yang juga bekas pemain Taipei Tatung juga meledak satu gol semasa pasukannya tewas 1-2 kepada Korea Utara pada kejohanan Bola Sepak Asia Timur 2010.

Berdasarkan statistik, kemenangan terakhir diraih pasukan Taiwan di perlawanan antarabangsa adalah sewaktu membelasah Laos dalam Piala Cabaran AFC di Stadium Kaohsiung, 10 Februari lalu dan mengalami tiga kali tewas berturut-turut kepada India (0-3), Turkmenistan (0-2) dan Pakistan (0-2).

Justeru itu, berita ini amat menggembirakan peminat Malaysia kerana mereka yakin pasukan negara mampu merencanakan sesuatu sekali gus memburu kemenangan sebelum bertandang ke Stadium Taipei Municipal, empat hari selepas itu.

Andai berjaya melepasi halangan pusingan pertama, musuh tradisi, pasukan Singapura menanti di pusingan kedua dalam pertemuan yang dijangka diadakan pada 23 dan 28 Julai depan bagi merebut slot ke pusingan ketiga yang bakal membabitkan saingan 20 pasukan.
 
Sumber :Sinar Harian
   
Kelayakan Piala Dunia 2014 (Pusingan Pertama)
Perlawanan pertama , 29 Jun 2011
Perlawanan kedua (timbal balik), 3 Julai 2011

Malaysia vs Taiwan
Taiwan vs Malaysia
Pemenang bertemu Singapura 23 Julai

Bangladesh vs Pakistan
Pakistan vs Bangladesh
Pemenang bertemu Lebanon 28 Julai

Cambodia vs Laos
Laos vs Cambodia
Pemenang bertemu China PR 23 Julai

Sri Lanka vs Filipina
Filipina vs Sri Lanka
Pemenang bertemu Kuwait 23 Julai

Afghanistan vs Palestin
Palestin vs Afghanistan
Pemenang bertemu Thailand 28 Julai

Vietnam vs Macau
Macau vs Vietnam
Pemenang bertemu Qatar 23 Julai

Nepal vs Timor Leste
Timor Leste vs Nepal  2 Julai
Pemenang bertemu Jordan 28 Julai

Mongolia vs Myanmar
Myanmar vs Mongolia
Pemenang bertemu Oman 28 Julai

p/s Jadual penuh untuk pusingan kedua 

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL