14 May 2010

Misteri Kehilangan Dawai Gosok Periuk II

Setelah semalam, saya menceritakan misteri kehilangan dawai gosok periuk di salah sebuah kampung yang tak ternama. Maka hari ini, saya merungkaikan masalah @ misteri kehilangan dawai gosok periuk kepada umum yang membuatkan ramai terkejut ,tertanya-tanya atau tidak percaya.Pak Cik Adnan telah mengambil inisiatif sendiri bagi mencari pencuri yang di maksudkan, akhirnya dia menjumpai juga jawapannya. Saya tak perlu mengulas panjang lebar mengenai misteri tersebut, 'Pencuri' yang dimaksudkan dalam misteri kehilangan dawai gosok periuk di singki rumah Makcik Limah dan Pak Cik Adnan adalah hanya seekor binatang iaitu tikus rumah atau dikenali sebagai 'Raja Bumbung' oleh penduduk kampung.

Kenapa tikus menyukai dawai gosok periuk masih lagi menjadi 'misteri' sehingga ke hari ini, tapi mungkin juga sisa makanan @ bau makanan yang ditinggalkan pada dawai gosok periuk mempengaruhi tikus-tikus di kawasan terbabit untuk 'mencuri' dawai gosok periuk. Jadi sentiasalah beringat kerana tikus rumah akan makan apa saja jika kita mengabaikan kebersihan dapur dan rumah..termasuk buku -buku kat rumah...haha
Sekian..



Believe it or not!..Believe it!
"Jangan biarkan hidup anda di selubungi misteri"..

1 comment:

M a W a D D a H said...

cenggitu rupenyer..hehehe..sekian...hahaha

kesian si tikus, silap bawak makanan..hehe

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL