21 Jun 2011

Kelayakan Olimpik 2012, Pusingan Kedua, Perlawanan Pertama Malaysia & Lebanon

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Pusingan Kedua pada ahad lepas antara Malaysia bertemu Lebanon berakhir dengan keputusan seri 0-0. Perlawanan  secara timbal balik (perlawanan kedua) antara Malaysia dengan Lebanon bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil  pada hari khamis ini 23 Jun 2011. Jika Malaysia menang dalam pertemuan kedua ini, Malaysia layak ke pusingan ketiga dan undian perlawanan untuk 12 pasukan terbaik dijadualkan berlangsung pada 7 Julai 2011.


    12 pasukan dalam pusingan ketiga dibahagikan kepada tiga kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai empat pasukan. Perlawanan secara timbal balik akan bermula  21 September 2011 sehingga 14 March 2012. Juara setiap kumpulan layak automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London manakala naib juara setiap kumpulan bermain 'playoff' bermula 25 March 2012 sehingga 29 March 2012.

Skuad Olimpik ikat Lebanon 0-0

KUALA LUMPUR - Skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee sekurang-kurangnya boleh menarik nafas lega apabila berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Lebanon 0-0 dalam perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Sports City, Beirut, semalam.

Aksi pemain bawah 23 tahun negara boleh dipuji selepas berjaya bertahan dengan baik mengekang asakan lawan dan sekali-sekala cuba mengancam melalui beberapa percubaan yang hampir menghasilkan gol.

Bagaimanapun, aksi separuh masa pertama memperlihatkan Malaysia lebih gemar untuk bertahan dan hanya beberapa kali melakukan serangan balas pantas ke arah kubu lawan menerusi dua percubaan tepat.

Kedua-dua percubaan tersebut dilakukan oleh Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-11 dan susulan rembatan dari bahagian kanan gawang Lebanon berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Mohamad Hijazi.

Malaysia sekali mempunyai peluang terbaik untuk merobek gawang lawan pada minit ke-21 selepas Mohd. Fandi Othman melakukan hantaran jauh menuju ke arah penyerang Izzaq Faris Ramlan namun tandukannya tersasar.

Separuh masa kedua barulah memperlihatkan skuad muda negara menunjukkan permainan yang lebih positif apabila kerap mengasak skuad Lebanon termasuk percubaan jarak jauh dari Wan Zack pada minit ke-54, namun sekali lagi penjaga gol lawan menjadi penghalang.

Pemain Harimau Muda A yang beraksi dalam Liga Super itu sekali lagi melakukan percubaan pada minit ke-62 bagi membawa bekalan selesa menjelang perlawanan timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis ini, namun dia gagal menyudahkan hantaran rendah K. Gurusamy.

Lebanon dilihat memperlahankan rentak pada aksi separuh masa kedua sekali gus memberi peluang buat Malaysia mengawal perlawanan.
Sumber :Utusan


Keputusan Pusingan Kedua, Perlawanan pertama 
Qatar 3 -1 India
Iraq 0-1 Iran
Bahrain 0-1 Palestine
Australia 3-0 Yemen
Japan 3-1 Kuwait
Syria 2-2 Turkmenistan
DPR Korea 0-1 UAE
Korea Republic 3-1 Jordan
Uzbekistan 1-0 Hong Kong
Saudi Arabia 2-0 Vietnam
China 0-1 Oman
Lebanon 0-0 Malaysia

Skuad Olimpik Malaysia mampu melangkah lebih jauh jika menang dalam pertemuan kedua menentang Lubnan hari khamis ini dan tidak mustahil Malaysia mampu mara ke peringkat seterusnya sehingga ke Sukan Olimpik London 2012..

Malaysia Boleh!    Photo credit : Facebook Harimau Malaya


No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL