30 Jul 2011

Marhaban, Ahlan Wa Sahlan Ya Shahra Ramadhan (1432Hijrah)


Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak & Selamat Berpuasa kepada seluruh Muslimin dan Muslimat di seantero dunia...
dari blogger



Tarikh lihat anak bulan Ramadan Ahad ini (31 Julai)
Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Selain itu, Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).

Lokasi lain adalah Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Selain itu, tempat melihat anak bulan turut meliputi Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.
- Bernama




"Ku mengharapkan Ramadhan..kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui..dengan sempurna...."

29 Jul 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Pusingan Kedua (Malaysia vs Singapura) 28 Julai

Hasrat pasukan Harimau Malaya untuk beraksi dalam pusingan ketiga Piala Dunia 2014 tidak kesampaian, selepas keputusan seri (1-1) dalam perlawanan kedua, pusingan kedua, Keputusan perlawanan secara argegat , Malaysia tewas (4-6) dengan negara jiran Singapura . Malaysia turun dalam perlawanan kedua tanpa tiga tonggak utama yang dibelenggu kecederaan ( Nurshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan) dan (Safiq Rahim) yang mendapat kad merah pada perlawanan pertama. Pemain gantian boleh dikatakan kurang berkesan untuk memikul tanggungjawab dan kemungkinan tidak mendapat keserasian apabila 'pertama' kali diturunkan.

Apapun Malaysia bermain baik dan pujian harus diberikan kepada Safee Sali dan Khairul Fahmi selaku penjaga gawang yang banyak menyelamatkan pintu gol Malaysia daripada dibocori. Gol pantas Singapura pada minit ke 79 adalah berpunca dari kesilapan benteng pertahanan yang tidak mengawasi pergerakan pemain dan pemain 'import' Singapura yang berjaya menembusi pertahanan Harimau Malaya. Rata-rata penyokong mahukan pemain pertahanan di'ganti'kan dengan pemain senior seperti Nurhafiz Zamani Misbah (yang beraksi baik semasa perlawanan persahabatan Malaysia-Chelsea) ,Subra, dan Azmi Muslim.


23 Jul 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Pusingan Kedua (Singapura vs Malaysia)


Singapura menewaskan Malaysia (5-3) dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 dan kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi dalam  perlawanan timbal balik pada 28 Julai ini  dengan Singapura memperoleh kelebihan dua gol sebelum bertandang ke tempat lawan. Untuk berada dalam kelompok (20 pasukan terbaik) dalam pusingan ketiga tiada cara lain ,melainkan Malaysia perlu menang dalam perlawanan kedua nanti dengan menjaringkan dua gol atau lebih dari dua gol.

Jika keputusan memihak Malaysia dengan keputusan 2-0, bermakna seri 5-5 secara argegat dalam perlawanan kedua ,Malaysia secara automatik akan layak ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 berdasarkan jaringan gol di tempat lawan.  Perlawanan kedua pasti sengit antara kedua-dua pasukan antara Malaysia dengan Singapura di Stadium Bukit Jalil kerana kedua-dua pasukan mempunyai misi tersendiri untuk layak ke peringkat seterusnya..Malaysia boleh.!


Keputusan Perlawanan Pertama Pusingan Kedua:

Singapura        (5-3)   Malaysia
Thailand          (1-0)   Palestine 
Lebanon        (4-0)   Bangladesh 
China PR      (7-2)   Laos
Turkmenistan  (1-1)   Indonesia
Kuwait           (3-0)   Philippines
Oman             (2-0)   Myanmar
Arab Saudi     (3-0)   Hong Kong
Iran               (4-0)   Maldives
Syria              (2-1)   Tajikistan
Qatar             (3-0)   Vietnam
Iraq               (2-0)   Yemen
Uzbekistan   (4-0)   Kyrgyzstan
UAE              (3-0)   India
Jordan          (9-0)   Nepal

Video Singapura (5-3) Malaysia

 







22 Jul 2011

Chelsea Asia Tour 2011 (Malaysia XI vs Chelsea)- Keputusan Perlawanan

Keputusan perlawanan persahabatan antara Pilihan Malaysia dengan kelab Chelsea berakhir dengan keputusan 0-1. Chelsea hanya memperoleh kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan tendangan percuma kontroversi Didier Drogba pada minit ke-78. Sepakan percuma yang diambil Drogba hampir menerjah jaring tetapi telah diselamatkan oleh penjaga gol Malaysia di 'atas' garisan pintu gol Malaysia. Melalui ulang tayang video, dapat kita perhatikan bola langsung tidak melepasi garisan gol serta bola melantun kemudian ditangkap semula oleh penjaga gol Malaysia. Penjaga garisan nampak seakan-akan bola telah masuk ke pintu gol Malaysia dan pengadil perlawanan mengesahkan jaringan gol.

Jika dilihat dari keseluruhan perlawanan, Chelsea tidak menunjukkan permainan dan aksi sebenar mereka dalam perlawanan persahabatan ini dan hanya menunjukkan skil dan sedikit gerakan cantik dari pemain bintang mereka. Pengurus baru Chelsea juga masih menguji dan mengubah formasi permainan Chelsea dan dia sukar meramal  strategi pasukan Malaysia yang banyak bertahan dan serangan balas pantas. Apa pun ,kekentalan benteng pertahanan dan penjaga gol pertama Pilihan Malaysia menafikan beberapa cubaan bahaya Chelsea.. Syabas Malaysia..Naib Juara Liga Inggeris hampir seri dengan Malaysia..

 Video : Malaysia XI (0-1) Chelsea

20 Jul 2011

Chelsea Asia Tour 2011 (Malaysia XI vs Chelsea)

Pasukan Malaysia bertemu sekali lagi dengan kelab Liga Perdana Inggeris Chelsea dalam siri Jelajah Asia Chelsea 2011 pada 21 Julai ini .Kali terakhir Malaysia bertemu Chelsea pada tahun 2008 di Stadium Shah Alam , pada ketika itu skuad Malaysia dibawah kendalian B.Sathianathan menyaksikan pasukan Malaysia hanya kalah tipis 0-2 dengan Chelsea. Kali ini selepas 3 tahun , pasukan Pilihan Malaysia XI yang dibimbingi oleh Ong Kim Swee  pula diberi peluang bertemu dengan pasukan naib juara Liga Perdana Inggeris 2011 ,
Harimau Muda (skuad olimpik) bersama dengan beberapa pemain senior  akan berentap dengan Chelsea manakala skuad Harimau Malaya di bawah jurulatih Datuk K. Rajagobal di beri rehat dan menjalani latihan sebagai persediaan untuk bertemu dengan Singapura pada sabtu ini dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014.



Rekod pertemuan antara Malaysia dengan Chelsea
2003: Piala Liga Perdana Asia
          Malaysia (1-4) Chelsea

2007 : Champions Youth Cup (CYC)-Bawah19 (Peringkat kumpulan)
           MalaysiaU19 (0-0 ) ChelseaU19

2008: Chelsea Asia Tour 2008, (Perlawanan persahabatan)                  
          MalaysiaXI (0-2 ) Chelsea

2011: Chelsea Asia Tour 2011, (Perlawanan persahabatan)
          Harimau Muda (Malaysia XI vs Chelsea)



Chelsea kini dibawah pengurus baru AndreVillas Boas juga membuat persediaan pra-musim 2011/2012 untuk menguji pemain serta mengkaji corak permainan ,taktikal dan teknikal sebelum bermulanya liga pada bulan depan dengan membuat beberapa perlawanan persahabatan dengan negara-negara asia dan beberapa kelab liga Inggeris.

Video : Chelsea FC , Pre-Season Tour 2011/2012
 










16 Jul 2011

Liverpool Asia Tour 2011 (Malaysia XI vs Liverpool)- Keputusan Perlawanan

Perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dengan Liverpool berkesudahan dengan kemenangan besar Liverpool (3-6). Gol-gol Malaysia dijaringkan oleh pemain tengah Safiq Rahim menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-42 sebelum tamat separuh masa pertama.Gol kedua Malaysia dijaringkan oleh penyerang Safee Sali pada minit ke-79 dan minit ke-81.

Gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam menerusi sepakan penalti pada minit ke-26, pengadil menghadiahkan sepakan penalti selepas pemain Liverpool dijatuhkan dalam kotak penalti. Gol kedua dan ketiga Liverpool dijaringkan David Ngog pada minit ke-67 dan ke-69. Gol keempat dijaringkan oleh Maxi Rodriguez pada minit 74 .Perlawanan dilanjutkan sehingga '4minit' masa tambahan (masa tambahan yang  agak panjang di mana kurangnya kecederaan pemain) , kedudukan Malaysia sebelum tamat masa sebenar adalah 3-4, Malaysia berada agak selesa pada ketika ini, dan Liverpool mengambil kesempatan atas kelekaan Malaysia dengan menjaringkan gol pada masa kecederaan (minit ke 90 dan minit ke93 ) masing-masing menerusi Maxi Rodriguez dan Dirt Kuyt.

Apapun , gol yang dijaringkan pemain Malaysia antara berkelas dunia...syabas Safiq Rahim ,Safee Sali dan rakan sepasukan...




Video (bahasa Arab): Malaysia 3-6 Liverpool



Liverpool Asia Tour 2011 (Malaysia XI vs Liverpool)

Harimau Malaya (Malaysia) bakal berentap menentang kelab liga Inggeris Liverpool petang ini (16 Julai 2011) dalam perlawanan persahabatan Liverpool Asia Tour 2011.  Jelajah Asia Liverpool telah pun bermula pada rabu lepas di mana Liverpool hanya mendapat kemenangan tipis 4-3 apabila bertemu dengan Guangdong Sunray Cave. Pastinya Liverpool mahukan kemenangan apabila bertemu dengan Malaysia sekaligus untuk memperbaiki reputasi mereka dalam perlawanan persahabatan Asia Tour 2011. 

Apapun di harap pasukan Malaysia dapat mengekang asakan dari Liverpool dan sentiasa berwaspada serta memastikan kubu Malaysia selamat tidak dibocori dengan banyak gol. Malaysia perlu bermain secara agresif dan mengawal permainan untuk membuat kejutan menewaskan Liverpool.

http://www.lfctour.com
Malaysia XI vs Liverpool
Std Nasional Bukit Jalil
16 Julai 2011
5.45 petang

Saksikan siaran langsung di 
Astro Arena 801 & Astro SuperSport 817

p/s "Nak tengok Torres main ..ada yang kata Torres tak jadi turun hari ini..."
nak tahu kenapa...Torres tak main hari ini sebab dia dah masuk Chelsea...hehe




14 Jul 2011

Arsenal Asia Tour 2011 ( Malaysia XI vs Arsenal) Keputusan perlawanan


Keputusan perlawanan persahabatan Arsenal Asia Tour 2011 antara Malaysia dengan Arsenal semalam nyata tidak menggembirakan sebahagian penyokong setia Harimau Malaya kerana kekalahan besar di mana gawang Malaysia telah dibolosi sebanyak empat kali tanpa balas. Apa pun  Malaysia bermain baik dan banyak bertahan sepanjang perlawanan..

Harus di ingat, keputusan perlawanan dalam jelajah Asia Tour 2011 antara tiga kelab gergasi Liga Inggeris (Arsenal, Liverpool dan Chelsea )  tidak memberi apa-apa makna dan tidak merubah kedudukan ranking Malaysia pada ketika ini berada dalam kedudukan ke-144 dunia.

Perlawanan persahabatan ini khas untuk peminat BPL Arsenal, Liverpool dan Chelsea di Malaysia yang dianjurkan bersama FAM dan lain-lain penaja , secara tak langsung ia boleh dijadikan sebagai perlawanan 'pemanas badan' bagi Malaysia sebelum bertemu Singapura pada pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2014 dan sebagai persediaan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim 2011/2012 yang bermula pada bulan Ogos ini.

Arsenal 'bedil' Harimau Malaya : (Berita Harian)

Anak didik Rajagobal hilang arah kena belasah 4-0 di Bukit Jalil
BUKAN kemenangan yang dicari, tetapi tiga gol mudah hasil kelalaian barisan pertahanan mencemari permainan mantap barisan tengah dan jentera serangan negara pada perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan dan Arsenal di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang gigih menyiapkan pasukan menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia bertemu Singapura pada 23 dan 28 Julai ini pasti mendapat pengajaran berharga hasil kekalahan 4-0 kepada kelab elit Inggeris itu.

Gawang negara dibolosi seawal minit kelima menerusi sepakan penalti Aaron Ramsey selepas pengadil, Yussof Mat Karim menyalahkan terjahan kasar Aidil Zafuan Abdul Radzak ke atas Jack Wilshere dalam kotak penalti.

Faktor kepantasan dan fizikal yang lebih memihak skuad kendalian Arsene Wenger menyaksikan serangan negara mudah dipatahkan. Minit ke-25, gawang Arsenal hampir dibolosi kapten kebangsaan, Safiq Rahim yang mengambil sepakan percuma dari jarak 35 meter, tetapi sempat ditepis penjaga gol Arsenal, Wojciech Szczesny.

Ketika harapan lebih 53,000 penonton menyaksikan Malaysia menyamakan kedudukan semakin memuncak, Arsenal sebaliknya menambah jaringan menerusi Walcott yang berjaya melepasi barisan pertahanan pada minit ke-38, sebelum melambung bola menewaskan Nasril buat kali kedua malam tadi.

Pada babak kedua, Khairul Fahmi Che Mat masuk menggantikan Nasril, tetapi permainan licik penyerang Arsenal, Carlos Vela menyaksikan gol ketiga diraih pemain asal Mexico itu.

Pada masa tambahan, Arsenal terus menghukum kem kebangsaan kali ini Tomas Rosicky mudah menanduk masuk hantaran Robin van Persie untuk gol keempat pasukan.

Pujian harus diberi kepada barisan pemain negara yang bekerja keras cuba mengatasi kehebatan kelab gergasi Eropah itu dengan beberapa gerakan menarik dihasilkan sepanjang 90 minit permainan.

Sumber : Berita Harian

Video : Malaysia 0-4 Arsenal
video

11 Jul 2011

Arsenal Asia Tour 2011 ( Malaysia XI vs Arsenal)

Harimau Malaya (Malaysia) akan berdepan dengan tiga kelab gergasi Liga Perdana Inggeris dalam perlawanan persahabatan Asia Tour 2011. Tiga kelab antara terbaik dalam liga Inggeris Arsenal, Liverpool dan Chelsea akan menentang pasukan pilihan Malaysia XI selaku Juara Piala AFF Suzuki 2010 masing-masing pada 13 Julai, 16 Julai dan 21 Julai 2011 ini.



Perlawanan persahabatan ini adalah sebahagian daripada 'latihan' untuk pasukan Malaysia sebelum berhadapan dengan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 pada 23 Julai dan 28 Julai ini . Selain itu , perlawanan  ini  juga sebagai persediaan kepada pasukan Olimpik Malaysia sebelum berhadapan dengan Jepun, Bahrain dan Syria dalam pusingan ketiga kelayakan Olimpik London 2012.




                    Arsene Wenger and The Gunners.. Welcome to Malaysia..

Malaysia XI vs Arsenal
13 July 2011
Stadium National Bukit Jalil
8.45 malam


Maklumat lanjut  dan tiket klik sini,

Siaran langsung







5 Jul 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia Layak ke Pusingan Kedua


Harimau Malaya (Malaysia) mara ke pusingan kedua bersama dengan pasukan Bangladesh,Laos, Filipina, Palestin,Vietnam, Nepal dan Myanmar. Lapan pasukan yang layak ke pusingan kedua akan bertemu lawan masing-masing yang telah mendapat 'bye' pada pusingan awal ,antara lapan negara yang di maksudkan ialah Singapura,Lebanon,China PR, Kuwait,Thailand,Qatar,Jordan dan Oman. Selain itu 14 pasukan dari Asia telah diundi bertemu lawan masing-masing di mana Turkmenisten akan bertemu Indonesia, Saudi Arabia bertemu Hong KongIran bertemu Maldives,  Syria bertemu Tajikstan, Iraq bertemu Yemen, Uzbezkistan bertemu Kyrgyzstan, UAE bertemu India. Kesemua 30 pasukan dari Asia dalam pusingan kedua ini akan berentap merebut slot 15 pasukan ke pusingan ketiga Piala Dunia Brazil 2014. Perjuangan pasukan Malaysia masih lagi belum tamat .Harimau Malaya perlu maju setapak lagi  dan segalanya bermula dari langkah pertama...Malaysia Boleh!


Video perlawanan kedua, Taiwan 3-2 Malaysia

video

Keputusan Perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 

Malaysia 2 -1Taiwan
Taiwan 3-2 Malaysia
(Malaysia layak ke pusingan ke-2 ; argegat 4-4, berdasarkan kelebihan gol tempat lawan)
Malaysia lawan Singapura 23 Julai
  
Bangladesh 3-0 Pakistan
Pakistan 0-0 Bangladesh
Bangladesh layak  ke pusingan ke-2, argegat 3-0
Bangladesh lawan Lebanon 28 Julai

Cambodia 4-2 Laos
Laos 6-2 Cambodia
Laos menang argegat 8-6
 Laos lawan China PR 23 Julai

Sri Lanka 1-1 Filipina
Filipina  4-0 Sri Lanka
Filipina menang , argegat 5-1
Filipina lawan Kuwait 23 Julai

Afghanistan 0-2 Palestin
Palestin 1-1 Afghanistan
Palestin layak argegat 3-1
Palestin lawan Thailand 28 Julai

Vietnam 6-0 Macau
           Macau 1-7 Vietnam          
Vietnam menang argegat 13-1
Vietnam lawan Qatar 23 Julai

Nepal 2-1 Timor Leste
Timor Leste 0-5 Nepal 2 Julai
Nepal menang argegat 7-1
Nepal lawan Jordan 28 Julai

Mongolia 1-0 Myanmar
Myanmar 2-0 Mongolia
Myanmar menang argegat 2-1
Myanmar lawan Oman 28 Julai

p/s Jadual penuh untuk pusingan kedua

Shirt On, Fear Off ! (Nike)


1 Jul 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Taiwan vs Malaysia (Perlawanan ke-2)

Perlawanan kedua Ahad ini akan menentukan adakah Malaysia layak ataupun tidak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Keputusan kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada perlawanan pertama rabu lepas, nyata masih belum selamat bagi Malaysia kerana Taiwan telah memperoleh satu gol di tempat lawan. Malaysia perlu menang atau seri dalam perlawanan kedua nanti untuk layak ke pusingan kedua Piala Dunia Brazil 2014.

Jadual Perlawanan Kedua (3 Julai 2011)

Kelayakan Piala Dunia 2014 (Pusingan Pertama)

Taiwan (1) vs Malaysia (2)
Pemenang bertemu Singapura 23 Julai

Pakistan (0) vs Bangladesh (3)
Pemenang bertemu Lebanon 28 Julai

Laos (2) vs Cambodia (4)
Pemenang bertemu China PR 23 Julai

Filipina (1) vs Sri Lanka (1)
Pemenang bertemu Kuwait 23 Julai

Palestin (2) vs Afghanistan (0)
Pemenang bertemu Thailand 28 Julai

Macau (0) vs Vietnam (6)
Pemenang bertemu Qatar 23 Julai

Timor Leste (1) vs Nepal (2) 2 Julai
Pemenang bertemu Jordan 28 Julai

Myanmar (0) vs Mongolia (1)
Pemenang bertemu Oman 28 Julai

*Keputusan perlawanan pertama dalam kurungan


Awas jerat!

Taiwan mahu pamer corak sebenar perangkap Malaysia

SILAP besar andai skuad kebangsaan berharap Taiwan bakal mempamerkan corak permainan sama pada perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Zon Asia Ahad ini, selepas sekadar menang 2-1 ke atas lawan ranking lebih rendah itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berada di ranking 144 FIFA seharusnya membawa bekalan lebih besar ke Taiwan berdasarkan permainan kelmarin, tetapi dikejutkan dengan gol tunggal lawan yang berada pada ranking 165 dunia itu selepas barisan pertahanan negara terleka ketika mendahului dua gol.

“Kelebihan pasukan ini ialah permainan menyerang, tetapi di sini kami terpaksa bertahan kerana tahu kelebihan Malaysia,” kata jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung. “Jadi selepas ini, kami akan menunjukkan permainan sebenar dan memburu kemenangan di laman sendiri Ahad ini.

“Satu gol di tempat lawan menjadi sandaran utama kami untuk merampas kemenangan daripada Malaysia.”

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka jaringan pada minit ke-28, diikuti tandukan babak kedua (m-55) Aidil Zafuan Abd Radzak yang meletak Malaysia selesa di depan tetapi kelekaan pertahanan membawa padah apabila pemain tengah Taiwan, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol Sharbinee Allawee dalam satu serangan balas pantas pada minit ke-75.

Pada baki 10 minit, anak buah Chih-Tsung menunjukkan taring sebenar dengan asakan bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan tetapi benteng negara menangkis setiap cubaan bagi memastikan kemenangan kekal dalam genggaman.

Berbekalkan hanya pemain amatur yang kebanyakannya pelajar kolej dan universiti, Taiwan menampilkan cabaran sengit ke atas juara Asia Tenggara itu.

“Kami tetap mahu menang pusingan ini dan akan memastikan sasaran dicapai apabila Malaysia bertandang ke Taiwan pula,” kata Chih-Tsung.

“Sepatutnya kami mampu bermain lebih baik tetapi sokongan padu penyokong Malaysia membuatkan pemain saya gugup dan gagal mempamerkan aksi sebenar. Di Taiwan, keadaannya mungkin berbeza, walaupun sejak dulu stadium kami tidak penuh, sekurang-kurangnya penyokong lawan juga tidak ramai.”

Kehadiran lebih 45,000 penyokong Harimau Malaya tidak lagi boleh dijadikan pembakar semangat di Taiwan dan Rajagobal kini perlu memikirkan strategi terbaik bagi memastikan gawang negara tidak dibolosi Ahad ini.
Sumber: Berita Harian


Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Harimau Malaya nyata bukan calang-calang,
Ngauman harimau pasti gegar bergema,

Biar putih tulang, Jangan putih mata,
Harimau Malaya perlu menang , harapan cerah ke pusingan kedua,

Malaysia Boleh!

 Saksikan siaran secara langsung di Astro Arena dan RTM (TV2)

TAIWAN vs MALAYSIA
3 Julai 2011 (Ahad)
6.30 petang
Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL