29 May 2011

Foto Menarik di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)-Spacewalk

 Antara gambar-gambar menarik yang di ambil dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dalam misi dalam misi ke-4 ,STS-134 SpaceWalk menggunakan kamera digital 'fish eyes lens'.


Gambar ini menunjukkan angkasawan NASA Michael Fincke (tengah atas) di ISS menjalankan
kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan dalam misi dalam misi ke-4 ,STS-134 SpaceWalk
 
Gambar imej Bumi dan Matahari diambil oleh Angkasawan (Spacewalker) dalam misi ke-4 ,STS-134 Space
Walk pada 27 Mei 2011    Credit : Nasa




Gambar menarik menunjukkan dua angkasawan Mark Kelly komander stesen ruang dan jurutera
penerbangan Ron Garan( dari NASA) memandang keluar melihat keluar melalui Stesen Angkasa
Cupola.Imej menarik bumi dapat dilihat dari angkasa lepas. Foto ini diambil pada 25 Mei 2011 oleh
angkasawan NASA Mike Fincke misi ke-3 Endeavour STS 134.

 
dan banyak lagi gambar-gambar menarik dari angkasa lepas.. jom kita jelajah angkasa lepas
dengan melihat gambar-gambar angkasa lepas..boleh buka website ni  http://www.space.com

p/s nak tau kat mana saya dapat gambar ni ..saya lah 'photographer' dan salah sorang 
angkasawan kat ISS ..hihihi


28 May 2011

Komen di Blog Dapat Tingkatkan SEO Blog [Tips]

Assalamualaikum semua..

Hari ini penulis nak berkongsi beberapa tips blogger yang diambil dari  rujukan internet. Tahukah anda komen pada blog orang lain atau blog sendiri dapat meningkatkan SEO (Search Optimization Engine). Komen pada blog anda dapat membantu memaksimumkan carian laman sesawang (blog) anda  kerana 'keyword' akan lebih mudah ditemui pada laman carian seperti Google, Yahoo dan lain-lain.

Biasanya komen dalam blog anda akan menggunakan 'keywords' yang sama dengan 'posting' anda di mana setiap komen pada blog perlu yang ada kaitan dengan cerita pada blog anda. Ini bererti lebih banyak 'keywords' pada halaman blog akan lebih mudah dijumpai dalam SEO.

Selain itu, blog komentator (org yg komen) ada  juga akan menggunakan 'keywords' berkaitan yang tidak anda digunakan dalam 'posting' blog anda. Ini menyebabkan 'posting' blog anda dijumpai untuk 'keywords' yang anda tidak target.
 
Beberapa 'posting' blog, seperti Forum, muncul sebagai laman web berasingan di dalam laman sesawang carian. Dalam rangka untuk 'posting' blog anda untuk muncul sebagai laman berasingan , forum biasanya akan menggunakan 'thread' dan kod sendiri. contohnya seperti laman sesawang ini Forum Komuniti Hijau Kuning dan Hijau Kuning.com

 
Kesimpulannya, ruang komen pada blog anda dapat membantu memaksimumkan carian laman sesawang/ blog anda. Jadi blogger/ pengunjung perlulah rajin memberi komen kepada blog yang dilawati kerana setiap komen memberi nilai bermakna kepada sesuatu blog dan meningkatkan SEO blog di laman sesawang tersebut.
Komen biarlah positif atau kritikan membina dan ada kaitan dengan topik yang dibincangkan dan juga lupa tinggalkan komen sekali kat bawah ni..
 

27 May 2011

Ada Masanya Aku Suka...


Ada masa aku suka menulis bila ada kelapangan masa..ada masanya aku suka membaca buku ,internet dan akhbar..dan ada masanya aku mencari idea apa nak letak dalam blog ni..hehe



Apokalips
photo : reflectingonwater.blogspot.com

1 2 3 Do Re Mi..
Apa nak jadi..
Alif Bata A B C...
Apa nak jadi...
Akan terjadi...
Hujan pasti berhenti...


Ada masanya aku suka berteman...
Ada masanya aku suka bersendiri..
Ada masanya aku suka berjalan..
Ada masanya aku suka berehat..

Ada masanya engkau suka berteman...
Ada masanya engkau suka bersendiri..
Ada masanya engkau suka berjalan..
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka..

photo credit : http://mrsaimun.blogspot.com

Hidup dan nasib 'roller coaster'..
Susah dan senang bersilih ganti..
Bila-bila boleh naik dan turun...
Apokalips...

1 2 3 Do Re Mi...
Apa nak jadi...
Alif Bata A B C...
Apa nak jadi..
Akan terjadi..
Hujan pasti berhenti..




Ada masanya kita suka berteman...
Ada masanya kita suka bersendiri...
Ada masanya kita suka berjalan...
Ada masanya kita suka...






Lagu/ Lirik :  Datuk M.Nasir
Luncai Emas Sdn Bhd

26 May 2011

Untung Luar Biasa Bagi Saham Petronas Dagangan


Untung Luar Biasa Bagi Saham Petronas Dagangan (Bernama)

Petronas Dagangan Bhd (PDB), yang mempunyai tunai bersih RM1 bilion sehingga akhir Mac 2011, dijangka terus bermurah hati memberikan pembayaran dividen bagi tahun kewangan akan datang.


HwangDBS Vickers Research berkata ia menganggarkan bayaran dividen itu kira-kira 70 peratus yang diterjemahkan kepada 61.5 sen dividen bersih sesaham (DPS).

Semalam, PDB mengisytiharkan DPS khas dan kasar terakhir 60 sen, yang merupakan lebih tinggi daripada jangkaan, kata syarikat penyelidikan itu di dalam satu kenyataan hari ini. 

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2011, keuntungan pracukai syarikat itu melonjak RM1.21 bilion berbanding dengan RM1.05 bilion yang dicatatkan pada 2010.

Perolehan meningkat kepada RM23.27 bilion daripada RM20.69 bilion sebelum ini. 

Dalam satu makluman kepada Bursa, PDB berkata ia menjangka keuntungan bagi tempoh kewangan semasa dicatatkan lebih rendah. 

Ini adalah berikutan tempoh kewangan selama sembilan bulan, yang timbul dari perubahan tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac sebelum ini hingga 31 Disember, mulai 2011.

Bagaimana pun, HwangDBS memberitahu Bernama bahawa 70 peratus pembayaran dividen masih berdasarkan tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2012.

Sehingga ini, HwangDBS menyarankan "pegang" bagi saham PDB dengan harga sasaran RM12.75. 

Sehingga jam 11.33 pagi, harga saham PDB dicatatkan meningkat 40 sen kepada RM15.70.
- Bernama

Sumber : Malaysiakini

25 May 2011

Mineral ini Penting Untuk Penjanaan Kuasa (Rare Earth) Nadir Bumi

Assalamualaikum semua..
Tentu ramai ingin tahu jawapan kepada teka-teka dalam entri 2 hari lepas.Mineral ini penting untuk penjanaan kuasa . Apakah bahan mineral penting yang di maksudkan ?
Jawapannya adalah Rare Earth Element atau dikenali sebagai Nadir Bumi



Rare Earth Element  
Sedikit sebanyak tentang Rare Earth Element (Nadir Bumi) 
Seperti yang ditakrifkan oleh IUPAC, nadir bumi atau logam tanah jarang adalah set tujuh belas (17) unsur kimia dalam jadual berkala, kumpulan 15 unsur dari Lanthanoids (La , nombor atom 57) sehingga Lutecium ( Lu, nombor atom 71) dan juga Skandium (Sc, nombor atom 21) dan Yttrium (Y, nombor atom 39).


Jadual berkala
Pada abad ke-21, Rare Earth Elements (nadir bumi) telah menjadi bahan mineral yang paling penting dari unsur-unsur bahan mineral lain yang dikenali manusia. Secara keseluruhannya teknologi moden (khasnya alat elektronik) pada hari ini memerlukan jumlah yang banyak dari mineral penting ini dalam menyediakan kuasa atau konduktiviti elektrik. 
Sejak pertengahan tahun 90-an, negara China memonopoli Rare Earth di peringkat global iaitu lebih dari 95% dalam pasaran dunia. Negara China telah mengambil langkah dengan mengawal bekalan bahan mineral ini,mengawal harga serta mengawal kedudukan pasaran teknologi tinggi di seluruh dunia. (world high tech technology). 

Kegunaan Rare Earth Element dalam Industri
 


The Rare Earths And Some Of Their End Uses
Name
Symbol
Some End Uses
Cerium
Ce
Catalysts, Ceramics, Glasses, Misch Metal*, Phosphors and Polishing Powders
Dysprosium
Dy
Ceramics, Phosphors and Nuclear Applications
Erbium
Er
Ceramics, Glass Dyes, Optical Fibers, Lasers and Nuclear Applications
Europium
Eu
Phosphors
Gadolinium
Gd
Ceramics, Glasses, Optical and Magnetic Detection and Medical Image Visualization
Holmium
Ho
Ceramics, Lasers and Nuclear Applications
Lanthanum
La
Automotive Catalysts, Ceramics, Glasses, Phosphors and Pigments
Lutetium
Lu
Single Crystal Scintillators
Neodymium
Nd
Catalysts, IR Filters, Lasers, Permanent Magnets and Pigments
Praseodymium
Pr
Ceramics, Glasses and Pigments
Promethium
Pm
Phosphors and Miniature Nuclear Batteries and Measuring Devices
Samarium
Sm
Microwave Filters, Nuclear Applications and Permanent Magnets
Scandium
Sc
Aerospace, Baseball Bats, Nuclear Applications, Lighting and Semiconductors
Terbium
Tb
Phosphors
Thulium
Tm
Electron Beam Tubes and Medical Image Visualization
Ytterbium
Yb
Chemical Industry and Metallurgy
Yttrium
Y
Capacitors, Phosphors (CRT and Lamp), Radars and Superconductors


Maklumat lanjut tentang Rare Earth Elements
klik kat sini Rare Earth Metals not so rare but valuable
atau sini  Rare earth element

Faktor yang perlu di beri perhatian sebelum membina kilang memproses Nadir Bumi (Rare Earth) adalah
-tempat/lokasi memproses bahan mineral hendaklah selamat dan tidak mencemarkan alam sekitar,
-pengurusan bahan radioaktif secara terkawal
-pengurusan sisa toksik/ radioaktif secara terkawal

Malaysia telah mempunyai loji proses bahan mineral Nadir Bumi sebelum ini di Bukit Merah. Adakah jaminan Projek Lynas pada kali ini betul-betul selamat?

23 May 2011

Mineral ini Penting Untuk Penjanaan Kuasa..

Hari ini saya ingin mengajak anda semua berfikir..jom main teka-teki..hehe, Apakah bahan mineral asas yang diperlukan untuk alatan elektronik (cth: bateri ) di bawah . Hampir kesemua peralatan teknologi moden masa kini memerlukan mineral penting ini dalam menyediakan kuasa atau konduktiviti elektrik kerana tanpa ia kemungkinan alat elektronik tidak dapat berfungsi dengan baik kerana kekurangan jumlah kuasa yang cukup.

laptop battery
Setiap bateri telefon bimbit dan bateri laptop perlukan bahan mineral ni..
Peluru berpandu juga perlukan bahan mineral ini sebagai salah satu sumber kuasa..


Setiap kereta Hibrid juga memerlukan bahan mineral ini untuk menjana kuasa selain dari bahan api petrol..


hibrid car battery
Apakah bahan mineral penting yang di maksudkan ?..Jeng jeng jeng...nanti jawapannya pada 'entri' akan datang..hehe





18 May 2011

Tol Metramac Dimansuhkan


Lebuhraya Metramac mengalami kesesakan luar biasa selepas kerajaan memansuhkan kutipan tol.  Photo:Utusan


Laluan Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) dari Google Maps





Info Ringkas mengenai Lebuhraya Metramac

Lebuhraya Hubungan Timur Barat (E37)
Panjang (km) : 17.0 Kilometer
Tarikh dibuka : 14-Ogos-2003
Tarikh dibina  :  13-Jun-2001
Syarikat Konsesi : Metramac Corporation
Kos pembinaan : RM125 juta
Konsesi dijangka tamat pada 31 Mei 2018, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 
konsesi ditamatkan lebih awal pada 28 Januari 2011 lalu , tol Metramac dimansuhkan
berkuatkuasa 16 Mei 2011.

  Berita penuh , klik kat sini Tol Metramac dihapuskan (Utusan)
                                     Kutipan Tol METRAMAC Mansuh (Berita Harian)

16 May 2011

Selamat Hari Guru, 16 Mei 2011


Assalamualaikum semua..
Penulis ingin mengucapkan "Selamat Hari Guru" khas kepada cikgu-cikgu di mana jua anda berada di seluruh pelosok dunia....Jasamu tetap dikenang sepanjang hayat..

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
 Lagu Tema Hari Guru 2011

   video


harap-harap tahun ini cikgu-cikgu dapat bonus lebih sikit...

Jom klik 'like' kat Facebook
Facebook: SeLaMat HaRi GuRu- Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

13 May 2011

Hari Ini Lebih Baik dari Hari Semalam


“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”-
Hadith Rasulullah SAW.



Assalamualaikum semua...

Kepada muslimin dan muslimat..
Sekarang sudah ada Al-Quran dalam Facebook.
(Qur'an on FB)



Jom kita baca Al-quran dalam Facebook dan memahami makna setiap surah dan ayat dalam al-Quran secara 'online'  atau kita juga boleh mendengar bacaan ayat-ayat suci Al-Qur'an sambil-sambil kita melayari laman web atau blog lain..Bagus betul orang yang membuat aplikasi Al-Qur'an secara online dalam Facebook ni...semoga Allah memberkati usaha beliau..Amin..

klik kat sini Qur'an on FB dan ada juga aplikasi  Radio Qur'an..

Sebelum itu, sesiapa yang belum ada lagi Facebook kena daftarlah Facebook dahulu, kemudian klik 'like' Qur'an on FB..

12 May 2011

Jimat kos RM4.25 bilion


Jimat kos RM4.25 bilion (Utusan)

PETALING JAYA 11 Mei - Kerajaan dijangka mampu menjimatkan kos sehingga RM4.25 bilion berikutan pemansuhan beberapa peraturan kerajaan mulai tahun 2015.
Jumlah penjimatan itu berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2010.

Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah RM17 bilion atau 2.5 peratus daripada KDNK.

''Ini bermakna anggaran penjimatan sebanyak 25 peratus (daripada RM17 bilion),'' kata Ketua Pengarah MPC, Mohd. Razali Hussain di sini hari ini.

Kata beliau, sehingga kini, kira-kira 400 peraturan yang dikenakan oleh 23 daripada 25 buah kementerian sedang dikaji semula yang dilakukan oleh agensi kerajaan dan perunding asing.

"Menjelang Julai ini, dijangkakan separuh daripada kesemua peraturan itu akan dimansuh dan sebahagian lagi dikekal bagi mempertingkat produktiviti negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat media berhubung Laporan Produktiviti 2010 dan 2011 negara yang akan diumum oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, esok.

Laporan itu akan memberikan penjelasan terhadap tahap produktiviti yang dicapai oleh beberapa sektor dalam negara bagi tahun 2010.

Kajian terhadap beberapa peraturan itu bertujuan melancarkan proses mendapatkan lesen untuk melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan dan projek, sekali gus meningkatkan produktiviti negara.

Menurut Mohd. Razali, sasaran itu seiring dalam meletakkan negara di lima tangga teratas dari segi pertumbuhan produktiviti ekonomi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, penggunaan sistem telekomunikasi secara berkesan oleh agensi kerajaan atau swasta juga penting dalam menjimatkan kos seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara.

"Ia termasuklah penggunaan aplikasi terkini yang mempercepatkan proses kerja. Ketika ini, kadar penggunaannya hanya sekitar dua hingga tiga peratus sahaja," katanya.

Jelasnya, setiap negara kini meletakkan sasaran untuk mengurangkan tanggungan kos peraturan daripada dua hingga tujuh peratus setahun bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.
Sumber: Utusan


Dari blogger
Senarai negara-negara yang mengalami pelaburan yang kurang memberangsangkan pada tahun lepas 2010, di mana purata KDNK negara kurang produktif adalah seperti berikut:

1.Amerika Syarikat
2.Jepun
3.Jerman
4. United Kingdom
5. Perancis
6. Itali
7. Korea Selatan
8. Sepanyol
9. Kanada
10.Australia
11.Taiwan
12.Belanda
13.Arab Saudi
14.Belgium
Sumber: Media internet

Negara terbabit memberi kesan langsung ekonomi kepada lain-lain negara di dunia. Malaysia juga adalah rakan perdagangan terutama sekali Jepun . Apapun negara terbabit masih mampu mengawal dengan adanya sumber pinjaman dari negara luar . Jadi ekonomi Malaysia masih berada di tahap amat memberangsangkan  di mana kerajaan dapat menjimatkan kos sehingga RM4.25 billion.

10 May 2011

Imej Satelit Rumah Osama Laden



 Imej satelit 15 Jan 2011, kedudukan rumah Osama di Abbottabad, Pakistan . Credit to DigitalGlobe




Imej satelit 15 Jan 2011, kedudukan rumah Osama dalam lot segitiga -Credit DigitalGlobe

    Imej satelit pada tahun 2004 menunjukkan rumah Osama masih belum lagi dibina pada ketika itu

Imej satelit rumah Osama di Abbottabad, Pakistan pada tahun 2005



Imej satelit rumah Osama di Abbottabad, Pakistan  pada tahun 2011
Illustrasi rumah Osama dikelilingi tembok batu di Abbottabad, Pakistan

http://www.space.com/
Osama bin Laden Compound- Google Maps

9 May 2011

Konspirasi Pembunuhan Osama Laden


Pada 2 Mei 2011, Presiden Amerika, Barack Obama mengumumkan bahawa askar Amerika (SEAL) telah berjaya membunuh Osama di Bandar Abbottabad, Pakistan . Sehingga ke hari ini , Obama tidak berani menunjukkan bukti kukuh bagi membuktikan Osama telah di bunuh, yang ada cuma di beritahu Osama telah ‘disemadikan’ ke dalam laut. Ulama seluruh dunia telah mengutuk keras atas tindakan Amerika kerana tidak menghormati jenazah orang Islam di mana mayat Osama dibuang ke laut.

Teori Konspirasi Pembunuhan Osama Laden
1. Tiada bukti sahih gambar/video Osama dibunuh oleh askar Amerika, yang ada hanya gambar katil berdarah, rumah berselerak ,helikoptor terhempas dan gambar pengawal rumah dan saudara Osama mati dibunuh.
Gambar bilik rumah Osama, kelihatan kesan darah pada lantai rumah

2.Gambar Osama dibunuh telah tersebar di internet bukannya gambar sebenar iaitu melalui teknik pertindihan ‘photoshop’


3.Pakistan tidak mengetahui langsung tindakan Amerika dalam serangan rumah Osama, jadi tiada kerjasama dari negara Pakistan dalam misi memburu Osama.

4.Cerita yang disampaikan oleh pemimpin Amerika selepas pembunuhan Osama tidak konsisten dan berubah-rubah. Cerita yang direka-reka membuktikan wujudnya konspirasi Amerika, CIA dan mungkin Osama sendiri terlibat.

Gambar Osama yang di ragui kesahihannya

Obama ingin membuktikan kepada Amerika khasnya dan dunia bahawa dia telah berjaya menangani pengganas ‘terrorist’ dan sebenarnya dia ingin membawa keluar askar Amerika di negara timur tengah dengan cara terhormat iaitu dengan kejayaan membunuh Osama setelah pemburuan pemimpin al Qaeda itu selama hampir satu dekad.


Rumah tempat perlindungan Osama Laden


Rumah Osama Laden di kelilingi tembok batu dan kawad besi

Pemburuan ke atas Osama oleh Amerika mengambil masa selama 10 tahun dari tahun 2001 sehingga 2011. Osama bersama rangkaian Al Qaeda telah dikaitkan dengan tragedi serangan 11 September 2001 ke atas World Trade Centre di Bandar New York . Satu tempoh yang terlalu lama untuk menjejak seorang yang bernama Osama bin Laden sejak dari George W. Bush sehingga Obama menjadi presiden Amerika.


Kejayaan Obama dalam misi membunuh Osama akan membuatkan rakyat Amerika memilih dia semula untuk pilihanraya Presiden akan datang dan menunjukkan kepada dunia dialah ‘hero’ sebenar yang membunuh Osama, bukannya Bush..

Barack Obama


5 May 2011

Konspirasi 911: Al Qaeda Tidak Wujud? #2


Organisasi ,rangkaian atau kumpulan militan kononnya dikatakan pengganas ‘terrorist’ sengaja direkacipta oleh barat yang diberi nama Al Qaeda.  Al Qaeda di ketuai oleh Osama bin Laden (Tim Osman) yang merupakan salah seorang ejen CIA. Al Qaeda direkacipta kononnya menjalankan aktiviti militan di negara Timur Tengah di mana rangkaian mereka meluas sehingga ke seluruh dunia dan di labelkan sebagai kumpulan penjenayah/ pengganas oleh Amerika.

Al-Qaeda direkacipta selepas tragedi serangan World Trade Centre (WTC) 11 September 2001 oleh Presiden Amerika pada ketika itu ,George W. Bush. Nama Al Qaeda (Osama bin Laden) tiba-tiba muncul dan dikaitkan dengan serangan pengganas .

Teori Konspirasi  911:
1. Bagaimana begitu cepatnya Bush mendapat tahu siapa dalang di sebalik serangan terancang WTC?
2. Wartawan dan stesen televisyen seolah-olah sudah mengetahui rempuhan pesawat dan bersedia membuat ‘penggambaran’ secara langsung semasa runtuhan World Trade Centre.

Kenapa Al Qaeda di wujudkan?
-Jika ada sebarang kejadian keganasan di negara tertentu , Contohnya serangan bom, serangan berani mati atau lain-lain serangan yang dirancang atau yang tak dirancang. Dengan mudah Amerika atau sekutu mereka akan menuduh organisasi Al-Qaeda (Osama bin Laden) yang terlibat menaja atau merancang aktiviti keganasan atau serangan ke atas 'asset' mereka, walaupun yang terlibat kemungkinan rakyat Amerika sendiri dan mereka akan mengaitkan semua aktiviti keganasan dengan rangkaian Al-Qaeda (Osama bin Laden).

- Secara tak langsung Al –Qaeda akan jadi sasaran balas oleh  Amerika  , iaitu dengan menyerang semula rangkaian Al -Qaeda dan negara Islam , kononnya Osama Laden bersembunyi telah di timur tengah. Amerika dengan alasan mudah akan melancarkan serangan balas ke negara Islam atas nama memerangi keganasan, inilah salah satu penjajahan bentuk baru Barat.

Ikuti video pendedahan eksklusif dari CNN

video

dan video temubual khas dengan pelajar Pakistan dalam rancangan 'Good Morning America'


video


Kesimpulannya,
Al Qaeda tidak wujud, tiada rangkaian pengganas antarabangsa, dan kemungkinan Osama bin Laden (ejen CIA bernama Tim Osman) terperangkap dengan konspirasi CIA dan Amerika dan dilabel sebagai pengganas atau ‘ Terrrorist’ oleh Amerika.

Misteri dan konspirasi yang masih belum dapat dirungkaikan sepenuhnya..Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri..














Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL