7 May 2010

Bank Negara siasat The Gold Label

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjalankan penyiasatan terhadap The Gold Label Sdn Bhd kerana disyaki menjalankan aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen dan aktiviti pengubahan wang haram.

Syarikat itu disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

"Serbuan ke atas The Gold Label telah dijalankan semalam di premis tersebut di Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, Kuala Lumpur, berikutan aduan yang diterima daripada orang ramai.

"Sejumlah aset dan dokumen syarikat yang berkenaan telah dirampas untuk tujuan penyiasatan," menurut kenyataan itu.

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan mengelak daripada mendepositkan wang mereka dengan syarikat yang tidak diberikan lesen oleh BNM.

Senarai institusi berlesen yang dibenarkan mengambil deposit boleh didapati di laman web BNM (www.bnm.gov.my).

Orang ramai juga diingatkan supaya berwaspada dengan pelaburan dalam skim cepat kaya untuk mengelak daripada kehilangan wang simpanan dan wang tunai mereka kepada pihak yang menipu.

Maklumat lanjut berhubung skim kewangan haram boleh didapati di laman web Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.

- Bernama

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL