14 Jun 2011

Ganu Nelang! (Juara Piala FA 2011)


Masih belum terlambat untuk penulis mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Terengganu atas kejayaan memenangi Piala FA tahun ini..Tahniah juga kepada Jurulatih Terengganu (Irfan Bakti) yang begitu bersemangat sekali kerana turut sama 'bermain' dalam perlawanan yang mendebarkan serta penuh dramatik menentang Kelantan hari sabtu lepas.

Tahniah juga kepada skuad Sukma Terengganu kerana menjadi juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) ke 14 di Kuala Lumpur. Terengganu mencatat rekod dalam sejarah Sukma dengan menjadi juara tiga kali berturut-turut (hatrik) iaitu pada tahun 2008, 2010 dan 2011.


Ganu Nelang!
Terengganu julang Piala FA, muncul juara keseluruhan SUKMA XIV

SEMANGAT "Ganu Nelang" yang menjadi azimat Terengganu kini bertiup kencang di pantai Timur dengan kejayaan skuad bola sepak menjuarai Piala FA, malam kelmarin menjadi intipati tambahan kepada episod manis sukan negeri berkenaan. Malam tadi, Terengganu mencipta satu lagi kemasyhuran apabila muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia (Sukma) 2011 dan pemerhati sudah menyoal apakah kuasa sukan negara sudah beralih angin ke markas baru. Apa yang penting di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah cerita kebangkitan pemain skuad Penyu pimpinan Irfan Bakti Abu Salim yang tidak mengenal erti kalah sebelum menewaskan Kelantan 2-1 di final buat mengulangi kejayaan 2000.

Juara Piala FA 2011
Nelang adalah singkatan kepada perkataan handalan yang bermaksud jaguh atau hebat. Seseorang yang sukar dikalahkan juga dipanggil nelang dan kebangkitan skuad Terengganu selepas ketinggalan 0-1 sekadar memberi gambaran paling tepat buat menghuraikan maksud perkataan ini.

Irfan berkata, anak buahnya pernah ketinggalan dua gol di belakang Pahang sebelum bangkit untuk kemenangan 3-2 dan ternyata pengalaman itu menjadi bekalan berguna pada perlawanan akhir Piala FA kelmarin. “Saya sering beritahu pemain, selagi wisel penamat belum dibunyikan, permainan belum berakhir,” kata Irfan yang pernah dikecewakan Terengganu pada final 2000 ketika dia mengendali Pulau Pinang.

“Saya mahu mereka bekerja keras supaya permainan tidak ditentukan menerusi sepakan penalti. Ternyata semangat mereka cukup tinggi dan terlalu inginkan kejayaan ini selepas ditewaskan pasukan sama 3-0 pada aksi Liga Super lalu. Sepatutnya pada perlawanan itu juga kami mampu menang, tetapi beberapa pemain kami tidak berada pada tahap kecergasan terbaik.”

Sumber: Berita Harian, 13 Jun 2011


No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL