1 Mar 2011

BMW, Peugeot Labur RM420j Keluar Kenderaan Hibrid

Dua syarikat usaha sama strategik pengeluaran di Perancis (Berita Harian)

PENGELUAR kereta Jerman, BMW dan PSA Peugeot Citroen dari Perancis akan melabur 100 juta euro (RM420 juta) dalam satu usaha sama membangunkan teknologi kenderaan hibrid.
 “Pelaburan itu hanyalah permulaan”, kata Pengerusi Lembaga Pengurusan PSA Peugeot Citroen, Philippe Varin dalam satu sidang media menjelang pameran automotif Geneva kelmarin.

“Ia akan menjadi langkah utama ke arah mewujudkan peneraju Eropah dalam teknologi hibrid. Ia juga bakal menyediakan standard Eropah bagi industri itu,” katanya.

Kedua-dua syarikat itu sejak lebih sedekad lalu sudah pun bekerjasama dalam pembangunan enjin.

BMW Peugeot Citroen Electrification, yang mana kepentingannya dimiliki sama rata oleh kedua-dua syarikat itu, akan melaksanakan penyelidikan dan pembangunan di luar pangkalan BMW di Munich, Jerman dengan pengeluarannya pula akan dibuat di Mulhouse, Perancis.

Kebanyakan daripada 400 pekerja terawal yang akan ditempatkan di kawasan Munich itu diambil dari kedua-dua syarikat, tetapi beberapa peluang pekerjaan baru dijangka diwujudkan di Mulhouse apabila kilangnya memulakan operasi pada 2014.
“BMW Group dan PSA berkongsi wawasan serupa mengenai kepentingan penggunaan hibrid pada masa depan,” kata Pengerusi Lembaga Pengurusan BMW, Norbert Reithofer dalam satu kenyataan.

“Kerjasama ini akan membolehkan kami bertindak secara lebih strategik dengan satu pendekatan perkongsian. Bagi kami, kerjasama juga bermakna skala ekonomi yang besar, kos pembangunan yang dikongsi, penggunaan komponen secara standard dan proses pembangunan lebih pantas,” katanya.

Awal bulan lalu, BMW memperkenalkan jenama baru kenderaannya, iaitu BMW i, dengan dua model baru pula akan dilengkapkan dengan sistem pemanduan hibrid dan elektrik bermula 2013. – AFP

Sumber: Berita Harian

No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL