23 Feb 2011

BMW Keluar Model Elektrik, Hibrid 2013


BMW keluar model elektrik, hibrid 2013 ( Berita Harian)

PENGELUAR kereta mewah Jerman, BMW, semalam memperkenalkan jenama barunya, BMW i dengan dua model baru dilengkapi sistem pemanduan elektrik dan hibrid dikeluarkan mulai 2013.

Kumpulan itu turut mengumumkan penubuhan anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan mobiliti seperti pengawasan kereta dan sistem pandu arah. 


“Mempersembahkan BMW i - Born Electric,” demikian mengikut kenyataan BMW yang memetik Pengarah Jualannya, Ian Robertson pada majlis memperkenalkan kereta elektrik BMW i3 bagi pemanduan di bandar raya dan BMW i8 jenis hibrid khusus buat pemandu yang inginkan kereta lebih berkuasa, di Frankfurt, semalam.

Kumpulan itu turut mengumumkan penubuhan syarikat modal teroka yang baru berpangkalan di New York bagi meningkatkan lagi perkhidmatan mobiliti kumpulan itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang membabitkan pelaburan awal AS$100 juta.



BMW berkata, kenderaan berkenaan akan dikeluarkan di kilangnya di Leipzig, terletak di timur Jerman yang dibangunkan dengan pelaburan 400 juta Euro dan mewujudkan 800 peluang kerja.

Penganalisis permotoran berkata, pengumuman terbaru syarikat itu sesuatu yang menarik jika dilihat dari aspek strategi pemasaran BMW ditambah dengan penggunaan kuasa elektrik, casis aluminium dan badan luar daripada bahan plastik karbon diperkuatkan dengan gentian (CFRP).

November tahun lalu, BMW berkata, ia akan melabur kira-kira 500 juta Euro dengan SGL Carbon bagi melancarkan model i3 yang lebih ringan bagi pemanduan di bandar raya.
“Faktor yang akan menentukan pembelian adalah harga yang tidak diumumkan,” demikian menurut pakar permotoran dari University of Applied Sciences di Bergisch Gladbach, di barat Jerman, Stefan Bratzel.

“Jika terlalu mahal, kereta ini tidak akan berjaya di pasaran,” katanya.
Sementara itu, BMW i Ventures akan bekerjasama dengan syarikat aplikasi telefon bimbit, My City Way bagi menyediakan perkhidmatan seperti pengawasan kereta, perancangan perjalanan dan maklumat yang lain seperti mengesan tempat letak kereta yang kosong.

“Keperluan terhadap perkhidmatan mobiliti seperti ini semakin diperlukan di bandar raya besar yang pesat membangun,” kata Robertson.

Perancangan awal BMW ialah melancarkan kereta berkenaan di 40 bandar raya Amerika Syarikat (AS) dan 40 bandar raya lain di seluruh dunia termasuk di bandar raya kelahiran BMW, Munich di selatan Jerman.

Penganalisis lain berkata, BMW dijangka berdepan persaingan daripada pengeluar kereta elektrik dan hibrid lain yang lebih berpengalaman seperti Nissan dari Jepun yang mengeluarkan model Leaf pada Disember ini.

Rakan kongsi Nissan di Perancis, Renault pula merancang menjual versinya, Zoe bermula pertengahan tahun depan, manakala Peugeot-Citroen pula melancarkan skim sewaan jangka panjang bagi model Ion dan C-Zero. 

Sumber : Berita Harian 



No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL