19 Mar 2011

40 Terkaya Miliki Harta RM206 bilion


40 terkaya miliki harta RM206 bilion (Harian Metro)
JUMLAH kekayaan 40 individu di Malaysia mencatatkan peningkatan lebih 30 peratus dengan nilai sebanyak RM206.27 bilion setakat 21 Januari 2011 berbanding RM156.7 bilion yang direkodkan pada tahun lalu.

Kekal sebagai orang paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuok Hock Nien mendahului pesaingnya T Ananda Krishnan dengan jumlah kekayaan masing-masing setakat ini bernilai RM50.04 bilion dan RM45.78 bilion.

Menurut senarai 40 orang terkaya Malaysia yang dikeluarkan majalah Malaysian Business, kekayaan Ananda Krishnan menunjukkan peningkatan dan menghampiri jumlah Robert Kuok.

Tokoh perbankan, Tan Sri Teh Hong Piow yang juga peneraju Public Bank Bhd berjaya menduduki tangga ketiga sebagai orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM12.77 bilion manakala Tan Sri Lee Shin Cheng daripada IOI Corporation Bhd berada ke senarai keempat dengan jumlah RM12.74 bilion.

Puan Sri Lee Kim Hua, balu pengasas kumpulan Genting kekal sebagai wanita terkaya di Malaysia dengan nilai kekayaan RM7.42 bilion untuk berada di senarai kelapan secara keseluruhan. Sementara itu, Pengerusi Yayasan AlBukhary, Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary kekal mengungguli individu Bumiputera paling kaya untuk berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan kekayaan RM8.84 bilion. Beliau diikuti tokoh perbankan yang juga peneraju kumpulan Arab-Malaysian Corp, Tan Sri Azman Hashim yang berada di tempat ke-11 keseluruhan dan Ketua Eksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, Datuk Mokhzani Mahathir dengan nilai kekayaan masing-masing adalah sebanyak RM3.93 bilion dan RM1.66 bilion. Dalam senarai keseluruhan Mokhzani berada di tempat ke-19. Kaji selidik yang dibuat berasaskan nilai pegangan individu dalam syarikat tersenarai di pasaran saham itu turut menyenaraikan tiga muka baru dalam senarai 40 orang terkaya itu, iaitu Tan Sri Leong Hoy Kum dari Mah Sing Group Bhd, Datuk Seri Stanley Thai dari Supermax Corporation Bhd dan Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Holdings Bhd.

Sumber: Harian Metro,17 March 2011


No comments:

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL