23 Apr 2011

PROTON Tidak Gentar Saingan


Sedia berdepan liberalisasi industri automotif menjelang 2016: Syed Zainal

PROTON Holdings Bhd mampu bersaing dalam pasaran terbuka walaupun menerima banyak saingan daripada pengeluar kereta terkemuka yang lain.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pengeluar kereta nasional itu sedia untuk berdepan cabaran dan meraih peluang apabila liberalisasi sepenuhnya industri automotif dilaksanakan menjelang 2016.


“Kami lama bersedia untuk perkara itu (liberalisasi pasaran). “Liberalisasi akan membolehkan industri automotif tempatan menjadi lebih kompetitif. “Masih ada lima tahun lagi untuk perkara berkenaan menjadi kenyataan dan kami harus memastikan kenderaan kami lebih murah, manakala reka bentuk dan kualitinya semakin baik.

“Kerajaan juga perlu memastikan PROTON dan keseluruhan ekosistem automotif negara lebih kompetitif menjelang tempoh itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kualiti 2011 PROTON di Shah Alam semalam.

Kempen Kualiti 2011 PROTON menerapkan nilai inovasi pada setiap aspek pengeluar kereta nasional itu termasuk operasi kilang dan pejabat bagi memastikan ia memenuhi sasaran jaminan seratus peratus tiada kerosakan bagi setiap kereta, khususnya pada tingkap kuasa yang didakwa berkualiti rendah dan sering rosak.

Ia juga menggariskan usaha mengubah persepsi negatif orang ramai sebagai cabaran utama berpandukan fakta produk PROTON mengalami peningkatan kualiti yang sangat ketara.

Mengenai penyusunan semula syarikat, Syed Zainal berkata, ia dijangka diselesaikan pada separuh kedua tahun ini sebaik ia mendapat kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham.

Penyusunan semula itu bertujuan mengukuhkan operasi syarikat sejajar dengan liberalisasi industri automotif negara.

“Menerusi penyusunan ini, kami mahu syarikat menjadi lebih fleksibel dan fokus terhadap apa dilakukan. Kami mahu menghasilkan rekaan, pengeluaran dan pengedaran kereta yang lebih baik berbanding sekarang,” katanya.

Mengulas cadangan penggabungan PROTON dan PERODUA, beliau berkata, adalah penting untuk kedua-dua pihak berbincang bagi menghalusi aspek kerjasama yang boleh dijalinkan untuk menjamin interaksi yang lebih menyeluruh dan seragam demi kepentingan bersama. 


Sementara itu beliau memberitahu, ujian pengesahan yang sedang dijalankan ke atas PROTON Exora dan Hybrid di United Kingdom dijangkakan selesai sepenuhnya dua minggu lagi.

Proton Exora Hibrid
“PROTON Hybrid akan dikeluarkan sebaik mendapat pengesahan akhir daripada Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Kami harap ia boleh dijual mulai tahun depan,” katanya
 Sumber: Berita Harian 




No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL