12 May 2011

Jimat kos RM4.25 bilion


Jimat kos RM4.25 bilion (Utusan)

PETALING JAYA 11 Mei - Kerajaan dijangka mampu menjimatkan kos sehingga RM4.25 bilion berikutan pemansuhan beberapa peraturan kerajaan mulai tahun 2015.
Jumlah penjimatan itu berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2010.

Menurut Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah RM17 bilion atau 2.5 peratus daripada KDNK.

''Ini bermakna anggaran penjimatan sebanyak 25 peratus (daripada RM17 bilion),'' kata Ketua Pengarah MPC, Mohd. Razali Hussain di sini hari ini.

Kata beliau, sehingga kini, kira-kira 400 peraturan yang dikenakan oleh 23 daripada 25 buah kementerian sedang dikaji semula yang dilakukan oleh agensi kerajaan dan perunding asing.

"Menjelang Julai ini, dijangkakan separuh daripada kesemua peraturan itu akan dimansuh dan sebahagian lagi dikekal bagi mempertingkat produktiviti negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika taklimat media berhubung Laporan Produktiviti 2010 dan 2011 negara yang akan diumum oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, esok.

Laporan itu akan memberikan penjelasan terhadap tahap produktiviti yang dicapai oleh beberapa sektor dalam negara bagi tahun 2010.

Kajian terhadap beberapa peraturan itu bertujuan melancarkan proses mendapatkan lesen untuk melaksanakan pelbagai aktiviti perniagaan dan projek, sekali gus meningkatkan produktiviti negara.

Menurut Mohd. Razali, sasaran itu seiring dalam meletakkan negara di lima tangga teratas dari segi pertumbuhan produktiviti ekonomi menjelang tahun 2020.

Beliau berkata, penggunaan sistem telekomunikasi secara berkesan oleh agensi kerajaan atau swasta juga penting dalam menjimatkan kos seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti negara.

"Ia termasuklah penggunaan aplikasi terkini yang mempercepatkan proses kerja. Ketika ini, kadar penggunaannya hanya sekitar dua hingga tiga peratus sahaja," katanya.

Jelasnya, setiap negara kini meletakkan sasaran untuk mengurangkan tanggungan kos peraturan daripada dua hingga tujuh peratus setahun bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.
Sumber: Utusan


Dari blogger
Senarai negara-negara yang mengalami pelaburan yang kurang memberangsangkan pada tahun lepas 2010, di mana purata KDNK negara kurang produktif adalah seperti berikut:

1.Amerika Syarikat
2.Jepun
3.Jerman
4. United Kingdom
5. Perancis
6. Itali
7. Korea Selatan
8. Sepanyol
9. Kanada
10.Australia
11.Taiwan
12.Belanda
13.Arab Saudi
14.Belgium
Sumber: Media internet

Negara terbabit memberi kesan langsung ekonomi kepada lain-lain negara di dunia. Malaysia juga adalah rakan perdagangan terutama sekali Jepun . Apapun negara terbabit masih mampu mengawal dengan adanya sumber pinjaman dari negara luar . Jadi ekonomi Malaysia masih berada di tahap amat memberangsangkan  di mana kerajaan dapat menjimatkan kos sehingga RM4.25 billion.

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL