Secara ringkas mengenai peredaran bumi, bulan dan matahari dalam alam semesta.Bumi akan sentiasa mengelilingi matahari mengikut orbitnya sendiri iaitu selama Setahun atau 365hari/366 hari. Dalam masa setahun, bumi mengalami fenomena 4 musim iaitu Musim Bunga, Musim Panas, Musim Luruh dan Musim Sejuk.
Manakala bulan akan sentiasa mengelilingi bumi mengikut orbitnya iaitu selama sebulan atau 29hari/30hari dan bumi pula akan sentiasa berputar pada paksinya sendiri selama 24jam sehari yang menentukan perjalanan siang dan malam.
"Dan matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;
Dan bulan pula Kami takdirkan dia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya - (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering.
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing."
(Surah Yassin :Ayat 38-40)
Andai kata bumi , bulan dan matahari tidak berada pada tempat @ paksinya, maka alamatnya akan berlaku perubahan alam yang luar biasa contohnya seperti siang lebih panjang dari malam, matahari terbit dari barat, kejadian air pasang surut tidak dijangka dan berbagai-bagai lagi fenomena yang sukar dijangka.Kiamat akan berlaku jika terjadinya tanda-tanda seperti di atas, sekarang ini pun dah nampak adanya tanda-tanda kecil kiamat. Manusia tidak akan tahu bila masa @ tarikh secara tepat bila kiamat akan berlaku kerana semua ini adalah ketentuan dari Allah yang Maha Esa. Waallahualam..
No comments:
Post a Comment