31 Mar 2011

Adakah Anda Seorang Blogger Aktif?


Assalamualaikum semua..

Dah banyak hari saya tak ber'blog' kerana kesibukan kerja yang tak pernah habis. Blog baru saya masih lagi aktif,  di mana ada pengunjung masuk tanpa henti 24 jam sehari dari seluruh pelosok dunia..hehe...

Cara-cara menjadi seorang blogger aktif adalah sentiasa mengemaskini (update) blog dengan 'post/entry' terbaru dari semasa ke semasa, sentiasa ber'blogwalking'@ melawat rakan blogger dengan meninggalkan 'link' kita di blog orang lain. Mengiklankan blog anda di Facebook atau laman sosial , menggunakan 'keyword' yang sesuai mengikut keadaan @ isu semasa. Blog yang sentiasa 'up to date' akan lebih kerap dikunjungi oleh orang ramai yang sentiasa mencari maklumat dan berita terkini. Blogger yang aktif akan mendapat lebih traffik dan menjana lebih pendapatan dari blogger tak aktif...
hat ni kena tanya 'blogger otai' lain macamana nak dapat traffik tertinggi dengan pendapatan maksima.

Antara blog-blog yang popular di laman sesawang.
-blog info/berita di penuhi maklumat terkini ,sensasi dan berita terbaru dalam negara mahupun luar negara.
-blog peribadi yang biasa kita lihat , dipenuhi cerita dan gambar yang menarik perhatian orang ramai untuk membaca.
-blog perniagaan banyak mengiklankan produk baru berulang kali sehingga membuatkan kita mudah mengingati serta mudah pilihan pembelian antara produk-produk lain di pasaran.
-blog politik selalunya dipenuhi dengan cerita-cerita terkini politik negara dan lebih kepada cerita kontroversi, spekulasi, analysis, pendapat dari rakyat dan politikus dan banyak lagi.
-blog agama /pendidikan banyak membincangkan hal-hal berkaitan agama, budaya dan ada juga menyentuh hal ehwal semasa.
-blog sukan memaparkan berita aktiviti sukan dalam dan luar negara.
-blog permotoran
-blog ekonomi semasa
-blog fesyen
-blog hiburan dan macam-macam lagi blog..

Adakah anda salah seorang blogger aktif?





25 Mar 2011

Earth Hour 2011



Kempen menutup lampu serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik selama sejam dari pukul 8.30-9.30 malam pada 26 March2011.


Join WWF-Malaysia for Earth Hour at Sunway Pyramid
WWF-Malaysia invites members of the public to stand together with the world in a global celebration of the one thing that unites us all - our living planet - during Earth Hour on 26th March 2011 at Sunway Pyramid. While Earth Hour is an important step to raise awareness about the need to mitigate climate change and to motivate people around the world to take action, it is not a solution.

From now until Earth Hour 2012, WWF-Malaysia is urging everyone across the nation to take Earth Hour beyond the hour by signing up at wwf.org.my and pledging to “Live Green: One switch at a time”; taking simple actions towards a more sustainable lifestyle and to reduce our ecological footprint.
For tomorrow, please:
  • Take public transport or car pool to the event
  • Switch off all the lights at home before coming to the event
  • Don't bring your own candles; reusable glow-in-the-dark wrist bands will be provided at Sunway Pyramid when you pledge to "Live Green", which you can wear all year round
  • Bring your own reusable bottles and reusable shopping bags 
 See you there and thank you for supporting Earth Hour and our living planet!

Hari-hari aku sertai kempen 'Earth hour'..tak payah tunggu tarikh ni pun...
maklumlah ada satu dua lampu rumah tak menyala, boleh tidur awal..hehe...
Earth Hour Malaysia  http://www.earthhour.org.my/
Earth Hour Homepage







21 Mar 2011

Imej Satelit Letupan Reaktor Nuklear Fukushima


Imej satelit Reaktor Nuklear Fukushima, Jepun .Imej dari satelit telah diambil sebelum, semasa dan selepas kejadian letupan  loji nuklear. Inilah salah satu kebaikan teknologi dari satelit , imej satelit dapat memberi gambaran lebih jelas tentang kejadian letupan loji nuklear.

Letupan loji nuklear telah menyebabkan radiasi tersebar dengan pantas ke udara dan secara tak langsung penduduk di sekitar loji nuklear akan menyelamatkan diri dari terkena radiasi nuklear. Jadi dengan adanya kemudahan satelit, letupan loji nuklear dapat dipantau dari jauh untuk langkah seterusnya iaitu memantau radiasi dari terus merebak dan mencegah bahan api nuklear dari terus aktif.
 
Imej satelit dari Digitalglobe.com

Imej satelit Reaktor Unit 1 dan Unit 3


Imej satelit reaktor sebelum kejadian gempa bumi dan tsunami


Imej satelit sebelum Reaktor Nuklear (Unit 1) meletup

Imej satelit letupan Reaktor (unit 1)


Imej Satelit Letupan Reaktor (unit 3)


Imej satelit Reaktor selepas letupan (Unit 1&3)

Imej satelit selepas kemusnahan Reaktor (unit 1& 3)

Imej satelit dari DigitalGlobe  


Status Reaktor Nuklear Fukushima Daiichi,  klik http://www.nytimes.com/

19 Mar 2011

40 Terkaya Miliki Harta RM206 bilion


40 terkaya miliki harta RM206 bilion (Harian Metro)
JUMLAH kekayaan 40 individu di Malaysia mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus dengan nilai sebanyak RM206.27 bilion setakat 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion yang direkodkan pada tahun lalu.

Kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok Hock Nien mendahului pesaingnya T Ananda Krishnan dengan jumlah kekayaan masing-masing setakat ini bernilai RM50.04 bilion dan RM45.78 bilion.

Menurut senarai 40 orang terkaya Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business, kekayaan Ananda Krishnan menunjukkan peningkatan dan menghampiri jumlah Robert Kuok.

Tokoh perbankan, Tan Sri Teh Hong Piow yang juga peneraju Public Bank Bhd berjaya menduduki tangga ketiga sebagai orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM12.77 bilion manakala Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd berada ke senarai keempat dengan jumlah RM12.74 bilion.

Puan Sri Lee Kim Hua, balu pengasas kumpulan Genting kekal sebagai wanita terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM7.42 bilion untuk berada di senarai kelapan secara keseluruhan. Sementara itu, Pengerusi Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary kekal mengungguli individu Bumiputera paling kaya untuk berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan kekayaan RM8.84 bilion. Beliau diikuti tokoh perbankan yang juga peneraju kumpulan Arab-Malaysian Corp, Tan Sri Azman Hashim yang berada di tempat ke-11 keseluruhan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir dengan nilai kekayaan masing-masing adalah sebanyak RM3.93 bilion dan RM1.66 bilion. Dalam senarai keseluruhan Mokhzani berada di tempat ke-19. Kaji selidik yang dibuat berasaskan nilai pegangan individu dalam syarikat tersenarai di pasaran saham itu turut menyenaraikan tiga muka baru dalam senarai 40 orang terkaya itu, iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Sumber: Harian Metro,17 March 2011


16 Mar 2011

Imej Satelit ,Negara Jepun Selepas Gempa Bumi & Tsunami


Imej keadaan muka bumi sebelum & selepas tragedi gempa bumi 9.0 skala richter dan tsunami di Jepun
(imej dari Google Earth/Geoeye) geoeye.com



sebelum (imej pada tahun 2007 & 2008) dan
selepas (imej pada 12 March 2011)
 sebelum (imej pada tahun 2007 & 2008) dan selepas (imej pada 12 March 2011)


















9 Mar 2011

Kenapa 'Aku' Suka Bekerja..


Mungkin ‘aku’ yang dimaksudkan adalah anda?..Ya atau tidak, masing-masing ada jawapannya..hehe


‘Aku’ kerja kerana mencari duit wang saku,

‘Aku’ kerja kerana nak langsaikan hutang berbuku-buku,

‘Aku’ kerja kerana nak balas budi mak ayah ku,

‘Aku’ kerja kerana nak tambah pendapatan keluargaku,

‘Aku’ kerja minatku dalam bidang tertentu sejak dari dahulu,

‘Aku’ kerja kerana nak penuhi impianku nak jadi jurutera ,doktor,askar, polis tak pun cikgu,

‘Aku’ kerja kerana tuntutan perbelanjaan kewangan yang tak menentu,

‘Aku’ kerja kerana nak beli televisyen LCD baru,

‘Aku’ kerja kerana nak himpun duit beli Mercedes dan BMW,

‘Aku’ kerja kerana nak kumpul duit untuk pergi Haji bila dah mampu,

‘Aku’ kerja kerana paksaan ibu bapa mertuaku,..(bagi yang dah berkahwin la)..ada ke ni ?

‘Aku’ kerja kerana nak menyara keluargaku dan belanja beli-belah setiap hari sabtu...
   (bagi yang dah berkahwin la)

‘Aku’ kerja kerana nak tambah 'cawangan' lagi satu…

‘Aku’ kerja rajin kerana nak jadi pekerja contoh di pejabatku,

‘Aku’ kerja kerana sebagai persediaan masa depan hari tuaku,

‘Aku’ kerja kerana nak jadi pelapis pemimpin di negara maju,


p/s:  sekali lagi di ingatkan, ‘aku’ di sini bukan merujuk kepada penulis blog ini..


"Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."
          (Riwayat Bukhari dan Muslim).

2 Mar 2011

Petronas Berdepan Cabaran Besar

KUALA LUMPUR 2 Mac - Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) berdepan cabaran besar untuk mengimbangi peruntukan perbelanjaan modal sebanyak RM50 bilion hingga RM55 bilion setahun dalam tempoh lima tahun akan datang sambil turut menjamin pengeluaran dan membayar dividen kepada kerajaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas menyifatkan perbelanjaan modal untuk menggantikan kemudahan usang bagi pertumbuhan masa depan memberikan cabaran yang besar kepada syarikat itu.

Katanya: ''Selain pelaburan itu, Petronas juga perlu memastikan pengeluaran rizab minyak tidak menyusut supaya pendapatan tidak terjejas dan bekalan terjamin.

''Pada masa yang sama, Petronas juga mengekalkan pemberian dividen sebanyak RM30 bilion kepada Kerajaan Malaysia. Inilah cabaran besar dihadapi oleh Petronas pada masa depan,'' kata Shamsul Azhar.
Beliau menambah, kenaikan minyak di pasaran sejagat bukan berita menggembirakan buat Petronas yang kini perlu mengutamakan peningkatan keupayaan aset-aset sedia ada.

''Kerugian akibat kebakaran di loji dan paip milik Petronas menyebabkan kami mengalami kerugian besar dan masalah ini perlu ditangani segera,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan prestasi kewangan suku ketiga 2010/2011 di Menara Petronas di sini hari ini.

Terdahulu pada sidang itu, Shamsul Azhar berkata, lebih 60 peratus pengeluaran medan minyak utama di Malaysia berusia pada purata 26 tahun dan lebih 60 peratus kompleks LNG Petronas di Bintulu dalam usia 21 tahun.
Kilang penapisan Petronas di Kertih, Melaka dan ENGEN pula sudah melewati 28 tahun dan lebih 25 peratus loji petrokimia Petronas berusia 19 tahun.

Mengulas lanjut, Shamsul Azhar berkata, Petronas terus memerlukan disiplin yang tinggi untuk mengekalkan margin keuntungan jangka panjang dalam memenuhi keperluan perbelanjaan modalnya.
Katanya: ''Perbelanjaan modal didatangkan daripada pendapatan operasi dan kita tidak perlu meminjam kecuali perlu kerana imbangan kira-kira Petronas begitu kukuh.
''Apa yang penting pengagihan dividen mesti dilakukan secara sempurna dan mengambil kira keutamaan perbelanjaan modal,'' tambah beliau.

Pada sidang akhbar itu, Shamsul Azhar mengumumkan syarikat minyak negara mencatatkan keuntungan suku ketiga berjumlah RM23.7 bilion, naik 74.3 peratus berbanding RM13.6 bilion tempoh yang sama pada 2009/2010. Keuntungan itu disumbangkan oleh hasil pendapatan suku tersebut yang berjumlah RM60 bilion.
Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan yang diperoleh adalah RM69.4 bilion naik 14.3 peratus berbanding RM60.7 bilion manakala pendapatan pula berjumlah RM175.6 bilion berbanding RM151.6 bilion sebelumnya.

Shamsul Azhar berkata, prestasi baik itu dipacu oleh kenaikan harga minyak mentah dan jumlah dagangan tetapi pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat memberikan impak yang negatif kepada Petronas.

Katanya, syarikat itu berada di landasan betul untuk mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM80 bilion yang disasarkan sebelum ini sambil membayangkan prestasi suku keempat yang lebih kukuh.Pada suku ketiga, Petronas mengeluarkan sebanyak 2.13 juta tong minyak sehari, lebih rendah berbanding 2.18 juta tong tahun sebelumnya disebabkan pengeluaran minyak yang semakin merosot.

Shamsul Azhar juga berkata, Petronas tidak bercadang menyenaraikan anak-anak syarikatnya lagi selepas Petronas Chemical Group Bhd. dan Marine and Heavy Engineering Bhd.
''Saya rasa cukuplah kerana kita sudah menyenaraikan dua syarikat dalam tempoh yang singkat,'' tambah beliau yang turut mengumumkan perubahan tahun kewangan setahun penuh berakhir 31 Disember setiap tahun berkuatkuasa mulai 1 April ini.

Katanya, penyelarasan itu seiring dengan keperluan berkanun negara-negara yang menjadi operasi Petronas.
''Jadi, untuk tahun ini, tahun kewangan Petronas hanya sembilan bulan sahaja,'' kata beliau.

 Sumber: Utusan

1 Mar 2011

BMW, Peugeot Labur RM420j Keluar Kenderaan Hibrid

Dua syarikat usaha sama strategik pengeluaran di Perancis (Berita Harian)

PENGELUAR kereta Jerman, BMW dan PSA Peugeot Citroen dari Perancis akan melabur 100 juta euro (RM420 juta) dalam satu usaha sama membangunkan teknologi kenderaan hibrid.
 “Pelaburan itu hanyalah permulaan”, kata Pengerusi Lembaga Pengurusan PSA Peugeot Citroen, Philippe Varin dalam satu sidang media menjelang pameran automotif Geneva kelmarin.

“Ia akan menjadi langkah utama ke arah mewujudkan peneraju Eropah dalam teknologi hibrid. Ia juga bakal menyediakan standard Eropah bagi industri itu,” katanya.

Kedua-dua syarikat itu sejak lebih sedekad lalu sudah pun bekerjasama dalam pembangunan enjin.

BMW Peugeot Citroen Electrification, yang mana kepentingannya dimiliki sama rata oleh kedua-dua syarikat itu, akan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan di luar pangkalan BMW di Munich, Jerman dengan pengeluarannya pula akan dibuat di Mulhouse, Perancis.

Kebanyakan daripada 400 pekerja terawal yang akan ditempatkan di kawasan Munich itu diambil dari kedua-dua syarikat, tetapi beberapa peluang pekerjaan baru dijangka diwujudkan di Mulhouse apabila kilangnya memulakan operasi pada 2014.
“BMW Group dan PSA berkongsi wawasan serupa mengenai kepentingan penggunaan hibrid pada masa depan,” kata Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW, Norbert Reithofer dalam satu kenyataan.

“Kerjasama ini akan membolehkan kami bertindak secara lebih strategik dengan satu pendekatan perkongsian. Bagi kami, kerjasama juga bermakna skala ekonomi yang besar, kos pembangunan yang dikongsi, penggunaan komponen secara standard dan proses pembangunan lebih pantas,” katanya.

Awal bulan lalu, BMW memperkenalkan jenama baru kenderaannya, iaitu BMW i, dengan dua model baru pula akan dilengkapkan dengan sistem pemanduan hibrid dan elektrik bermula 2013. – AFP

Sumber: Berita Harian
Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL