8 Feb 2011
Tips untuk Menjimatkan Penggunaan Minyak
1.Pastikan angin tayar kereta/kenderaan sentiasa mencukupi, bila tayar kereta kurang atau tak stabil, ia menyebabkan banyak tenaga digunakan untuk menggerakkan kenderaan, sedikit sebanyak mengurangkan minyak kenderaan anda. Pastikan ‘alignment’ dan ‘balance’ tayar selalu diperiksa.
2. Pastikan enjin kereta/kenderaan anda diselenggara /'maintenance', kerana enjin kenderaan berada dalam keadaan baik akan mengurangkan pembakaran bahan api/gas. Pastikan anda menggunakan alat ganti tulen untuk kenderaan anda.
3. Jangan membawa muatan berlebihan dalam kereta anda kerana ia menyebabkan penggunaan tenaga yang maksima. Bawa barangan keperluan/ kecemasan sahaja dalam kenderaan anda.
4. Kenalpasti minyak yang sesuai bagi kereta anda sama ada sesuai atau tidak. (Minyak Petrol RON95 atau RON 97). Biasanya, pengeluar kereta anda lebih arif tentang jenis minyak yang sesuai untuk kereta anda.
5. Memandu secara berhemah dan tidak tergesa-gesa menghidupkan enjin atau memberhentikan kenderaan secara mengejut. Jangan terlalu lama memanaskan enjin kereta anda kerana anda telah membazirkan sedikit sebanyak minyak kereta anda. Pecutan kenderaan secara berperingkat-peringkat dengan penggunaan gear yang betul juga dapat menjimatkan penggunaan minyak.
6. Memandu secara perlahan juga boleh menjimatkan penggunaan minyak.Lagi laju pecutan kereta lagi banyak penggunaan tenaga/minyak untuk kereta anda.
7. Rancang perjalanan anda sebelum memulakan perjalanan, kerana anda tidak perlu lagi berpatah balik dan ini menjimatkan masa dan wang anda.Penggunaan GPS juga boleh menjimatkan masa dan wang untuk kereta anda.
8. Pilih dan beli kereta/kenderaan yang dapat menjimatkan penggunaan minyak dan dapat mengurangkan budget bulanan untuk kos penggunaan minyak.
9. Buka hawa dingin kereta dan tutup tingkap kereta untuk perjalanan biasa ,semasa di lampu isyarat atau kesesakan lalulintas,tutup seketika hawa dingin kereta anda dan buka tingkap untuk menjimatkan penggunaan tenaga. Penggunaan hawa dingin secara kerap akan mengurangkan penggunaan minyak/bahan api kenderaan anda.
10. Jangan biarkan tangki kenderaan anda kering langsung, baru nak isi minyak kerana ia menyebabkan penggunaan gas yang banyak untuk memenuhi ruang dalam tangki minyak anda.
p/s, selalulah tumpang kereta kawan anda (kongsi kereta) untuk ke mana-mana..jimat sikit duit..hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.
4 comments:
kalau nak jimat lagi beli kereta Voksagen ni...
Volkswagen cipta kereta paling jimat minyak
Tips yang berguna...thansk,,
Apa itu Skim Cepat Kaya ?
thanks utk tips yg berguna nie~
sempoi.. tips yg berguna.. thanks 4 sharing k.. nice post.. hehe.. ;)
Post a Comment