1 Jul 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014, Taiwan vs Malaysia (Perlawanan ke-2)

Perlawanan kedua Ahad ini akan menentukan adakah Malaysia layak ataupun tidak ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014. Keputusan kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada perlawanan pertama rabu lepas, nyata masih belum selamat bagi Malaysia kerana Taiwan telah memperoleh satu gol di tempat lawan. Malaysia perlu menang atau seri dalam perlawanan kedua nanti untuk layak ke pusingan kedua Piala Dunia Brazil 2014.

Jadual Perlawanan Kedua (3 Julai 2011)

Kelayakan Piala Dunia 2014 (Pusingan Pertama)

Taiwan (1) vs Malaysia (2)
Pemenang bertemu Singapura 23 Julai

Pakistan (0) vs Bangladesh (3)
Pemenang bertemu Lebanon 28 Julai

Laos (2) vs Cambodia (4)
Pemenang bertemu China PR 23 Julai

Filipina (1) vs Sri Lanka (1)
Pemenang bertemu Kuwait 23 Julai

Palestin (2) vs Afghanistan (0)
Pemenang bertemu Thailand 28 Julai

Macau (0) vs Vietnam (6)
Pemenang bertemu Qatar 23 Julai

Timor Leste (1) vs Nepal (2) 2 Julai
Pemenang bertemu Jordan 28 Julai

Myanmar (0) vs Mongolia (1)
Pemenang bertemu Oman 28 Julai

*Keputusan perlawanan pertama dalam kurungan


Awas jerat!

Taiwan mahu pamer corak sebenar perangkap Malaysia

SILAP besar andai skuad kebangsaan berharap Taiwan bakal mempamerkan corak permainan sama pada perlawanan kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia Zon Asia Ahad ini, selepas sekadar menang 2-1 ke atas lawan ranking lebih rendah itu di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang berada di ranking 144 FIFA seharusnya membawa bekalan lebih besar ke Taiwan berdasarkan permainan kelmarin, tetapi dikejutkan dengan gol tunggal lawan yang berada pada ranking 165 dunia itu selepas barisan pertahanan negara terleka ketika mendahului dua gol.

“Kelebihan pasukan ini ialah permainan menyerang, tetapi di sini kami terpaksa bertahan kerana tahu kelebihan Malaysia,” kata jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung. “Jadi selepas ini, kami akan menunjukkan permainan sebenar dan memburu kemenangan di laman sendiri Ahad ini.

“Satu gol di tempat lawan menjadi sandaran utama kami untuk merampas kemenangan daripada Malaysia.”

Kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim membuka jaringan pada minit ke-28, diikuti tandukan babak kedua (m-55) Aidil Zafuan Abd Radzak yang meletak Malaysia selesa di depan tetapi kelekaan pertahanan membawa padah apabila pemain tengah Taiwan, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol Sharbinee Allawee dalam satu serangan balas pantas pada minit ke-75.

Pada baki 10 minit, anak buah Chih-Tsung menunjukkan taring sebenar dengan asakan bertubi-tubi untuk mencari gol penyamaan tetapi benteng negara menangkis setiap cubaan bagi memastikan kemenangan kekal dalam genggaman.

Berbekalkan hanya pemain amatur yang kebanyakannya pelajar kolej dan universiti, Taiwan menampilkan cabaran sengit ke atas juara Asia Tenggara itu.

“Kami tetap mahu menang pusingan ini dan akan memastikan sasaran dicapai apabila Malaysia bertandang ke Taiwan pula,” kata Chih-Tsung.

“Sepatutnya kami mampu bermain lebih baik tetapi sokongan padu penyokong Malaysia membuatkan pemain saya gugup dan gagal mempamerkan aksi sebenar. Di Taiwan, keadaannya mungkin berbeza, walaupun sejak dulu stadium kami tidak penuh, sekurang-kurangnya penyokong lawan juga tidak ramai.”

Kehadiran lebih 45,000 penyokong Harimau Malaya tidak lagi boleh dijadikan pembakar semangat di Taiwan dan Rajagobal kini perlu memikirkan strategi terbaik bagi memastikan gawang negara tidak dibolosi Ahad ini.
Sumber: Berita Harian


Harimau mati meninggalkan belang,
Manusia mati meninggalkan nama,
Harimau Malaya nyata bukan calang-calang,
Ngauman harimau pasti gegar bergema,

Biar putih tulang, Jangan putih mata,
Harimau Malaya perlu menang , harapan cerah ke pusingan kedua,

Malaysia Boleh!

 Saksikan siaran secara langsung di Astro Arena dan RTM (TV2)

TAIWAN vs MALAYSIA
3 Julai 2011 (Ahad)
6.30 petang

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL