27 Apr 2011

Jom tengok 'Interactive Multimedia Website' (Siri 1)


Assalamualaikum semua...
 
Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi hari ini iaitu  'video interactive multimedia'..Dalam 'video interactive' ni, kita boleh tengok imej dalam bentuk 3D secara 360 darjah.....Huh..dapat rasa macam ada kat tempat tu walaupun sekarang berada di depan komputer ..kenapa tak percaya?..Jom kita jelajah secara maya Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dalam web 'Interactive Multimedia' ni ..

Virtual Tour of Steel Mosque Putrajaya





Virtual Tour of Steel Mosque Putrajaya 

Klik kat sini
'Virtual Tour of Steel Mosque Putrajaya'  (credit to Mohamad Nazran Bulp)
Dan jangan lupa undi  sekali laman web ini http://www.mosque360.com/Al_Mizan/ dalam  DIGI WWWOW Awards dalam kategori Best Internet for All Idea/ Campaign

p/s Bersama kita selalu mengimarahkan masjid...wassalam












26 Apr 2011

Etika Menulis Dalam Blog


Etika Menulis Dalam Blog

Pastikan bahasa yang digunakan mudah difahami, tiada kesilapan ejaan atau kesilapan dalam penyusunan ayat (tiada kesalahan ‘grammar’ untuk bahasa Inggeris ).

Walaupun menulis secara tidak formal, pastikan ia tidak merosakkan bahasa atau menggunakan bahasa rojak. Bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang bercampur aduk dengan istilah bahasa Inggeris atau bahasa asing. Jika tidak jumpa istilah yang sesuai untuk penulisan blog @ laman web, gunakan tanda    (‘ ‘), bererti perkataan yang dipinjamkan dari bahasa lain. contoh; ‘try’, ‘lunch’, ‘confirm’.


Ayat yang sukar difahami akan membuatkan pembaca menjadi keliru , tidak faham serta inginkan lebih penjelasan daripada penulis..tulis secara mudah dan jelas..

Untuk kelihatan professional , pastikan penulisan anda disemak terlebih dahulu sebelum di letakkan di laman web atau blog...Tulisan secara tak formal @ santai juga perlu disemak untuk mengelakkan kesilapan ejaan dan ayat. Ini secara tak langsung memudahkan pembaca memahami sesuatu penulisan yang menarik perhatian mereka.


Biasanya ,orang mencari apa sahaja maklumat dalam internet menggunakan enjin carian (cth Google, Yahoo, ) dan mereka akan menaip perkataan dengan menggunakan ejaan yang betul. Jadi pastikan penulisan blog tiada kesalahan ejaan serta pastikan susunan ayat kemas dan teratur.



Jika tulisan dalam blog @ laman web kurang melakukan kesilapan ejaan, ia akan memudahkan carian maklumat kepada pembaca @ pencari maklumat . Pastikan penulis blog menggunakan ‘keyword’ yang bersesuaian , popular atau yang kerap digunakan dalam enjin carian kerana secara tak langsung ia akan meningkatkan trafik ke blog @ laman web penulis.

Biasanya blog atau laman web yang menarik perhatian ramai akan kerap dikunjungi kerana pembaca ingin mengetahui perkembangan semasa, mencari idea-idea baru atau ingin berkongsi cerita dan pengalaman kepada orang lain.  Semuanya terpulang kepada citarasa pembaca dalam memilih bahan untuk dibaca..tanamkan sifat budaya membaca..

Etika penting dalam penulisan blog @ laman web

Pastikan penulis menulis cerita,berita atau ulasan secara benar dan tepat berdasarkan sumber dari yang boleh dipercayai @ sumber dari orang yang terlibat. Jika kurang kepastian tentang sesuatu perkara, kemuka persoalan untuk mencari jawapan dan bertanya dengan orang yang lebih arif..

Tidak perlu membuat spekulasi negatif tentang sesuatu perkara selagi tidak tahu kebenarannya @ lebih teruk lagi membuat adu domba dan fitnah.. Kurangkan kontroversi , tingkatkan prestasi..hehe..







Penulis Blog Juga Rakan Bentuk Masa Depan Negara

Penulis Blog Juga Rakan Bentuk Masa Depan Negara (Utusan)

AKTIVITI blog di Malaysia adalah antara yang paling rancak serta bebas di dunia dan pentadbiran negara memberi komitmen penuh untuk meneruskan janji Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri dalam membangunkan Koridor Raya Multimedia (MSC) bahawa Malaysia tidak akan menapis Internet. 

Jaminan pada komitmen ini diteruskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pula. Di Malaysia, penulis blog bagaikan dapat sokongan daripada kerajaan untuk menyalurkan pandangan dan maklumat masing-masing. 

Kerajaan sedar cabaran media sosial melalui ruang siber baik melalui blog, Facebook atau Twitter sekarang terhadap masa depan negara. Seperti kata Najib, media sosial sekarang mampu mempengaruhi serta membentuk pandangan orang ramai, sehingga dalam kes tertentu membawa kepada kejatuhan rejim dan kerajaan atau sekurang-kurangnya mencetuskan kekecohan serta ketidakstabilan. 

Bagaimanapun kerajaan Malaysia tidak gentar dengan pandangan penulis blog, sebaliknya mahu mereka menjadi rakan blogger supaya pandangan dan kritikan membina mereka dapat membentuk masa depan lebih baik untuk negara dan rakyat.

Biarpun seseorang itu bebas menulis apa saja di dalam blog, batasnya tetap ada. Sebab itu, Perdana Menteri mengingatkan penulis blog tentang batas-batas supaya ruang siber tidak digunakan untuk menipu atau menyatakan separuh kebenaran. 

Sememangnya demokrasi digital adalah suatu yang tidak dapat dielakkan, malah kerajaan Malaysia juga percaya Internet adalah enjin untuk pertumbuhan ekonomi, membina masyarakat berilmu dan berupaya merapatkan rakyat melalui penggunaan yang betul. 

Jadi penulis blog ada peranannya dalam membentuk minda masyarakat bukan sahaja di negara ini malah di seluruh dunia melalui hasil penulisan yang tepat dan berkualiti bukannya sekadar sesesuka hati dan memberi komen berbaur fitnah dan tohmahan. 

Kita tidak mahu laman blog menjadi ruang penyebaran fitnah. Penulis perlu sedar perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang dan agama.

Hakikatnya, penulis blog seperti penulis media yang lain turut mempunyai kuasa untuk menyampaikan pelbagai maklumat dan mempengaruhi pemikiran rakyat melalui maklumat yang disampaikan.

Penulis blog mampu menyatupadukan masyarakat dan mereka juga boleh memecahbelahkan rakyat.
Oleh sebab itu kuasa yang dimiliki itu seharusnya digunakan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan secara berhemah.

Kerajaan sehingga kini amat bermurah hati dengan penulis blog, walaupun ada yang menulis bukan berdasarkan fakta sebenar. Sudah tiba masanya penulis-penulis blog di negara ini juga harus bersikap lebih profesional dan bertanggungjawab dalam penulisan mereka di laman web masing-masing. 

Setiap penulis media alternatif itu perlu mempunyai kod etika bagi memastikan hasil tulisan mereka adalah berasaskan pada fakta dan kebenaran. 

Topik kod etika untuk penulis blog telah lama diperkatakan tetapi sehingga kini tidak siapa yang ambil serius untuk melaksanakannya.
Utusan

24 Apr 2011

Orang Kaya Patut Adakan Perpustakaan Di Rumah


Assalamualaikum semua..
Kalau nak tahu.. rumah saya dah lama dah ada perpustakaan sendiri, tapi taklah banyak sangat buku, antaranya buku dan majalah yang ada ialah buku politik, agama, sains dan teknologi, kejuruteraan, ensiklopedia sains perubatan , kamus, buku permotoran, majalah politik & ekonomi, majalah komputer dan banyak  lagi..
Semua buku di susun dalam rak ditempah  khas setinggi 3 meter, kalau nak ambil buku kat tingkat atas kena guna kerusi @ tangga..haha...

Adakah orang kaya sahaja perlu adakan perpustakaan di rumah?. Jawapannya tidak.. kerana keluarga penulis sendiri bukannya dari kalangan orang berada, tapi boleh wujudkan sendiri perpustakaan di rumah kerana tahu buku akan menjadi harta warisan berharga untuk anak-anak cucu di masa akan datang..buku yang ada sekarang akan jadi harta tinggalan sejarah untuk generasi hadapan..

Ada juga tetamu datang ke rumah penulis ,belek dan pinjam buku  majalah dan tak bagi-bagi balik sehingga ke hari ini...haha..
kira sedekah lah... 

yang ni bukan 'library' rumah penulis..sekadar hiasan

Orang kaya patut adakan perpustakaan di rumah (Utusan)

KUALA LUMPUR 23 April – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan golongan berkemampuan di negara ini mewujudkan perpustakaan di kediaman mereka dan mengisinya dengan buku atau karya yang berharga.

Beliau berkata, ini adalah amalan di negara barat seperti Amerika Syarikat, yang mana orang kaya di sana mewujudkan perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku lama, yang kemudiannya didermakan kepada perpustakaan selepas meninggal dunia.

"Sepatutnya orang-orang yang kaya di Malaysia ini membina library yang mengandungi buku-buku yang berharga, dan apabila mereka meninggal donate buku-buku kepada library untuk orang ramai,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa, di sini hari ini.

Dr. Mahathir turut meluangkan masa menandatangani karya beliau ”A Doctor in the House” yang dibeli pengunjung di pesta yang bermula hari ini itu.

Mengulas isu berbeza, Dr. Mahathir berkata kerajaan perlu menimbang keperluan masyarakat Cina di negara ini termasuk menyediakan peluang perniagaan yang lebih banyak bagi meraih sokongan mereka.

Ini kerana kata Dr. Mahathir, sebagai komuniti yang berorientasikan perniagaan, kaum Cina memerlukan peluang yang banyak dan berterusan bagi mengembangkan perniagaan mereka.Beliau turut menolak dakwaan bahawa masyarakat Cina tidak pernah menyokong BN.Sebelum ini komuniti Cina memberi sokongan teguh kepada BN seperti ketika pilihan raya umum pada 1999 yang membantu parti memerintah memperolehi majoriti dua pertiga, kata beliau. - Bernama
Utusan, 23 April 2011


23 Apr 2011

Tips Menjimatkan Penggunaan Minyak Dan Gas


Tips Menjimatkan Penggunaan Minyak Dan Gas

  • Elakkan memenuhkan tangki minyak kenderaan anda sebanyak mungkin (tak perlu memaksa ketika mengisi minyak ke dalam tangki jika dah penuh), adalah memadai menggunakan ‘Automatic click-off’. (menetapkan sendiri jumlah maksimum semasa mengisi minyak, contohnya RM10, RM50, RM100).

  • Adakah dengan membeli petrolHigher Octane Gasoline ‘boleh menjimatkan wang anda dalam jangka masa panjang? Fikirkan sejenak ... Itu sama sekali tidak perlu, kecuali jika kereta anda memerlukannya.(The Low Down on High Octane Gasoline)
  • Sentiasa mengawal kelajuan kenderaan anda iaitu dengan meminimumkan penggunaan pedal minyak sekaligus menjimatkan penggunaan minyak dan gas.
  • Jangan memandu kenderaan secara agresif.
  • Ganti minyak enjin kenderaan anda secara berkala.
  • Pandu pada kelajuan yang lebih rendah untuk membantu meningkatkan kecekapan bahan api.
  • Pastikan angin tayar kenderaan berada dalam keadaan baik dan stabil.
  • Periksa dan servis penapis udara kenderaan anda.
  • Hindari menghidupkan enjin/ meninggalkan kenderaan dalam keadaan sedia terlalu lama hingga berjam-jam.
  • Pastikan anda membawa kenderaan anda untuk penyelenggaraan (maintenance) secara teratur.
Tips untuk dikongsi bersama, banyak lagi tips berguna untuk menjimatkan penggunaan minyak antaranya ialah dengan menggunakan pengangkutan awam ,kayuh basikal dan cara paling menjimatkan adalah berjalan kaki....mana larat nak jalan kaki  5-10km hari-hari pergi kerja..hehe


PROTON Tidak Gentar Saingan


Sedia berdepan liberalisasi industri automotif menjelang 2016: Syed Zainal

PROTON Holdings Bhd mampu bersaing dalam pasaran terbuka walaupun menerima banyak saingan daripada pengeluar kereta terkemuka yang lain.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pengeluar kereta nasional itu sedia untuk berdepan cabaran dan meraih peluang apabila liberalisasi sepenuhnya industri automotif dilaksanakan menjelang 2016.


“Kami lama bersedia untuk perkara itu (liberalisasi pasaran). “Liberalisasi akan membolehkan industri automotif tempatan menjadi lebih kompetitif. “Masih ada lima tahun lagi untuk perkara berkenaan menjadi kenyataan dan kami harus memastikan kenderaan kami lebih murah, manakala reka bentuk dan kualitinya semakin baik.

“Kerajaan juga perlu memastikan PROTON dan keseluruhan ekosistem automotif negara lebih kompetitif menjelang tempoh itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kualiti 2011 PROTON di Shah Alam semalam.

Kempen Kualiti 2011 PROTON menerapkan nilai inovasi pada setiap aspek pengeluar kereta nasional itu termasuk operasi kilang dan pejabat bagi memastikan ia memenuhi sasaran jaminan seratus peratus tiada kerosakan bagi setiap kereta, khususnya pada tingkap kuasa yang didakwa berkualiti rendah dan sering rosak.

Ia juga menggariskan usaha mengubah persepsi negatif orang ramai sebagai cabaran utama berpandukan fakta produk PROTON mengalami peningkatan kualiti yang sangat ketara.

Mengenai penyusunan semula syarikat, Syed Zainal berkata, ia dijangka diselesaikan pada separuh kedua tahun ini sebaik ia mendapat kelulusan Lembaga Pengarah dan pemegang saham.

Penyusunan semula itu bertujuan mengukuhkan operasi syarikat sejajar dengan liberalisasi industri automotif negara.

“Menerusi penyusunan ini, kami mahu syarikat menjadi lebih fleksibel dan fokus terhadap apa dilakukan. Kami mahu menghasilkan rekaan, pengeluaran dan pengedaran kereta yang lebih baik berbanding sekarang,” katanya.

Mengulas cadangan penggabungan PROTON dan PERODUA, beliau berkata, adalah penting untuk kedua-dua pihak berbincang bagi menghalusi aspek kerjasama yang boleh dijalinkan untuk menjamin interaksi yang lebih menyeluruh dan seragam demi kepentingan bersama. 


Sementara itu beliau memberitahu, ujian pengesahan yang sedang dijalankan ke atas PROTON Exora dan Hybrid di United Kingdom dijangkakan selesai sepenuhnya dua minggu lagi.

Proton Exora Hibrid
“PROTON Hybrid akan dikeluarkan sebaik mendapat pengesahan akhir daripada Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia. Kami harap ia boleh dijual mulai tahun depan,” katanya
 Sumber: Berita Harian 




22 Apr 2011

Perdana Versi Baru ;Model Gantian Perdana Guna Platform Nissan Fuga


 
Penggunaan enjin 2.5 liter naik taraf versi eksekutif, premium PROTON

PROTON Holdings Bhd akan melancarkan model gantian Proton Perdana, sama ada pada Mac atau April ini yang akan menggunakan platform Nissan Fuga dengan kapasiti enjin 2.5 liter.

Nissan Fuga
Sumber industri berkata, bagaimanapun buat permulaan model yang akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun itu hanya dipasarkan khusus untuk kegunaan kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan.

“Sebagai permulaan, sebanyak 150 unit akan diimport dari Jepun dan ia dibawa masuk khusus untuk kereta rasmi pegawai tinggi kerajaan, tetapi jika mendapat maklum balas memberangsangkan daripada pasaran, PROTON akan menimbangkan untuk memasarkannya secara komersial,” katanya pada Berita Harian di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fuga adalah kereta mewah Nissan yang menggunakan platform Nissan FM. Ia mula diperkenalkan di Jepun pada Oktober 2004.



Nissan Skyline, kereta sport mewah Nissan yang menjadi ‘kegilaan’ generasi muda Jepun turut menggunakan platform Nissan FM.

Fuga bersaing dalam pasaran kereta mewah eksekutif seperti Toyota Crown, Honda Legend, Mercedes-Benz E-class, Audi A6, BMW 5 series dan Jaguar XF.
Ia adalah kereta pertama dunia yang memperkenalkan teknologi sistem kawalan pedal bijak yang membantu pemandunya mengawal jarak selamat dengan kenderaan lain ketika pemanduan sama ada di kawasan bandar serta di lebuh raya.


Sumber itu berkata, penggunaan enjin lebih berkuasa untuk model gantian Perdana itu bertujuan menaik taraf kereta versi eksekutif dan premium PROTON ke tahap baru dan berupaya bersaing dengan model seperti Toyota Camry, Honda Accord, Hyundai Sonata atau Kia Optima di pasaran tempatan.

Katanya, selain untuk bersaing dalam kelasnya, penggunaan enjin yang lebih berkuasa itu juga bertujuan membezakan penggunaan enjin Proton Perdana dengan Proton Inspira yang turut menggunakan enjin 2.0 liter.

Sumber itu berkata, penggunaan Nissan Fuga itu menandakan permulaan kerjasama antara PROTON dengan Nissan Motor Company Ltd, iaitu firma automotif yang berpangkalan di Nishi-ku, Yokohama, Jepun.

“Ia (kerjasama dengan Nissan) susulan pengambilalihan kepentingan dalam Renault F1 Team yang dibuat PROTON menerusi anak syarikatnya, Group Lotus plc daripada Nissan yang dimuktamadkan awal Disember lalu.

“Menerusi pengambilalihan itu, selain membuka laluan buat PROTON terbabit dalam perlumbaan Formula Satu, ia turut membantu mengetengahkan beberapa program kerjasama baru lain antara PROTON dan Nissan, dan model penggantian Perdana adalah permulaan kerjasama antara kedua-dua pengeluar kereta berkenaan,” katanya.

Katanya, permulaan itu juga dijangka menjurus kepada kerjasama lebih serius di mana Nissan akan menggunakan kemudahan pengeluaran Proton di Tanjong Malim untuk mengeluarkan beberapa versi model lain tidak lama lagi, sekali gus membantu Proton memaksimumkan kapasiti pengeluaran kilang berkenaan.

Sumber: Berita Harian, 3 Januari 2011

berita Proton Perdana versi baru..  

Petronas Lancar Minyak Transmisi Automatik


PUTRAJAYA 21 April - Proton Holdings Bhd. (Proton) hari ini melancarkan minyak transmisi automatik pertamanya, ATF-XP3 hari ini hasil kerjasama dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).

Minyak berkualiti tinggi itu yang mula dipasarkan esok, sesuai untuk kereta Proton model Saga (1985-2007), Saga BLM, Iswara, Wira, Satria, Satria Neo, Pesona dan Exora.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Mohamad Shukor Ibrahim berkata, ATF-XP3 merupakan perintis kepada usaha Proton untuk menghasilkan minyak pelincir sendiri pada masa depan.

Katanya, Proton telah memeterai perjanjian Membekal dan Teknikal Komersial dengan anak syarikat Petronas iaitu Petronas Dagangan Bhd. (PDB) bahagian minyak pelincir pada tahun lalu.

Beliau berkata, perjanjian selama 10 tahun tersebut, meliputi kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan minyak pelincir yang sesuai dan mampu meningkatkan keupayaan enjin Proton.

''Selepas ATF-XP3, kami akan melancarkan minyak enjin berkualiti tinggi sendiri tidak lama lagi bagi kegunaan domestik dan juga eksport.

"Kerjasama Proton dengan Petronas sudah bermula sejak tahun 1985 lagi, tetapi selepas perjanjian tersebut kerjasama yang lebih jitu telah dimeterai bagi kebaikan bersama,'' katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran ATF-XP3, dekat sini hari ini.


Turut hadir Pengurus Besar PDB, Shobri Abu Bakar.

Mohamad Shukor berkata, pasaran minyak transmisi automatik dianggarkan melebihi 700,000 liter setahun dan pihaknya optimis ATF-XP3 mampu memberi pulangan kepada Proton.

Sementara itu, Shobri berkata, PDB telah menjalankan proses R&D hampir setahun ke atas ATF-XP3 bagi memastikannya mampu memberi prestasi yang terbaik untuk pengguna.

"Antara kelebihan ATF-XP3 adalah pertukaran transmisi yang lebih lancar, memanjangkan hayat sistem transmisi dan memberi prestasi optimum pada suhu tinggi serta rendah,'' jelasnya.

ATF-XP3 dijual pada harga RM29.96 di Semenanjung Malaysia manakala RM30.46 untuk Sabah dan Sarawak.

Mengulas mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) berkaitan automotif yang mungkin dilaksanakan tahun depan, Mohamad Shukor berkata, perkara tersebut memberi sedikit impak kepada Proton.

"Proton mungkin bersedia sepenuhnya dalam tempoh lima tahun lagi. Kita perlu meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan untuk terus bersaing,'' ujarnya.

Sumber: Utusan, 22 April 2011

19 Apr 2011

Jualan Kenderaan Meningkat

Jualan Kenderaan Meningkat (B.Harian)

JUALAN kenderaan meningkat ke paras paling tinggi iaitu 63,265 unit pada Mac, iaitu peningkatan 22,878 unit atau 56.6 peratus berbanding bulan sebelumnya dan adalah 12.7 peratus lebih tinggi daripada bulan yang sama tahun lalu.

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dalam kenyataannya semalam, berkata jumlah jualan bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini pula naik 7.5 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, bulan bekerja yang panjang pada Mac dan penghantaran serta invois segera oleh syarikat dengan tahun kewangan berakhir 31 Mac menyebabkan pertumbuhan jualan yang lebih tinggi itu.

Kebimbangan kemungkinan kekurangan bekalan dan peningkatan harga kenderaan akibat bencana di Jepun juga mungkin menyebabkan pembelian awal oleh pelanggan, katanya.

MAA berkata, pengeluaran kenderaan pada Mac pula naik kepada 53,124 unit daripada 51,579 unit pada bulan yang sama 2010.

Pengeluaran kenderaan penumpang pada bulan berkenaan naik kepada 49,118 unit daripada 47,729 unit berbanding tempoh yang sama 2010, sementara pengeluaran kenderaan komersial meningkat kepada 4,006 unit daripada 3,850 unit.

MAA berkata, jumlah jualan bagi April bagaimanapun dijangka sederhana dan berkurangan memandangkan jualan kukuh pada Mac luar biasa dan pelarasan pengeluaran akibat bencana di Jepun mungkin menjejaskan bekalan.

Berita Harian, 19 April 2011

12 Apr 2011

3.3 Bilion Guna Pengangkutan Udara 2014

MENJELANG 2014, pengembara yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan udara dijangka berjumlah 3.3 bilion, meningkat 800 juta daripada 2.5 bilion dicatatkan pada 2009.
Demikian menurut unjuran bancian industri oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).

Pada tahun itu juga juga, penerbangan antarabangsa mengendalikan 38 juta ton kargo udara, meningkat 12.5 juta ton daripada 26 juta tan pada 2009.
China menjadi penyumbang terbesar pengembara baru, diikuti Emiriah Arab Bersatu, Vietnam, Malaysia dan Sri Lanka.

Daripada 800 juta pengembara baru yang dijangka pada 2014, 360 juta (45 peratus) akan mengembara di laluan Asia Pasifik dan 214 juta akan bergabung dengan China (181 juta domestik dan 33 juta antarabangsa).

Amerika Syarikat akan kekal sebagai pasaran negara tunggal terbesar untuk penumpang domestik (671 juta) dan penumpang antarabangsa (215 juta).

-Sumber :Harian Metro 

10 Apr 2011

Petronas Perkenal Primax 95 Xtra Ganti RON 95

Petronas perkenal Primax 95 Xtra ganti RON 95- (Utusan)

 
Najib Tun Razak lancar minyak baru Petronas Primax 95 Extra diperhatikan Rosmah Mansor, Shamsul Azhar Abbas dan Amir Hamzah Azizan pada majlis pelancarannya di KLCC Kuala Lumpur, malam tadi.  (Utusan Malaysia)
KUALA LUMPUR 9 April - Petronas Dagangan Bhd. (PDB) hari ini melancarkan Primax 95 Xtra, minyak baru diinspirasikan oleh teknologi Formula Satu yang terbukti mampu memberi lebih kuasa serta kilometer bagi setiap liter.

Minyak baru itu bagi menggantikan RON 95 di 950 buah stesen minyak Petronas sedia ada.

Primax 95 Xtra akan dijual pada harga kawalan minyak RON 95 walaupun memiliki mutu dan prestasi yang lebih tinggi.

Primax 95 Xtra diperkenalkan hari ini bersempena dengan majlis pengumuman slogan terbaru jenama PDB iaitu 'All The Way' oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.





Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Amir Hamzah Azizan berkata, pelancaran Primax 95 Xtra membuktikan komitmen syarikat untuk terus melabur dalam membangunkan produk inovatif yang memenuhi serta menjangkau jangkaan pelanggan.

"Pelancaran Primax 95 Xtra hari ini menunjukkan betapa pentingnya kajian dan peningkatan yang berterusan terhadap barisan produk Primax dalam mengembangkan perniagaan runcit kami.

"Kami percaya pertumbuhan PDB bukan hanya terletak pada bilangan stesen minyak Petronas yang ada tetapi juga dari segi peningkatan mutu bahan api," katanya.

Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Gabungan mantap bahan pembaik pembakaran dan pengubah geseran dalam Primax 95 Xtra memberi tindakan pembakaran yang cekap dan mengurangkan geseran dalaman untuk mencapai prestasi maksimum bagi setiap titik minyak yang dibakar.

Secara keseluruhannya, Primax 95 Xtra dengan pakej bahan penambah berbilang fungsi benar-benar terbukti dapat memberikan lebih kuasa, lebih pecutan dan lebih menjimatkan minyak berbanding minyak gasolin komersial yang biasa di Malaysia.

Pada majlis sama, Perdana Menteri menyampaikan sumbangan bernilai RM7.5 juta daripada anak syarikat Petronas, Kumpulan Syarikat LNG Malaysia kepada Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie bagi membantu mangsa gempa bumi dan tsunami.

Utusan, 10 April 2011

Iklan Petronas Primax 95Xtra



Promosi untuk hari ini sahaja ,10 April 2011 (5.30ptg-8.30malam)


Ikuti dalam facebook ; PETRONASMOTORSPORTS  , PetronasBrands ,MERCEDESGPPETRONAS ,  dan laman web http://www.mymesra.com.my/

7 Apr 2011

Worried about a radioactive ocean? A reality check


Persoalan dan penjelasan tentang kesan penyebaran radioaktif melalui air laut dan udara yang berpunca dari letupan dan kebocoran loji nuklear. Krisis Nuklear yang kian meruncing di Jepun ketika ini selepas kejadian gempa bumi dan tsunami. Ikuti laporan dari Jeff Don (AP) di bawah:

Worried about a radioactive ocean? A reality check (AP)
NEW YORK (AP) — This week, workers at the stricken Japanese nuclear plant dumped radioactive water into the ocean to make room for storing even more highly contaminated water on the site. The water dumping came after earlier leaks of radioactive water that had already raised concerns about its effects in the ocean, raising questions about health and safety. Here are answers to some of those questions.

Q. Can you see radiation?
A. No, you can't see, taste or smell it.

Q. How does radiation travel?
A. In the air, it moves as energy waves. That's how an X-ray machine looks inside you. At the Japanese nuclear plant complex, workers have been exposed to such waves, as well as radioactive particles. Over long distances, tiny radioactive particles on dust are blown by the wind. It can come back down to Earth with rain.

In the water, microscopic radioactive particles are carried along by the currents.

Q. How dangerous is radiation? 
A. We live in a world of radiation. It is in the water we drink, the food we eat, the very air we breathe. Most of the radiation we are exposed to comes from outer space, the decaying of uranium in the earth, and medical procedures like X-rays and CT scans.

Q. How is radiation measured? 
A. Radiation is often measured as a dose or exposure — the amount of radiation absorbed over a certain time. It's generally measured in millirems in the United States, and millisieverts elsewhere. The average place on Earth exposes people to about 300 millirems, or 3 millisieverts, every year. A chest X-ray exposes a patient to about 10 millirems, or 0.1 millisievert.

Q. How can radiation hurt us? 
A. Too much radiation in a short time can cause deadly radiation sickness, with its signature symptoms of nausea, dizziness and hair loss. High doses can also cause cancer decades later. It can lead to congenital defects in future children of exposed adults.

Q. So how much radiation is too much radiation? 
A. Natural background radiation in the environment varies greatly at different places on Earth, depending on altitude, geology and other factors. In theory, any increase in radiation can lead to a higher risk of cancer. In practice, though, population studies find no apparent elevated risk of cancer even at the highest levels of background radiation. And the most respected radiation experts say people can tolerate at least 10,000 millirems (100 millisieverts) in a short period with no discernible harm. On the other hand, much larger doses — like 400,000 millirems or 4,000 millisieverts — will cause radiation sickness and cancer in many people. That would be the rough equivalent of 40,000 chest X-rays.

Q. Can the radioactive water leaking from the Japanese nuclear plant eventually reach the U.S. and be hazardous? 
A. It's hard to say how that water will move, because it will spread not only on the surface but downward in deep layers of the Pacific Ocean. If it does reach the West Coast, it would probably take at least 18 months to three years, by one estimate. In any case, nobody expects it would pose a radiation hazard upon arrival because of tremendous dilution along the way.

Airborne radioactive particles have already reached the United States, but federal authorities say the measured levels aren't dangerous.

Q. Weren't the workers at the nuclear plant treated for burns after coming into contact with radioactive water? What if someone swam in the ocean off the coast of Japan?A. The kind of radiation levels the workers experienced cause sunburn-like burns in about a half-hour to an hour. But swimming near the plant is banned, and radiation levels of water dumped in the ocean decline quickly with distance from the complex.

Q. What radioactive elements are leaking and what are the risks?
A. Measurements so far have focused mostly on iodine and cesium, which were responsible for most of the radiation dose to the public at the Chernobyl disaster.

Radiation from iodine-131 dissipates quickly, falling by half every eight days, so that it's virtually gone in 80 days. Its danger is that if inhaled or swallowed, it can concentrate in the thyroid and cause cancer.

Cesium radiation sticks around much longer, taking 30 years to decline by half and 300 years to virtually disappear. Cesium can build up in the body and high levels are thought to be a risk for various other cancers. Still, researchers who studied Chernobyl could not find an increase in cancers that might be linked to cesium.

Q. Will ocean creatures be harmed by the discharges of the radioactive water?
 
A. Experts say animals very near the plant may face problems like higher rates of genetic mutations, but that this would probably happen within only maybe a half a mile or so.

Source:  Jeff Donn , New York (AP)

5 Apr 2011

PETRONAS Perkenal Petrol Teknologi F1

 

PETRONAS Perkenal Petrol Teknologi F1

PETRONAS Dagangan Bhd, pemasar produk petroleum terbesar Malaysia dengan penguasaan pasaran sebanyak 43 peratus, akan melancarkan petrol berasaskan teknologi F1 terbarunya Sabtu ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Eksekutifnya, Amir Hamzah Azizan, berkata produk baru untuk enjin komersil itu adalah bukti mengenai komitmen pelaburan Petronas dalam membangunkan bahan api berkualiti tinggi.
"Pelancaran produk baru itu akan membantu merangsang penguasaan pasaran bagi mengisi tempat Shell dalam pasaran runcit dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang," katanya kepada media pada majlis penyampaian hadiah utama ‘Petronas Road To Rewards’, di Kuala Lumpur, semalam.



Amir Hamzah berkata, Petronas Dagangan juga memperuntukkan RM350 juta untuk perbelanjaan modal bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 bagi meningkatkan penguasaan pasaran dalam operasi peruncitan.

Syarikat itu juga akan terus membangunkan program berasaskan ganjaran yang membolehkan pelanggan setianya menikmati keistimewaan menjadi pelanggan.

Ia kini mempunyai dua juta anggota menerusi program kesetiaan kad Petronas Mesra, dengan lebih 1.6 juta adalah anggota yang aktif.
Pada majlis itu, Amir Hamzah menyampaikan hadiah kepada 30 pelanggan Petronas yang bernasib baik daripada empat juta pengguna yang mengambil bahagian dalam promosi tiga bulan yang berakhir pada 15 Februari.

Tiga pemenang hadiah utama membawa pulang RM100,000 seorang, 12 pemenang hadiah berikutnya membawa pulang RM20,000 seorang dan 15 yang lain masing-masing memenangi RM10,000.

Sejumlah 7,940 pelanggan yang membuat belian minimum RM30 mendapat manfaat daripada daripada kempen itu, kata Amir Hamzah. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

huh..enjin kereta akan menjadi lebih lancar dan laju macam kereta F1..boleh la pecut sampai 180km/j kat highway nanti..kena saman , sendiri bayar no..haha

3 Apr 2011

Permainan Menguji Minda.


Permainan menguji minda.
Boleh di katakan semua orang berminat dengan permainan yang menguji minda kerana ia dapat menguji kecekapan minda seseorang dalam mengatur strategi serta membuat perancangan. Permainan yang mengasah minda dapat mengajar kita untuk berfikir secara pantas dan cekap dalam membuat keputusan, dan otak kita akan sentiasa berfikir untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau mencari jalan penyelesaian dalam setiap permainan uji minda. Jika kita mengulangi langkah yang tertentu secara kerap, secara tak langsung kita boleh mengingati setiap langkah (step)/strategi atau mencari jawapan untuk menang dalam permainan.

Salah satu permainan menguji minda yang popular sejak dari dahulu sehingga sekarang..
 1. Dam Haji (permainan yang tak lapuk dek hujan..hehe)
Dam Haji

2.Catur (Chess)

Catur

3.Teka Silang Kata (crosswords)
Teka silang kata
 4.Mencari perkataan tersembunyi/ benda tersembunyi
Mencari perkataan tersembunyi
5.Teka bola

 6. Suduko (permainan paling popular masa kini)

Soduko

7.Rubik Cube (permainan menguji minda paling mencabar)



Rubik cube
 Dan lain-lain lagi..permainan apa yang anda minat selain dari di atas?



Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL