24 Jun 2011

Kelayakan Olimpik 2012, Malaysia ke Pusingan Ketiga

Skuad Olimpik Malaysia akhirnya berjaya melangkah ke pusingan ketiga kelayakan Olimpik 2012 bersama pasukan Qatar, Iraq, Bahrain, Australia, Jepun, Syria, UAE, Korea Selatan, Uzbekistan, Arab Saudi dan Oman. Saingan peringkat kumpulan sebanyak 12 pasukan dari Asia akan ditentukan melalui undian pada 7 Julai ini dan setiap pasukan akan bersaing untuk menjadi juara kumpulan dan naib juara akan ditentukan melalui perlawanan 'playoff'. 

Apapun, Malaysia perlu menang dalam setiap perlawanan dalam peringkat kumpulan atau sekurang-kurangnya menjadi naib juara kumpulan dan menang perlawanan 'playoff' ,sekiranya mahu layak dalam 4 pasukan terbaik ke Sukan Olimpik 2012 London.

Komitmen tinggi julang kejayaan - Kim Swee

KUALA LUMPUR - Jurulatih Skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee semakin yakin memasang cita-cita yang lebih besar dengan melihat anak buahnya mencipta kejutan pula dalam saingan kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 ekoran persembahan cemerlang mengatasi Lebanon 2-1, semalam.

Katanya, ia diperkukuhkan dengan komitmen dan semangat juang tinggi anak buahnya terutama dalam babak kedua perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil apabila terpaksa bermain dengan 10 orang selama 40 minit.

"Jika aksi sebegini dipaparkan lagi pada pusingan seterusnya, saya percaya pasukan kita mampu mencipta kejutan walaupun mungkin diundi sekumpulan dengan lawan seperti Jepun, Korea Selatan dan Australia.

"Saya juga tidak berfikiran negatif walaupun Lebanon merapatkan jurang gol, malah jika mengikut jangkaan saya, kita sebenarnya mampu beroleh sehingga empat gol.

"Gary Steven Robbat (dibuang padang pada minit ke-51) baru berusia 19 tahun dan dalam perlawanan antarabangsa sebegini, dia memang cenderung untuk melakukan kesilapan.

"Namun, ia satu pengajaran buatnya dan seluruh pasukan di mana anda akan dihukum atas kesilapan sebegitu," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan yang dimenangi Malaysia dengan agregat 2-1 selepas terikat 0-0, Ahad lalu.

Mengenai percaturan yang meletakkan penyerang, Izzaq Faris Ramlan di bangku simpanan dan Syahrul Azwari Ibrahim, katanya: "Tidak bererti apabila penyerang gagal menjaringkan gol, kita sudah gagal apatah lagi dengan kita beroleh dua gol awal menerusi pemain tengah.

"Kedua-duanya mempunyai ciri dan kualiti yang berbeza. Syahrul lebih pantas dan Izzaq mempunyai ketinggian tetapi yang lebih penting juga ialah barisan pertahanan mampu dibantu semua orang apabila diasak lawan."

Kim Swee turut berterima kasih kepada pengurusan pasukan kerana membenarkannya berkunjung ke Asia Barat untuk mengintip kekuatan Lebanon pada perlawanan persahabatan menentang Turki menjelang kelayakan. 

"Selama dua hingga tiga bulan saya melakukan persediaan bagi kelayakan ini dan ia ternyata berbaloi, malah persahabatan dengan Kemboja dan Qatar apabila kalah, ia masih memberikan petunjuk yang membantu pasukan.

"Saya sudah masak dengan tipu helah pasukan dari Asia Barat yang kadangkala sengaja tidak menunjukkan semangat permainan bersih walaupun ketika pemain kita tercedera. Mereka akan berbuat apa sahaja untuk menang."

-Utusan


Keputusan Pusingan Kedua, Kelayakan Olimpik 2012
Perlawanan kedua

Malaysia 2-1 Lebanon
Malaysia menang argegat 2-1
India 1- 1 Qatar
Qatar layak argegat 4-2

Iran 0-2 Iraq 2
Iraq menang argegat 2-1
 Palestine 1-2 Bahrain
Bahrain menang argegat 2-2

  Yemen 0-4 Australia
Australia menang argegat 7-0
 
Kuwait 2-1 Japan
Japan layak argegat 4-3
 
Turkmenistan 0-4 Syria
Syria menang argegat 6-2
 
 UAE 1-1 DPR Korea
UAE layak argegat 2-1
 
Jordan 1-1 South Korea 
South Korea layak argegat 4-2
Hong Kong 0-2 Uzbekistan
Uzbekistan menang argegat 3-0
 
Vietnam 1-4 Saudi Arabia
Saudi Arabia menang argegat 6-1
 
Oman 3-1 China
Oman menang argegat 4-1 

Malaysia vs Lebanon, 2-1

1 comment:

abrablog said...

tahniah pada malaysia. Yehh!!

Proton Car Slideshow: Shah’s trip from Shah Alam, Selangor, Malaysia to was created by TripAdvisor. See another Malaysia slideshow. Create your own stunning slideshow with our free photo slideshow maker.

webhost

Web hosting
Your domain(s): Enter each address on a new line (Maximum 10)
 
(eg. iwebtool.com)    
 

Powered by iWEBTOOL