19 Apr 2011

Jualan Kenderaan Meningkat

Jualan Kenderaan Meningkat (B.Harian)

JUALAN kenderaan meningkat ke paras paling tinggi iaitu 63,265 unit pada Mac, iaitu peningkatan 22,878 unit atau 56.6 peratus berbanding bulan sebelumnya dan adalah 12.7 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataannya semalam, berkata jumlah jualan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini pula naik 7.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, bulan bekerja yang panjang pada Mac dan penghantaran serta invois segera oleh syarikat dengan tahun kewangan berakhir 31 Mac menyebabkan pertumbuhan jualan yang lebih tinggi itu.

Kebimbangan kemungkinan kekurangan bekalan dan peningkatan harga kenderaan akibat bencana di Jepun juga mungkin menyebabkan pembelian awal oleh pelanggan, katanya.

MAA berkata, pengeluaran kenderaan pada Mac pula naik kepada 53,124 unit daripada 51,579 unit pada bulan yang sama 2010.

Pengeluaran kenderaan penumpang pada bulan berkenaan naik kepada 49,118 unit daripada 47,729 unit berbanding tempoh yang sama 2010, sementara pengeluaran kenderaan komersial meningkat kepada 4,006 unit daripada 3,850 unit.

MAA berkata, jumlah jualan bagi April bagaimanapun dijangka sederhana dan berkurangan memandangkan jualan kukuh pada Mac luar biasa dan pelarasan pengeluaran akibat bencana di Jepun mungkin menjejaskan bekalan.

Berita Harian, 19 April 2011

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL