29 Dec 2010

Malaysia Juara Piala AFF Suzuki edisi 2010..Tahniah Harimau Malaya!


Sekalung Tahniah kepada barisan pemain-pemain Malaysia, barisan jurulatih kebangsaan dan negeri,  pihak Pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Negeri,Kementerian Belia & Sukan, Pengulas sukan RTM & Astro dan berita sukan TV, seluruh media cetak dan elektronik, Penyokong Setia Harimau Malaya( Ultras Malaya) dan seluruh penyokong Malaysia dan tak lupa juga kepada penaja kejohanan.

kerana anda  semua... “Kita menjadi Juara” @ “We are the champions”


Perjalanan masih jauh, bukan terhenti setakat ini..Perjuangan masih belum selesai…

  Hari ini, aku rasa macam Malaysia menang World Cup !. apapun Syabas Malaysia!!

28 Dec 2010

MALAYSIA dan INDONESIA ke final Piala AFF Suzuki 2010


Laluan MALAYSIA ke final Piala AFF Suzuki 2010
1) Peringkat Kumpulan A (Naib juara kumpulan)
Indonesia 5- MALAYSIA 1 (kalah)
Thailand 0- MALAYSIA 0 (seri)
Laos 1- MALAYSIA 5 (menang besar) 

2) Semi final
 1st Semi final)   MALAYSIA 2- Vietnam 0 (menang)
2nd Semi final)   Vietnam 0- MALAYSIA 0 (seri)
MALAYSIA layak ke final (Aggregate 2-0)


Laluan INDONESIA ke final Piala AFF Suzuki

1) Peringkat Kumpulan A (Juara kumpulan)
INDONESIA  5- Malaysia 1 (menang)
INDONESIA 6 -LAOS 0 (menang)
INDONESIA 2-Thailand 1 (menang)
2) Semi final
1st Semi final)  INDONESIA 1–Filipina 0(menang)
2nd Semi final) Filipina 0- INDONESIA 1(menang)
INDONESIA layak ke final (Aggregate 2-0)

FINAL
Harimau Malaya
Garuda
26 DECEMBER 2010
1st FINAL)  MALAYSIA 3– INDONESIA 0

29 DECEMBER 2010
2ND FINAL) INDONESIA 2-MALAYSIA 1

MALAYSIA  Juara Piala AFF Suzuki 2010 
(Aggregate 4-2)


27 Dec 2010

Sinaran Laser

Sinaran laser lemah tidak jejaskan pandangan mata - Pakar


KUALA LUMPUR 27 Dis. – Sinaran laser yang lemah tidak akan menjejaskan pandangan mata manusia jika dipancarkan dari jarak jauh contohnya ketika satu perlawanan bola sepak, menurut seorang pakar optometris.

Bekas Pakar Pandangan Mata Hospital Pulau Pinang, Dr Zahimi Chik berkata, sinaran laser akan berbahaya kepada mata sekiranya ia mempunyai daya kekuatan yang tinggi seperti yang digunakan untuk pembedahan.

"Sinaran ini akan merosakkan retina jika ia terkena pada titik pandangan visual mata iaitu mekula walaupun dalam jangka masa singkat.

"Bagaimanapun, jika sinaran itu hanya daripada penunjuk laser seperti “laser pointer” yang digunakan orang ramai sekarang, ia tidak berbahaya kecuali dalam jarak dekat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

 
Laser pointer

Dr Zahimi mengulas dakwaan pasukan bola sepak Indonesia tentang gangguan pada mata mereka ketika perlawanan akhir pertama Piala Suzuki AFF menentang skuad negara semalam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini akibat pancaran sinaran laser oleh penyokong Malaysia.

Beliau berkata, sinaran laser yang mampu dibeli kini hanya mempunyai daya kekuatan yang lemah kerana ia dihasilkan dengan tujuan tidak membahayakan pengguna. –

Sumber:  Bernama/ Utusan

Sinaran laser yang dapat dilihat dalam filem-filem angkasa lepas

Star Trek


Star Wars

dan banyak lagi filem guna pancaran laser...
dan dalam bola sepak pun dah guna laser ...

24 Dec 2010

Masa itu lebih bernilai dari Emas

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum berakhirnya tahun 2010. Tahun 2010 bakal meninggalkan kita dan tahun baru 2011 pula bakal menjelma . Hari berganti hari,siang berganti malam, malam berganti siang, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan seterusnya tahun berganti tahun , di mana usia kita semakin hari semakin meningkat , yang muda menjadi tua, yang tua menunggu 'masa' , yang kecil menjadi besar.Begitulah peredaran masa dan zaman dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah di muka bumi.    




Ramai yang mungkin pernah terfikir kenapa masa berlalu begitu pantas sekali ..Persoalannya..
-Adakah kerana kita terlalu sibuk dengan urusan kerja/dunia?

atau
-Adakah kerana 'teknologi' yang membuatkan masa begitu pantas?

atau
-Adakah kerana kita tidak pandai menghargai masa yang berharga?


atau
-Adakah kerana kita tak ambil kisah dengan masa yang semakin 'singkat' ini?

atau
-Adakah kerana kita terlalu seronok dengan dunia dan kehidupan sekarang?



Surah Al-’Asr 103: Ayat 1-3

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."


Sebenarnya masa tidaklah pantas seperti di sangka, cuma kita yang tidak tahu menghargai masa yang ada. Jadi sempena tahun baru Maal Hijrah 1432H ini dan tahun baru 2011 yang akan datang, sama-samalah kita sentiasa menghargai setiap masa, detik dan ketika. Masa itu lebih bernilai dari emas!















16 Dec 2010

Cerita Tentang Semut



Semut
Semut merupakan sejenis serangga kecil yang hidup di dalam tanah, di hutan, di celah lubang dinding rumah dan ada juga di dalam balang gula di rumah .Pelbagai jenis spesis semut  telah ditemui  dan jarang ditemui sama ada di hutan , di rumah atau di bandar. Antara semut yang biasa ditemui ialah semut kerengga, semut merah /api (atau di kenali sebagai semut gatal), semut hitam, semut kecil dan pelbagai lagi jenis semut . Semut biasanya hidup dalam komuniti @ masyarakat yang besar dan hidup dalam keadaan bekerjasama antara satu sama lain. 


Semut amatlah rajin bekerja dan sanggup berjalan ’berjuta-juta batu’@ berpindah untuk mencari makanan dan akan membina populasi baru di tempat yang banyak makanan. Tahukah anda semut tidak akan tersesat mencari  rumah mereka(semut) sendiri  kerana semut akan membina jaringan jalan mereka sendiri dan akan berlaga serta ‘bersalam’ melalui sesunggut bila berjumpa sesama semut.Semut mempunyai deria bau yang sensitif terhadap makanan seperti gula, manisan atau makanan di dapur serta di meja makan. Semut dengan gula sukar untuk dipisahkan ibarat pepatah yang biasa didengar ’mati semut kerana gula’. Mereka(semut) akan ‘hurung’ / himpun beramai-ramai bersama gula @ makanan dan membawa balik makanan ke sarang mereka. Ajaibnya, semut boleh mengangkat cebisan makanan sekali ganda dari berat badan mereka dan berjalan membawa makanan ke sarang mereka. SubhannaAllah!



Semut kerengga biasanya lebih suka tinggal di atas pokok buah-buahan ,contohnya pokok  rambutan ,pokok mempelam dan lain-lain lagi. Kerengga akan membina ‘rumah’ @ sarang mereka menggunakan daun di pokok  yang di cantum-cantumkan. Kerengga  akan menggigit manusia jika ‘rumah’ mereka dicerobohi @ diganggu–gugat oleh manusia yang ingin mengambil buah atau mencantas pokok. Kerengga secara ‘individu’ @ berkumpulan akan mengigit /mengetit manusia dengan cepat tanpa berfikir panjang kerana mereka akan mempertahankan ‘sarang’ mereka daripada dicerobohi. Kerengga mempunyai ketua mereka sendiri yang dikenali sebagai ‘Ratu’ atau raja semut yang bersaiz agak besar sedikit berbanding saiz semut kerengga lain. Ratu kerengga akan memastikan kerengga lain selamat dan akan meningkatkan lebih banyak populasi kerengga.



Semut hitam adalah jenis semut yang berjalan laju dan banyak di dapati di rumah @ iaitu di tempat lembap contohnya di bawah tikar getah yang lembap. Semut ini selalunya senang ditemui  kerana ‘mereka’ membiak dengan banyak di sesuatu tempat.Semut jenis ini jarang mengigit manusia kerana mereka akan melarikan diri jika diri mereka terancam.

Semut merah/semut api atau dikenali juga dengan nama semut ‘gatal’ adalah sejenis semut yang amat agresif dan suka menggigit/mengetit kulit manusia jika mereka diganggu atau sarang mereka di ceroboh oleh sesiapa jua . Kulit manusia yang di ketit semut api akan mengalami kegatalan kulit untuk tempoh yang singkat.  



Contohilah sikap semut yang suka bekerjasama dalam hidup bermasyarakat dan rajin bekerja dan tidak kenal putus asa. Semut akan mempertahankan ‘rumah’ mereka daripada dicerobohi atau diganggu gugat oleh sesiapa saja. AllahuAkhbar!




                                              Surah An-Naml (Ayat 15-Ayat 35)

Cerita Semut & Nabi Sulaiman
Surah An-Naml (Ayat 18-19)

"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"; 

"Maka dia (Nabi Sulaiman) tersenyum dengan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".  


Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL